Ugut mengugut…

May 3, 2010

Dunia ‘cyber’ terus menghangat. Kalau sebelum ini kes KPN Musang Hasang mengugut untuk menarik anggotanya dari menjalankan tugas membenteras penjenayah, kali ini ugutan bunuh kepada Tuan Guru Mursyidul ‘Am PAS pula dijadikan tajuk utama. Entah apa yang berkenan sangat mamat tu ngan darah tok guru aku ni, aku pn x tau. Mungkin dia ingat tok guru aku ni cam anak lipas kot. Sesenang hati jek nak pijak mampus. Haha…

Ulasan awal

Cuba korang perati tengok dulu muka mamat tu bebetui??? Apa yang korang perasan??? Alaaa selain dari baju Man U tu la.

Haaa, dapat x? Korang perhati tengok muka mamat tu, jambu cam Dafi anak Ismail Sabri, menteri UMngok tu kan? Ala Dafi yang grad Akedemi Fantasia tu la.

Bistu agak² korang la, muka budak jambu ala² penyanyi boy band nih berani sangat ke nak bunuh orang? Aku rasa bukan takat nak bunuh orang, nak bunuh ayam pun dia x berani nye.

Pada aku, orang yang kira berani tahap gaban nak bunuh orang, pertamanya muka dia kene bengis. Jambu² ni x leh g nye. Yang kedua muka kene ada parut or panau sket. Lagi besor kesan parut @ panau tu makin tinggila darjat kebrutalan individu tersebut. Dan mungkin yang ketiganya, mamat tu kene la pakai kene pakai baju celoreng ke, bukannya baju team sehebat Man U tu.

Lontaran idea

Apa kata ahli yg nak tunjukkan sangat kasih dan sayang pada tok guru nih, terutama yang rajin berfacebook (ie: KP DPPP) tuh lakukan perkara yang sama seperti dilakukan oleh mamat jambu tu. Balas ugutan yang sama dan tujukan ugutan bunuh tu kepada mak, ayah hatta atok mamat jambu tu pulak? Nak tengok apa lak respon dia. Tapi awassss… jgn terlalu beremosi sehingga sanggup nak ugut bunuh Rosmah Mansur. X pasai²  rakyat Mongol bertepuk sakan melihat keberanian hangpa tu. Ingat musuh utama kita mamat jambu tu, bukan team Man U mahupun Rosmah Mansur.

Tapi camna lak kalau kene tangkap?

Lorrrr… Awat nak pikir sampai kesitu lak? Sekadar ugut, belum tentu nak buat bebetul. Kita tengok je kes mamat jambu berbaju Man U tu cukup la. Ada dengar cite dia kene tangkap? Dah masuk baper hari dia ugut nak bunuh tok guru?

Sapa yang berani pertikai wibawa polis skarang ini???

Bukan setakat nak kesan pesalah jenayah ‘cyber’, tembak pun skang ni tepat dah kat kepala. Dulu mana ada polis yang mampu tembak setepat itu melainkan polis dari Unit Tindak Khas (UTK). Sekarang polis peronda pun dah mampu. Cukup jelas dijadikan bukti tahap kecekapan pihak polis M’sia ni semakin meningkat. Sapa kata makin menurun??? Memang x nah buat ‘homework’ la kuar ‘statement’ merapu camtu. Padanla Musang Hasang leh sentap itu hari.

Mudah katanya kalau dh cekap tahap gaban camtu polis kita nih, dah tentu x timbul masalah bagaimana nak ‘trace’ mamat jambu tuh? Kompom sambil tutup mata pun diorang leh kesan mamat tu. Jadi tiada masalah akan timbul di situ. Cuma kemungkinan persoalan yang timbul selepas ini ialah adakah pihak polis akan meletakkan keutamaan untuk menyiasat perkara ini setelah pelbagai tohmahan telah dilemparkan kepada mereka akibat dari peristiwa kematian seorang remaja bawah umur di Shah Alam tempohari???

Perlu diingat ini merupakan masalah mengurus persepsi rakyat terhadap pihak yang menjaga keamanan terutamanya pihak polis. Seandainya pihak polis mengambil ringan terhadap kes ugutan bunuh ini, sudah pastilah rakyat akan berpendapat ianya respon dari tindakan pihak polis yang sudah terasa hati dan tidak berselera untuk menegakkan keadilan andai ianya membabitkan ahli, penyokong mahupun pemimpin Pakatan Rakyat.

Mahu tidak mahu pihak polis terpaksa juga meletakkan keutamaan dengan menyiasat ugutan bunuh yang telah dibuat demi menghapuskan sangka buruk yang berterusan dari masyarakat terhadap mereka.

Kesimpulannya

Jadi, yang pemuda @ ahli PAS  nak kecoh² sangat berarak ke balai buat laporan semata² ayat ‘ugutan’ budak berwajah jambu sambil memakai jersi Man U ni apa kejadahnya? Pada aku bukan ahli @ pemuda PAS yang perlu menjuarai isu tersebut, namun yang patut melaksanankan tuntutan melakukan laporan polis tesebut diketuai oleh  Sir Alex Ferguson, pengurus bolasepak pasukan Man U ataupun keseluruhan ahli lembaga pengarah kelab bolasepak tersebut memandangkan mamat jambu itu telah dengan sengaja berniat jahat memakai jersi kelab bolasepak itu ketika melakukan perkara jahat tersebut dengan tujuan mencemarkan reputasi baik yang telah dimiliki kelab tersebut selama ini.

Anda pasti setuju dengan aku kan???😀

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: