Buruk siku

June 12, 2010

Kalau di Jepun, syarikat kereta terbesarnya menarik semula kereta yang telah dijual untuk memperbaiki kerosakan yang boleh membahayakan nyawa pembeli kereta tersebut, tapi di Malaysia gelaran bagi darjah kebesaran yang ditarik semata-mata kerana penerimanya telah berpindah parti politik.

Nampaknya jasa kepada pembangunan agama, bangsa dan negara bukanlah piawaian yang diberi keutamaan dalam penganugerahan gelaran darjah kebesaran ini. Cukuplah kalau menjadi ahli parti Be eNd dan pandai mengampu pembesar negeri. Hatta hanya sekadar pandai menulis pun x pe. Asalkan sayang Be eNd. Walau bijak mana bergelar proffesor ataupun doktor Phd, andai menyokong Pakatan Rakyat lupakanlah saja.

Aku terfikir bagaimana agaknya kalau semakin ramai penerima darjah kebesaran ini melompat ke parti Pakatan Rakyat dan negara Malaysia diperintah Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti? Mungkin masa itu taraf rakyat dan pemerintah tidak lagi dibezakan dengan gelaran-gelaran penuh kebanggan ini. Bagus jugak begitu.

Pasnih aku cadang kat jawatankuasa yang mencari penerima-penerima yang bakal menerima darjah kebesaran nih, sila pastikan penerima tersbut membuat akuan bersumpah bahawa mereka tidak akan melompat atau menyokong atau bersimpatiĀ  sedikit kuman pun terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Kalau x mau beribu-ribu lemon lagi gelaran darjah kebesaran tu akan ditarik. Masa tu jangan terkejut negara kita bukan setakat mempunyai majlis penganugerahan darjah kebesaran, tetapi juga majlis penarikan darjah kebesaran. Haha Malaysia, negaraku yang aneh šŸ˜€

sumber berita di sini

i

i

Agak-agak hangpa, yang mana satukah gambar yang menunjukkan perasaan teramat gembira itu???

i

Berita boleh dipaut di sini dan di sini

i