Sifir APCO…

June 30, 2010

Strateginya mudah. Keluarkan kenyataan kurangnya dari kalangan Melayu yang mendaftar sebagai pemilih baru oleh Hishamsiah Aww anak Hussin Off. Lambungan disambut Pengerusi SPR Malaysia, siap bagi nisbah pendaftaran pemilih baru bagi kaum Melayu berbanding kaum Cina Tionghua sebanyak 1 : 40. Masyarakat mula gawat. Petaka apakah ini? Cina akan memerintah Malaya? Kome x ingat ke zaman komunis dulu? Melarat hidup kite. Lari ke hutan weh oi, kata Tok Wan kepada cucunya.

Lantas apabila tiba PRU ke-13,  kita akan lihat lonjakan undi dari kaum Melayu bumiputera. Nah, kaum Melayu sudah sedar. Mereka mengambil kesempatan dari nisbah pendaftaran antara kaum yg dikeluarkan oleh SPR sebagai tanda amaran akan luputnya kuasa kaum Melayu dibumi Malaya. Hishamsiah Aww tersenyum gembira. Tok Jib megah berkuasa. Pakatan Rakyat melopong semula.

Benda sebenar yang kita perlu tahu, inilah strategi UMngokco untuk menjalankan pendaftaran pemilih hantu seramai mungkin bagi menghadapi PRU ke-13 nanti. Ia boleh sahaja menjadikan alasan kegemparan kaum Melayu bakal hilang kuasa untuk menjustifikasikan kebanjiran pemilih baru dari kalangan kaum Melayu nanti. Mudah bukan. Aku dah cakap, bukan teruk sangat nak tackle sifir UMngokco ni. Otak budak kampung cam aku ni pun leh tangkap mana yang tersurat dan mana yang tersirat.

Ok Hishamsiahh Aww, nextttttttttttttttttttt…

“Beliau (Hosni) tiada dalam senarai kami,” katanya mengulas laporan Harakahdaily hari ini yang memetik Hosni sebagai berkata beliau dan rakan-rakannya dijemput hadir untuk bertemu Najib dan bukannya hendak menyertai Umno – Ulammmamak muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya kepada Malaysiakini


Ini baru betul-betula Hor liawwww. Nak masuk UMngokco kene pandai bagi ulasan sebegini. Tahniah Fathul Bari. Anda berjaya membuktikan mana-mana ulammamak yang masuk UMngokco perlu pandai bercakap bohong, atau sewaktu dengannya. Aku agak mesti dia amik sijil pandai cakap bohong ni dari pak mentua dia. Ngeeee

Padanla pengadil x kasi gol. Ada makhluk jahat dah ubah line gol. Hua hua hua

HOLLAND – 2 ; SLOVAKIA 0

Hajat hati nak menulis. Tp otak jem. Mood kureng. Englandish dinafikan hak untuk sekurang-kurangnya mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti. Itu pengadil punya citer. Buta atau sepakat utk menghukum ego pasukan 3 singa itu? Anda bongkarla sendiri. Cuma kalau boleh aku harap xdak sapala yang cuba nak samakan pengadil semalam dengan pengerusi SPR.

Bila sebut pasai pengadil, teringat aku kat Subkhidin, pengadil Malaysia yang  terpanggil utk mengadili perlawanan Piala Dunia tahun ini. Malang sungguh, cita2 utk melihatnya berlari (atau berjalan) ditengah padang tidak kesampaian. Wajahnya cukup sinonim dengan board pertukaran pemain dan tambahan masa. Aduhhh, kenduri dah buat, Najib pun dah bg restu.Tiba-tiba hanya layak pegang board camtu jek? Jangan pelajar sekolahnya tempat dia bertugas nanti sambut kepulangannya dengan acara gelak gulin2 dah la. Mau mintak transfer ke Africa. Haha

Kenapakah beliau diperlakukan dengan sebegitu hina oleh FIFA?

Adakah kerana FIFA sendiri tidak meyakini stamina yang ada padanya setelah mengikuti perlawanan yang pernah diadilinya dalam Liga Super di negara kita ini? Perlu kita fahami, sebelum ini memang telahpun bangkit isu pemain negara yang hanya mempunyai ketahanan stamina selama 60 minit sahaja di atas padang ketika bermain. Mungkin ianya antara faktor yang menjangkiti pengadil perlawanan.

Adakah keberangkalian beliau akan dipanggil mengadili perlawanan diperingkat yg lebih tinggi (pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir @ final) nanti sedangkan tiada satu perlawanan pn yang dapat dijadikan tanda aras terhadap kebolehannya mengadil?

Adakah ini membuktikan bahawa FAM sendiri gagal meyakinkan FIFA akan kemajuan pengadil yang berada di bawah naungannya?

Adakah ini juga bermakna kegagalan Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang (termasuk Khairy Jamaludin dan yang sewaktu dengannya) mentadbir FAM sepertimana kegagalan beliau meramaikan melayu UMngokco kalaupun bukan melayu PAS dan PKR ditanah tinggi Cameron Highland sekarang ini?

Jawapannya ada pada kelompok ‘besar’ ulamak muda yang telah menyertai UMngokco baru-baru ini. Kalau bukan kerna kejayaan UMngokco, parti utama yang memerintah Malaysia sekarang ini, atas sebab apa lagi mereka begitu beriya-iya menyertai parti najis itu?

Yang hebatnya pada aku negara kita ni ialah bilamana ‘penjahat’ awam (pensyarah universiti) mengisytiharkan dengan penuh gembira tanpa rasa takut sebagai ahli UMngokco, tidak sepertimana sahabat-sahabat mereka yang diburu dan diugut hanya kerana menjadi ahli PAS ataupun PKR. Fikir-fikirkan la 😀

World Cup fever…

June 23, 2010

Jap lagik game Englandish ngan Slovenia akan berlangsung serentak dengan game antara USA dan Algeria. Aku disaat ini masih setia menyokong team yang pernah menjajah negara aku ini lama puluhan tahun dahulu. Ntahlah, masih menaruh harapan agar team feberet aku ini layak ke pusingan kalah mati nanti. Mungkin sepertimana UMngokco yang menaruh harapan agar Dr Asri dan 100 pengikutnya dari kalangan ulamak muda (J-Qaf) menyertai parti taik itu.

Kenyataan SUK UMngokco itu mempunyai seribu satu erti. Hendak memberi tekanan kepada Dr. Asri agar turut mnyertai perjuangan ‘suci’ parti taik kucen itu sepertimana yang dilakukan oleh Imam Sepak Tong, MaSHITah dan JAMil Khir. Modus operandinya  mudah, bom kata Dr. Asri nak masuk UMngokco, pastu akan datang sumpah seranah tahap gaban dari penyokong Pakatan Rakyat. Disusuli kekecewaan akibat sumpah seranah, lantas satu sidang media akan diadakan untuk menyatakan diri dan penyokong yang terdiri dari kalangan ulamak muda (J-Qaf) menyertai UMngokco.

Buktinya, sejak semalam seharian aku membaca ulasan demi ulasan dari blogger PR yang bernada sumbing terhadap laporan berita itu. Memang kita jenis cepat melatah. Mungkin itulah juga yang terjadi kepada ADUN PR yang melompat sebelum-sebelum ini. Asal lompat sket, terus jatuh hukum begitu dan begini. Walhal sebelum ini tidak kedengaran langsung kisah sumbang ADUN berkenaan. Mungkin satu anjakan boleh dilakukan dalam menghadapi situasi sebegini pada masa akan datang.

Dunia nampaknya sudah berubah. Perlunya para penyokong dan pimpinana PR rakyat juga berubah sama seiring dengan perubahan dunia. Rakyat sudah matang dalam menilai pembacaan politik tanahair yang berlaku kebelakangan ini. Masing-masing juga sudah pandai membuat pelbagai ulasan selari dengan kehendak hati dan nafsu. Jangan menoleh kebelakang lagi. Jangan dilupa susah senang sahabat tika bersama dalam PR dahulu. Kalau ditidakkan segala jasa mereka, apa beza kita dengan UMngokco???

X pasai² bro minaq_jinggo nih dah glemerkan kawasan aku. Siap duduk lagik atas bangku kawasan aku tu. Tq 4 dat promos bro 😀

Link gambo Minaq-Jinggo Fotopages

Cristiano Ronaldo – Portugal

Lionel Messi – Argentina

Keshvinder Singh – Malim Nawar

Buruk siku

June 12, 2010

Kalau di Jepun, syarikat kereta terbesarnya menarik semula kereta yang telah dijual untuk memperbaiki kerosakan yang boleh membahayakan nyawa pembeli kereta tersebut, tapi di Malaysia gelaran bagi darjah kebesaran yang ditarik semata-mata kerana penerimanya telah berpindah parti politik.

Nampaknya jasa kepada pembangunan agama, bangsa dan negara bukanlah piawaian yang diberi keutamaan dalam penganugerahan gelaran darjah kebesaran ini. Cukuplah kalau menjadi ahli parti Be eNd dan pandai mengampu pembesar negeri. Hatta hanya sekadar pandai menulis pun x pe. Asalkan sayang Be eNd. Walau bijak mana bergelar proffesor ataupun doktor Phd, andai menyokong Pakatan Rakyat lupakanlah saja.

Aku terfikir bagaimana agaknya kalau semakin ramai penerima darjah kebesaran ini melompat ke parti Pakatan Rakyat dan negara Malaysia diperintah Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti? Mungkin masa itu taraf rakyat dan pemerintah tidak lagi dibezakan dengan gelaran-gelaran penuh kebanggan ini. Bagus jugak begitu.

Pasnih aku cadang kat jawatankuasa yang mencari penerima-penerima yang bakal menerima darjah kebesaran nih, sila pastikan penerima tersbut membuat akuan bersumpah bahawa mereka tidak akan melompat atau menyokong atau bersimpati  sedikit kuman pun terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Kalau x mau beribu-ribu lemon lagi gelaran darjah kebesaran tu akan ditarik. Masa tu jangan terkejut negara kita bukan setakat mempunyai majlis penganugerahan darjah kebesaran, tetapi juga majlis penarikan darjah kebesaran. Haha Malaysia, negaraku yang aneh 😀

sumber berita di sini

i

i

Agak-agak hangpa, yang mana satukah gambar yang menunjukkan perasaan teramat gembira itu???

i

Berita boleh dipaut di sini dan di sini

i

Bilakah ‘BINATANG’ ini akan mendapat pembalasannya? Aku rasa apa yang diperlakukannya kepada arwah adik Syafiah Humaira Sahari wajib juga dirasainya. Baru adil. Pada aku mamat ni bukan orang, tapi lebih hina dari BINATANG. Kalau lelaki seperti aku boleh menjadi hiba membaca kisah bagaimana cara budak comel ini menemui ajalnya, x taula pulak pada anda.

Moga kejadian seperti yang dialami arwah Syafiah Humaira Sahari tidak akan berulang pada anak-anak kecil yang lain. Manakan mampu Shahrizat Jalil menjaga keselamatan dan kepentingan pihak wanita dan keluarga sedangkan rakyat dalam kawasan parlimennya sendiri sudah menolaknya.

arwah adik Syafiah Humaira Sahari, apalah dosa budak secomel ini dibunuh dengan sebegitu kejam???