Corat-coret PRK P.094 Hulu Selangor edisi tertinggal bas…

May 4, 2010

Dalam dok hebat sangat pertahankan ketuanan Melayu, PERKOSA pimpinan Ibrahim Ali tiba-tiba membuat perangai pelik dengan bertindak menyokong calon berbangsakan India dari parti MIC yang langsung tiada hubungan darah dengan Melayu malah lebih teruk dari itu beliau dengan rakus memPERKOSA calon berbangsakan Melayu yang menjadi lawan kepada calon India MIC tersebut. Pelik sangat deh. Benarkah salakannya selama ini yang bersungguh-sungguh ‘claim’ dirinya pejuang unggul kaum Melayu? Sembang sang katak je laaaa. Hik hik hik

Kecoh juga sebelum itu nama Mat Tyson mantan MB Selangor dahulu akan dicalonkan sebagai calon Be eNd di Parlimen P.094 Hulu Selangor, sementelah kawasan Parlimen tersebut bermajotirikan kaum Melayu namun lain pula keputusan akhirnya apabila calon yang terpilih adalah seorang India dari parti MIC. Soseh-soseh mengatakan calon tersebut amat rapat dengan kepimpinan UMngok Hulu Selangor.

Mudah maknanya sekiranya menang nanti calon tersebut bakal menjadi kuda tunggangan UMngok Hulu Selangor. Alih-alih bukan setakat mendapat kerusi Parlimen Hulu Selangor, calon yang menyebabkan Be eNd tewas pada PRU-12 yang lepas, Datuk LAN @ G. paLANivel turut diangkat menjadi senator pada sesi Dewan Negara yang baru berlangsung ini. Terduduk UMngok Hulu Selangor. Bukan setakat kerusi Parlimen, tapi ‘seat’ senator pun MIC dapat. Keputusan 2-0. Sapa kata Samy Vellu dah masuk era Dinasour??? Silap la yop.

Ate UMngok Hulu Selangor 2 dapat apa lak weh??? Dapat nganga je laaaa kene main dek Abang Mee. Wakakaka….Itu macam kene tipu pun sanggup duduk dalam UMngok lagik ke weh oiii???

Apapun tahniah buat UMngok Hulu Selangor. Walaupun kedua-duanya berbangsa India, tapi ada jugak nama Melayu terselit dari nama kedua-duanya itu. Win-win situation maaa. PERKOSA jangan lupa lak bagi borang dekat Abg. p. KAMALanathan dan Datuk g. paLANivel.

Lastly ribuan penghargaan di atas layanan baik PAS Kawasan Tg. Malim terutama YdPnya yang sanggup bersusah payah seawal jam 7.30pagi mengangkut kami sarapan. X lupa Din Volvo, Zul, Salim, Pak Imam, Cha Ie (Ketua Penaja PAS Cawangan SKC) dan ahli jemaahnya. Jasa baik kalian melayan kerenah pasukan PAS Perak sewaktu bertugas membantu kempen PRK P.094 lepas akan sentiasa dikenang dan didoakan mendapat balasan yang sebaik-baiknya dari ALlah SWT.

Buat petugas PAS Perak, moga penat lelah kalian sewaktu turun berkempen diangkat sebagai amalan kebajikan. Kalau x dapat claim balik wang ringgit yang abis dibelanjakan disana tempohari, insyaALlah pastinya akan dibalas di sana nanti. Kapan kita bertemu lagik?

WALlahua’lam

i

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: