Bila mulut bau longkang…

May 30, 2010

“Kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai kuasa untuk menutup semua premis judi, bukan setakat judi bola sepak sahaja – itulah (baru) makna sebenar mempunyai niat yang baik,” kata Arif Shah kepada Malaysiakini.

“Tapi nampaknya mereka seperti bermain politik,” katanya merujuk kepada keputusan kerajaan negeri itu yang hanya mengharamkan premis judi bola, yang pemberian lesennya diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak – Malaysiakini

i

Kalau sebelum nih duk kutuk Pakatan Rakyat yang kejenya asyik membangkang usaha baik KERAjaan Be eNd dalam setiap perlaksanaan program untuk manfaat rakyat jelata, kini tiba pula masa pihak Be eNd yang melakukan perkara yang sama terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat. Mudah sangat mereka berpaling arah menjilat ludahan sendiri. Tapi apala yang nak diherankan sangat. Inilah politik UMngok Be eNd. Dulu, kini dan selamanya busuk hati perut.

Atas kewajaran apakah pendapat tokey-tokey yang mempunyai kepentingan dalam aktiviti perjudian ini diminta? Sudah tentu kita tau jawapannya. Kenapa kita tidak cuba untuk bertanya kepada keluarga ahli judi tersebut pula? Samada mereka bersetuju dengan tindakan terbaru KERAjaan Be eNd pimpinan Najib ini ataupun bermati-matian pula mempertahankannya?

Sudah tentu jawapannya TIDAK sama sekali. Mereka inilah yang telah lama menderita akibat kegiatan judi yang dilakukan ayah, abang, adik mahupun sesiapa sahaja dari kalangan ahli keluarga mereka. Samada menderita akibat pergolakan keluarga, isteri dan anak yang sering disepak tendang termasuk yang lebih teruk lagi diganggu pihak along yang datang memungut hutang taik judi ini.

Institusi keluarga dirosakkan oleh tangan Najib. Apa lagi yang mahu kita harapkan kepada mereka-mereka ini? Benarkah ini fungsi sebenar wakil rakyat yang ditugaskan menjaga hal ehwal kebajikan rakyat di bawah pimpinannya?

Adakah kita sanggup membiarkan buaya-buaya darat yang tidak kisah mengorbankan generasi anak muda ini demi menjayakan nafsu busuk mereka selama ini dalam usaha mengembalikan kuasa Be eNd dalam negara ini?

Kalau beginilah bentuk pimpinan yang dipilih, usah pelik andai keruntuhan demi keruntuhan sifat mulia berlaku dalam masyarakat kita selepas ini. Usah salahkan mereka yang memimpin, tetapi salahkan sapa yang mengangkat pemimpin seperti ini.

i

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: