Muktamar PAS Pusat Kali Ke-56

June 10, 2010

AlhamduliLLah Partai Islam SeMalaysia (PAS) akan mengadakan sidang muktamarnya buat kali ke-56 hari ini. Semalam telah berlangsungnya majlis perasmian serentak ketiga-tiga dewan iaitu Dewan Ulamak, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK). Perasmian majlis bersejarah tersebut dilakukan oleh Mursyidul ‘Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kelancaran majlis perasmian semalam menandakan bahawa pihak PAS Kelantan telah bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi Muktamar kali ini walaupun bertindak sebagai negeri pengganti akibat dari penolakan Kedah yang dikhabarkan ingin memberikan penumpuan terhadap Pilihanraya Kecil DUN Kota Siputeh yang akan ditentukan status kedudukannya oleh mahkamah pada bila-bila masa.

Juga seperti biasa yang terjadi pada sebelum-sebelum ini, sudah pastilah akan adanya suara ketidakpuasan hati para blogger pro Pakatan Rakyat yang mempertikaikan layanan urus setia penganjur terhadap peranan mereka pada program besar ini, tidak sepertimana yang mereka perolehi sewaktu Konvensyen Parti KeADILan Rakyat baru-baru ini. Kalau dulunya mampu untuk ‘survive’ sendirian tanpa meminta-minta, ianya sudah berbeza sekarang. Semua kehendak mereka perlu dipenuhi atau bakal menghadapi tindakan balas dendam. Nampaknya tempias sikap UMno sudah mula menjangkiti sesetengah blogger ini. Mahukan layanan VIP? Mudah saja, sokong UMno. InsyaALlah apa yang anda mahukan akan dipenuhi.

Sudah-sudahla tu. Bawa diri bermuhasabah. Ikhlaskan diri dalam perjuangan. InsyaALah ada kemudahan yang akan ALlah berikan. Malas membebel. Nanti ada pula hati yang terluka. Selamat bermuktamar buat seluruh perwakilan.  Aku bersiaran secara langsung dari dewan Markaz Dewan Ulamak (MADU), Machang sempena Muktamar Penuh Dewan Ulamak. Sekali sekala menjadi tua ok jugak. Hehe

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: