Buruk siku

June 12, 2010

Kalau di Jepun, syarikat kereta terbesarnya menarik semula kereta yang telah dijual untuk memperbaiki kerosakan yang boleh membahayakan nyawa pembeli kereta tersebut, tapi di Malaysia gelaran bagi darjah kebesaran yang ditarik semata-mata kerana penerimanya telah berpindah parti politik.

Nampaknya jasa kepada pembangunan agama, bangsa dan negara bukanlah piawaian yang diberi keutamaan dalam penganugerahan gelaran darjah kebesaran ini. Cukuplah kalau menjadi ahli parti Be eNd dan pandai mengampu pembesar negeri. Hatta hanya sekadar pandai menulis pun x pe. Asalkan sayang Be eNd. Walau bijak mana bergelar proffesor ataupun doktor Phd, andai menyokong Pakatan Rakyat lupakanlah saja.

Aku terfikir bagaimana agaknya kalau semakin ramai penerima darjah kebesaran ini melompat ke parti Pakatan Rakyat dan negara Malaysia diperintah Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti? Mungkin masa itu taraf rakyat dan pemerintah tidak lagi dibezakan dengan gelaran-gelaran penuh kebanggan ini. Bagus jugak begitu.

Pasnih aku cadang kat jawatankuasa yang mencari penerima-penerima yang bakal menerima darjah kebesaran nih, sila pastikan penerima tersbut membuat akuan bersumpah bahawa mereka tidak akan melompat atau menyokong atau bersimpati  sedikit kuman pun terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Kalau x mau beribu-ribu lemon lagi gelaran darjah kebesaran tu akan ditarik. Masa tu jangan terkejut negara kita bukan setakat mempunyai majlis penganugerahan darjah kebesaran, tetapi juga majlis penarikan darjah kebesaran. Haha Malaysia, negaraku yang aneh 😀

sumber berita di sini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: