mana lagik sebelah tangan??? shhhhhhh

i

Kalau sebelum ini Malaysia dikejutkan dengan wabak H1N1 yang telah meragut ratusan nyawa rakyat negara ini, terbaru negara sekali lagi dikejutkan dengan kemunculan virus yang lebih merbahaya dari H1N1 dikenali nama Wabak P1N.

Menurut pakar perubatan terkenal berkaitan sakit bawaan di salah sebuah pusat perubatan ibukota, wabak ini mendapat namanya selepas menyerang mangsa pertamanya di RomPIN, Pahang.  Antara ciri-ciri wabak P1N ini ialah ianya akan menyebabkan individu yang dijangkiti hilang sifat kemaluannya. Seterusnya virus wabak tersebut dengan pantas akan menyerang saraf dibahagian tangan terutamanya pada jari yang secara tidak langsung akan menyebabkan individu tersebut akan mempunyai keinginan meraba bontot wanita yang berdekatan dengannya.

Menurut satu sumber yang dirahsiakan, kerajaan terpaksa bertindak pantas dengan menjadikan mangsa pertama di Rompin itu sebagai wakil negara di salah sebuah negara yang kedapatan banyak bontot-bontot menggiurkan dalam langkah-langkah pencegahan oleh kerana penawar kepada virus tersebut masih tidak ditemui. Menurut sumber itu lagi dengan menempatkan mangsa tersebut disana, ianya dianggap langkah terbaik buat masa ini bagi memastikan penularan wabak tersebut terkawal.

Namun dengan penemuan simptom yang hampir sama di TamPIN awal minggu ini menjadikan Kementerian Kesihatan terpaksa menaikkan tahap sistem amaran tentang bahayanya wabak P1N ini. Disamping itu pihak Bahagian Kawalan Penyakit Bawaan (BKPB), Kementerian Kesihatan juga menasihatkan penduduk yang bermastautin di tempat yang mempunyai akhiran nama PIN agar lebih berhati-hati kerana 2 mangsa jangkitan tersebut datangnya dari dua kawasan yang menggunakan akhiran nama tempat PIN iaitu RomPIN dan TamPIN. Walaubagaimanapun pihak tersebut masih tidak dapat memastikan adakah virus tersebut ada kene mengena dengan Ayah Pin, Ketua Kerajaan Langit yang juga merupakan ahli UMngok.

Berita lanjut berkaitan serangan wabak P1N boleh dibaca di sini.

i

Pengerusi JKKK didakwa cabul setiausaha disiasat

TAMPIN: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah gambaran tindakan seorang Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berusia 40-an di sini, yang didakwa sering melakukan gangguan seksual, termasuk meraba punggung seorang kakitangan wanitanya, sejak beberapa bulan lalu – Bharian Online

i

‘BERJAYA berjaya perolehi lesen judi bolasepak’

Menurut akhbar harian cina Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen – Malaysiakini

i

‘Bayi pertama PLKN BERJAYA dilahirkan’

“Pelatih berasal dari Keningau berusia 18 tahun itu melahirkan bayi di dalam tandas kem berkenaan sebelum ditemui pelatih lain yang curiga mendengar bunyi tangisan bayi di kawasan berkenaan.

“Ibu muda bersama bayinya itu dibawa ke Hospital Papar untuk pemeriksaan lanjut dan kini dilaporkan stabil,” katanya.

Katanya, bayi lelaki cukup sifat seberat 2.63 kilogram itu juga stabil dan sedang dirawat di hospital sama – MyMetro

i

‘Malaysia BERJAYA dikalahkan Jepun dalam perlawanan Piala Thomas’

Sementara itu, Fairuzizuan berkata: “Saya memang tak boleh kawal diri apabila melihat ada penonton memberi isyarat tidak elok kepada saya. Kalau mereka nak ‘boo’, saya boleh terima tapi buat isyarat seperti itu saya sudah tak boleh kawal diri. Kalau kami main di luar negara, kami lebih dapat sokongan positif berbanding di sini.”

“Memang saya nak menang, tapi sepanjang pembabitan saya dalam badminton dari dulu, memang saya pernah jadi juara tapi tekanan di kejohanan Piala Thomas ini kuat kerana harapan tinggi.” – MyMetro

i

*Kami berbangga dengan kejayaanmu Malaysia. Harum namamu dipersada antarabangsa.

i

Sketsa…

May 12, 2010

i