Bukti UMngok persenda sultan…

May 13, 2010

Hupdate…

AlhamduliLLah ‘banner’ najis yang tergantung semalam telah direntap turun oleh individu yang berasa bertanggungjawab terhadap kesucian rumah ALlah semasa aku dalam perjalanan menunaikan solat Jumaat tadi.

‘banner’ najis sudah tidak kelihatan

i

banner kurang ajar ini dengan penyanyi yang berpakaian mendedahkan aurat

gambaran lebih dekat

billboard di atas menyeru rakyat mencegah mungkar sementara dibawahnya pula banner mengajak rakyat mengerjakan mungkar

i

Balik keje tadi aku terpandang satu banner yang aku anggap sangat-sangat kurang ajar. Kenapa aku kata bagitu, ‘banner’ tersebut digantung betul² pada pagar Masjid Negeri, Ipoh. Ia bukanlah ‘banner’ hebahan program forum perdana mahupun ceramah agama, tapi ‘banner’ tersebut merupakan ‘banner’ yang mengajak rakyat negeri Perak bersama-sama ke stadium hoki Sultan Azlan Shah bagi menyaksikan pertandingan akhir Piala Sultan Azlan Shah yang sedang berlansung sekarang ini. Turut disertakan dalam ‘banner’ tersebut ialah persembahan penyanyi kelahiran Tanjung Rambutan, Perak iaitu Ezlyn dan juga cabutan bertuah pada pertandingan akhir nanti.

Beginikah caranya UMngok memartabatkan institusi masjid? Beginikah penghinaan yang sepatutnya diterima oleh masjid yang mana penaungnya ialah Sultan Perak sendiri? Sudah tiada tempat lainkah ‘banner’ itu boleh digantung selain dari pagar-pagar masjid yang mulia itu?

Dimana suara al-mufta yang begitu berapi mempertahankan kemuliaan masjid dari dicemari lontaran telur-telur para pendemonstran APCO sedikit masa dahulu tetapi senyap membisu dengan kemunculan ‘banner’ provokatif ini? Adakah al-mufta Perak sekarang ini telah menjadi ular sawa kekenyangan peliharaan Zambry Kadiaq?

Mengapa pihak penguatkuasaan Majlis Bandaraya Ipoh tidak terpandang akan imej yang merosakkan kemuliaan rumah ALlah. Kenapa begitu lembab tindakan mereka tidak sepertimana tindakan yang diterima oleh parti Pakatan Rakyat yang menggantung ‘banner’ di situ?

Persoalan paling besar ialah siapakah yang  begitu berani menggantung ‘banner’ tersebut. Sudah pastinya tindakan menggantung ‘banner’ tersebut sebagai satu cara mencetus provokasi terhadap umat Islam di Perak ini. Seharusnya pihak polis menyiasat siapakah dalang disebalik perbuatan keji ini. Jangan kerana membabitkan pihak parti pemerintah, perbuatan seperti itu disenyapkan tanpa diambil tindakan.

i

One Response to “Bukti UMngok persenda sultan…”

  1. Kucing Kota Says:

    Agaknya bena itu sengaja digantung kat bawah billboard dekat pagar mesjid n,i dengan tujuan nak gagalkan rancangan Zambry kut!!. Kalau ada juga orang yang pergi tengok persembahan tu, setelah membaca billboard ni, memang otak simpan dalam mangkuk.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: