Bila SPR pun join World Cup…

June 29, 2010

HOLLAND – 2 ; SLOVAKIA 0

Hajat hati nak menulis. Tp otak jem. Mood kureng. Englandish dinafikan hak untuk sekurang-kurangnya mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti. Itu pengadil punya citer. Buta atau sepakat utk menghukum ego pasukan 3 singa itu? Anda bongkarla sendiri. Cuma kalau boleh aku harap xdak sapala yang cuba nak samakan pengadil semalam dengan pengerusi SPR.

Bila sebut pasai pengadil, teringat aku kat Subkhidin, pengadil Malaysia yang  terpanggil utk mengadili perlawanan Piala Dunia tahun ini. Malang sungguh, cita2 utk melihatnya berlari (atau berjalan) ditengah padang tidak kesampaian. Wajahnya cukup sinonim dengan board pertukaran pemain dan tambahan masa. Aduhhh, kenduri dah buat, Najib pun dah bg restu.Tiba-tiba hanya layak pegang board camtu jek? Jangan pelajar sekolahnya tempat dia bertugas nanti sambut kepulangannya dengan acara gelak gulin2 dah la. Mau mintak transfer ke Africa. Haha

Kenapakah beliau diperlakukan dengan sebegitu hina oleh FIFA?

Adakah kerana FIFA sendiri tidak meyakini stamina yang ada padanya setelah mengikuti perlawanan yang pernah diadilinya dalam Liga Super di negara kita ini? Perlu kita fahami, sebelum ini memang telahpun bangkit isu pemain negara yang hanya mempunyai ketahanan stamina selama 60 minit sahaja di atas padang ketika bermain. Mungkin ianya antara faktor yang menjangkiti pengadil perlawanan.

Adakah keberangkalian beliau akan dipanggil mengadili perlawanan diperingkat yg lebih tinggi (pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir @ final) nanti sedangkan tiada satu perlawanan pn yang dapat dijadikan tanda aras terhadap kebolehannya mengadil?

Adakah ini membuktikan bahawa FAM sendiri gagal meyakinkan FIFA akan kemajuan pengadil yang berada di bawah naungannya?

Adakah ini juga bermakna kegagalan Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang (termasuk Khairy Jamaludin dan yang sewaktu dengannya) mentadbir FAM sepertimana kegagalan beliau meramaikan melayu UMngokco kalaupun bukan melayu PAS dan PKR ditanah tinggi Cameron Highland sekarang ini?

Jawapannya ada pada kelompok ‘besar’ ulamak muda yang telah menyertai UMngokco baru-baru ini. Kalau bukan kerna kejayaan UMngokco, parti utama yang memerintah Malaysia sekarang ini, atas sebab apa lagi mereka begitu beriya-iya menyertai parti najis itu?

Yang hebatnya pada aku negara kita ni ialah bilamana ‘penjahat’ awam (pensyarah universiti) mengisytiharkan dengan penuh gembira tanpa rasa takut sebagai ahli UMngokco, tidak sepertimana sahabat-sahabat mereka yang diburu dan diugut hanya kerana menjadi ahli PAS ataupun PKR. Fikir-fikirkan la😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: