I’m Back…

April 28, 2010

Keputusan PRK P.094 Hulu Selangor telahpun diketahui umum.

Yang berharap nak dapat majoriti 6 ribu terpempan kebingungan. Harapan terkubur. Senyum terukir menampakkan kelat yang ketara.

Melayau dah sokong, India dah sokong, Cina???

Kenapa Cina masih tidak mahu beralah sedikitpun,  sekalipun pelbagai hidangan kemewahan telahpun dijanjikan buat mereka?

Kenapa liat sangat mereka ini?

Bukan sekupang dua yang dijanjikan, malah beratus juta. Apa lagi yang mereka mahukan dari pemerintah?

Ataupun mereka ini telahpun membakar jambatan yang menjadi penghubung dengan pemerintah, sebagaimana jaguh PERKOSA dan geng²nya lakukan lama dulu?

Atau perlukan kerajaan mengkaji semula keistimewaan yang telah diberikan selama ini kepada mereka?

Hanya ada satu jawapan mungkin…

Hanya di Sibu…

Kalau kalah pula di Sibu, nampaknya Soi Lek perlukan lebih daripada Viagra bagi menghidupkan kembali semangat kecintaan kaum Cina kepada sang pemerintah.

Atau MCA dan Gerakan turut berkalih arah bersama-sama Pakatan Rakyat???

Ianya mungkin lebih menarik, seperti mana menariknya pertarungan merebut kejuaraan antara Man U dan Chelsea sekarang ini.

Hehe… 😛

i