Pesta tonggang todi…

April 5, 2010

Ibnu Tarmizi dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan:

“Rasulullah s.a.w melaknat sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak: yang memerasnya (memerahnya), yang minta diperaskannya, yang meminum, yang membawa, yang minta dihantari, yang menuangkannya, yang menjual, yang makan harganya, yang membeli dan yang meminta dibeli.”


Jelas, apa sahaja perkara yang berkaitan dengan arak hukumnya adalah haram dan dilaknat oleh Allah s.w.t. oleh itu, adakah kita masih mahu ‘bertarik tali’ dengan hukum pengharaman arak?

Kenapa pihak penganjur Litar Sakhir, Bahrain boleh menukar hadiah iringan juara F1 ini dari arak kepada jus buah, tetapi tidak di Malaysia?

Ini menunjukkan pihak FIA badan induk yang mengawal aktivit sukan F1 itu sendiri tidak menentang apa yang dilaksanakan oleh pihak penganjur tersebut?

Lantas atas alasan apa lagikah pihak kerajaan Malaysia akan berikan selepas ini?

Adakah 12 tahun penganjurannya dinegara ini tidak cukup bagi menukar polisi penganjuran sukan permotoran termahal dunia ini?

Justeru aku bersama pencinta sukan tanahair mengharapkan akan ada berita baik dari pihak penganjuran mahupun pihak kerajaan, selepas daripada peralihan tempat sambutan Hari Pahlawan Negara yang tidak lagi diadakan dihadapan Tugu Negara, tokong terbesar negara ini.

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: