Tahniah budak muda…

May 13, 2010

Zambry Pangkor dalam Sinar Harian muka hadapan hari ini secara ‘ikhlas’ mempelawa Pemuda PAS Perak untuk menyertai parti UMngok. Pelawaan yang dibuat atas sifat keprihatinan Pemuda PAS Perak terhadap pentadbirannya samada dalam parti UMngok mahupun kerajaan haramnya itu.

Lantas terbayang aku kemungkinan inilah seruannya sedikit masa dahulu yang meminta agar seluruh rakyat negeri Perak tidak kira dari parti pemerintah mahupun parti pembangkang agar melupakan titik bengik dalam dunia politik bagi bersama-sama membantu beliau memajukan negeri Perak.

Namun wujud juga sedikit kecurigaan terhadap keikhlasan pelawaannya itu jika dikaji dari sudut pandangan politik aku. Persoalan yang aku boleh timbulkan dari kenyataan beliau itu antaranya :-

  • Kenapa beliau sebagai pemimpin sebuah kerajaan negeri terpaksa disibukkan dengan melayan karenah budak muda dari parti PAS ini sedangkan ia sepatutnya digalas oleh budak muda parti UMngok?
  • Kemana perginya suara budak muda dari UMngok dalam mempertahankan kepimpinanya?
  • Adakah mereka juga telah berjauhan hati dengan kepimpinan negeri yang ada sekarang ini lantas membiarkan ketuanya itu berseorangan dalam menjawab pelbagai kenyataan yang dilemparkan kepada parti ketuanya itu?
  • Adakah dengan pelawaan Zambry terhadap budak muda PAS  seolah-olah secara tidak langsung beliau mengiktiraf ketokohan kepimpinan budak muda PAS tersebut?
  • Lantas secara halus menyindir kepimpinan budak muda parti UMngok yang tidak mampu berbuat apa-apa di atas setiap serangan yang dilakukan oleh budak muda PAS terhadap kepimpinannya itu?
  • Adakah ini secara tidak langsung memperakukan hubungan yang tidak mesra alam yang mulai wujud dalam barisan parti UMngok itu sendiri, seperti yang aku catatkan dalam ‘entry’ aku sebelum ini?

Pada aku, nampaknya Zambry dah termakan umpan budak muda parti PAS ini. Sepatutnya beliau tidak melayan tetapi kemungkinan akibat cetaknya pengalaman dalam parti, beliau termakan jerat jua akhirnya. Syabas pemuda PAS Perak yang berjaya menganggu tumpuan Zambry.

Kalaula Zambry ni spesis pengingat orangnya, inilah juga perkara sama yang telah dilakukan oleh budak muda UMngok sewaktu pemerintahan Pakatan Rakyat dahulu. Namun apakan daya, bukan melayu je mudah lupa, rupa-rupanya mamak pun sama jugak. Opsss mamak dalam UMngok jek.

i

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: