Mesyuarat…

April 12, 2010

Mesyuarat oo mesyuarat.

AlhamduliLLah semalam dh setel satu masalah tahunan paling besar melanda setiap ahli iaitu Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan.

Mana x nye, nak suh datang setahun sekali pun punya la payah. Xkan nak berangkut cam parti APco tu? Letih giler…

Ntah bile la zamannya nak dapat kehadiran mesyuarat agung nih macam hadirnya makmum time solat Juma’at tu.

Walau hadir semata-mata untuk melelapkan mata tika tok khatib ‘BACA’ khutbah, itu sudah memadai bagi aku. Dari melangung kat umah x buat apa. Haduiyaaai.

Aku lum berkesempatan nak tanya pimpinan PAS Kelantan or Terengganu samada masalah yang sama berlaku zaman diorg lum menang dulu? Kalau sama sah la ianya masalah global, bukannya glokal. Haha

Apapun tahniah, dengan isu yang panas sesuai dengan suasana markaz yang memang membahang panasnya. Para ajk dan perwakilan nampaknya masih mampu untuk terus menanti sampai saat akhir program, walaupun dah ada yang berkopah kepanasan. Tahniah n gracias 4 ur all. ALlah dah siapkan ganjaran yang besar atas sikap mulia kalian, insyaALlah aku yakin. Tu pun kalau x merungut² laaaa…

Cuma aku harap tahun depan pihak ajk program boleh memikirkan untuk mengubah ‘venue’ ke satu tempat yang lebih selesa, dihotel contohnya. Bukan mahu bermegah², tapi aku rasa penumpuan perwakilan terhadap isi mesyuarat agung adalah lebih penting dari hingar bingar akibat kepanasan bersesak dalam markaz tu. Alaaaa sekali dalam setahun.

Walaupun ada hujahan yang berpendapat inilah saat dan ketikanya memperkenalkan markaz kepada perwakilan ataupun pemerhati cawangan yang termasuk sebahagian darinya agak culas untuk hadir keprogram yang selalu diadakan di situ, namun pada pendapat aku hujahan tersebut agak klise.

Layanlah perwakilan dengan keselesaan. Sewaan bilik seminar di hotel pun pada aku tidaklah semahal dahulu, juga tidaklah dilihat ekslusif mana. Ianya demi keselesaaan ahli. Apa guna Ydp mahupun perasmi memberikan ucapan yang bagus dan bernilai, andai  ianya terhalang dek gangguan kepanasan yang membahang dalam markaz tersebut.

Justeru harapan untuk melihat peserta mesyuarat mendapatkan keselesaan pada masa² akan datang akan aku perjuangkan selepas daripada ini. Kalau bukan aku yang merasanya, insyaALlah mudah²an mereka yang selepas aku dapat merasainya.

Tahniah buat semua yang berjaya menjalankan amanah semalam, takziah buat yang gagal. Mungkin sekarang anda boleh bergelak ketawa membebaskan diri dengan amanah jemaah ini, tapi jangan ingat anda akan terlepas dari pertanyaan ALlah di yaumul masyhar nanti. WALlahua’lam…

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: