Hupdate…

AlhamduliLLah ‘banner’ najis yang tergantung semalam telah direntap turun oleh individu yang berasa bertanggungjawab terhadap kesucian rumah ALlah semasa aku dalam perjalanan menunaikan solat Jumaat tadi.

‘banner’ najis sudah tidak kelihatan

i

banner kurang ajar ini dengan penyanyi yang berpakaian mendedahkan aurat

gambaran lebih dekat

billboard di atas menyeru rakyat mencegah mungkar sementara dibawahnya pula banner mengajak rakyat mengerjakan mungkar

i

Balik keje tadi aku terpandang satu banner yang aku anggap sangat-sangat kurang ajar. Kenapa aku kata bagitu, ‘banner’ tersebut digantung betul² pada pagar Masjid Negeri, Ipoh. Ia bukanlah ‘banner’ hebahan program forum perdana mahupun ceramah agama, tapi ‘banner’ tersebut merupakan ‘banner’ yang mengajak rakyat negeri Perak bersama-sama ke stadium hoki Sultan Azlan Shah bagi menyaksikan pertandingan akhir Piala Sultan Azlan Shah yang sedang berlansung sekarang ini. Turut disertakan dalam ‘banner’ tersebut ialah persembahan penyanyi kelahiran Tanjung Rambutan, Perak iaitu Ezlyn dan juga cabutan bertuah pada pertandingan akhir nanti.

Beginikah caranya UMngok memartabatkan institusi masjid? Beginikah penghinaan yang sepatutnya diterima oleh masjid yang mana penaungnya ialah Sultan Perak sendiri? Sudah tiada tempat lainkah ‘banner’ itu boleh digantung selain dari pagar-pagar masjid yang mulia itu?

Dimana suara al-mufta yang begitu berapi mempertahankan kemuliaan masjid dari dicemari lontaran telur-telur para pendemonstran APCO sedikit masa dahulu tetapi senyap membisu dengan kemunculan ‘banner’ provokatif ini? Adakah al-mufta Perak sekarang ini telah menjadi ular sawa kekenyangan peliharaan Zambry Kadiaq?

Mengapa pihak penguatkuasaan Majlis Bandaraya Ipoh tidak terpandang akan imej yang merosakkan kemuliaan rumah ALlah. Kenapa begitu lembab tindakan mereka tidak sepertimana tindakan yang diterima oleh parti Pakatan Rakyat yang menggantung ‘banner’ di situ?

Persoalan paling besar ialah siapakah yang  begitu berani menggantung ‘banner’ tersebut. Sudah pastinya tindakan menggantung ‘banner’ tersebut sebagai satu cara mencetus provokasi terhadap umat Islam di Perak ini. Seharusnya pihak polis menyiasat siapakah dalang disebalik perbuatan keji ini. Jangan kerana membabitkan pihak parti pemerintah, perbuatan seperti itu disenyapkan tanpa diambil tindakan.

i

Lawak gampang…

May 13, 2010

Saya tak basuh dubur kerana nak simpan bukti: Mohd Saiful

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak membasuh duburnya selepas kejadian liwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti.

Mohd Saiful, saksi utama dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata selepas kejadian itu, beliau tidak mandi tetapi hanya membilas badannya – BHarian Online

i

Liwat II: Saiful Tidak Basuh Dubur Selama Dua Hari

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak membasuh duburnya selama dua hari kerana mahu menyimpan bukti kukuh selepas mendakwa diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Saiful, 25, mengakui dia tidak mandi selepas diliwat Anuar pada 26 Jun 2008.

Menjawab pertanyaan Karpal Singh yang mewakili Anwar berkata, dia hanya mandi sepenuhnya pada pagi 26 Jun dan hanya ‘membilas’ duburnya selepas diliwat – Mstar Online

i

Ini punya berita pun adaaaaaa. Sesapa yang ada selera nak makan jauhkan dulu baca blog aku nihhhh

i

Inilah padahnya bila al-mufta di Malaysia ni sibuk sangat berpolitik. Haramsana duk sibuk ngan hukum baling telor dalam kawasan masjid, Noh Gadut sibuk baca doa selamat ulang tahun UMngok, Tamyes lak sibuk hal cuka wain dalam makanan. Bab judi bolasepak yang dah diluluskan tu sapa lak yg nak komen???? Haram sapa pun x nak komen. Yang berani komen isu judi tu sapa??? Ghani Minhat.

Mamat tu sapa? Tokoh agama ka? Mamat tu bekas pemain bolasepak negara je. Walaupun komennya bukan atas dasar agama yang mengharamkan sebarang bentuk pertaruhan, tapi lebih berani memberi komen dari para al-mufta yang duk asyik sentuh hal-hal furu’ ni. Xkan bab judi yang dh jelas haram ni pun terpaksa nak diadakan persidangan Majlis Fatwa kottt. X ke elok diharam jadahkan je deme nih…

i

Ghani bantah syor benar pertaruhan Piala Dunia

CADANGAN Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin agar kerajaan membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia tidak dipersetujui raja bola negara, Datuk Abdul Ghani Minhat yang bimbang perjudian seperti itu akan turut membabitkan perlawanan liga tempatan – Bharian online

i

Edisi Piala Thomas

May 13, 2010

..

Suma dah tau, Mesia layak ke semi-final bertemu gergasi badminton dunia masa kini, negara Tembok Besar China.

Semalam Mesia menang dengan Denmark 3-2. Lee Chong Wei dan beregu utama negara menang. Perseorangan kedua Choon Hann dan beregu kedua tewas. Nasib Hafiz yang dikatakan lemah tenaga batin tu berjaya menyelamatkan impian Datin SeROS untuk melihat skuad badminton memenangi Piala Thomas dizamannya memerintah.

Persoalannya mengapa Wong Choon Hann leh kalah game dengan pemain Denmark semalam???

Adakah adegan ritual seperti yang terdapat pada gambar di bawah ini antara salah satu dari penyebabnya?

Kalau itulah penyebabnya maka Datin SeROS perlu melakukan adegan ritual tersebut kepada setiap pemain, bukan hanya kepada yang ber‘title’ Datuk seperti Chong Wei tu je. Diskriminasi namanya. Yang lain nak gak merasa dibelai manja cam Chong Wei tu. Ihik ihik 😛

i

cuba teka apakah yang bermain difikiran Chong Wei sewaktu berada dalam dakapan Datin Ros???
Oitttttt…jgn notty² ekk 😀

i

Tahniah budak muda…

May 13, 2010

Zambry Pangkor dalam Sinar Harian muka hadapan hari ini secara ‘ikhlas’ mempelawa Pemuda PAS Perak untuk menyertai parti UMngok. Pelawaan yang dibuat atas sifat keprihatinan Pemuda PAS Perak terhadap pentadbirannya samada dalam parti UMngok mahupun kerajaan haramnya itu.

Lantas terbayang aku kemungkinan inilah seruannya sedikit masa dahulu yang meminta agar seluruh rakyat negeri Perak tidak kira dari parti pemerintah mahupun parti pembangkang agar melupakan titik bengik dalam dunia politik bagi bersama-sama membantu beliau memajukan negeri Perak.

Namun wujud juga sedikit kecurigaan terhadap keikhlasan pelawaannya itu jika dikaji dari sudut pandangan politik aku. Persoalan yang aku boleh timbulkan dari kenyataan beliau itu antaranya :-

  • Kenapa beliau sebagai pemimpin sebuah kerajaan negeri terpaksa disibukkan dengan melayan karenah budak muda dari parti PAS ini sedangkan ia sepatutnya digalas oleh budak muda parti UMngok?
  • Kemana perginya suara budak muda dari UMngok dalam mempertahankan kepimpinanya?
  • Adakah mereka juga telah berjauhan hati dengan kepimpinan negeri yang ada sekarang ini lantas membiarkan ketuanya itu berseorangan dalam menjawab pelbagai kenyataan yang dilemparkan kepada parti ketuanya itu?
  • Adakah dengan pelawaan Zambry terhadap budak muda PAS  seolah-olah secara tidak langsung beliau mengiktiraf ketokohan kepimpinan budak muda PAS tersebut?
  • Lantas secara halus menyindir kepimpinan budak muda parti UMngok yang tidak mampu berbuat apa-apa di atas setiap serangan yang dilakukan oleh budak muda PAS terhadap kepimpinannya itu?
  • Adakah ini secara tidak langsung memperakukan hubungan yang tidak mesra alam yang mulai wujud dalam barisan parti UMngok itu sendiri, seperti yang aku catatkan dalam ‘entry’ aku sebelum ini?

Pada aku, nampaknya Zambry dah termakan umpan budak muda parti PAS ini. Sepatutnya beliau tidak melayan tetapi kemungkinan akibat cetaknya pengalaman dalam parti, beliau termakan jerat jua akhirnya. Syabas pemuda PAS Perak yang berjaya menganggu tumpuan Zambry.

Kalaula Zambry ni spesis pengingat orangnya, inilah juga perkara sama yang telah dilakukan oleh budak muda UMngok sewaktu pemerintahan Pakatan Rakyat dahulu. Namun apakan daya, bukan melayu je mudah lupa, rupa-rupanya mamak pun sama jugak. Opsss mamak dalam UMngok jek.

i