Malangnya menjadi Melayu di Tanah Melayu… Dalam keadaan ekonomi yang semakin berkembang biak tiba-tiba meletus satu muntahan lahar mengalir bersamanya berita panas kenaikan harga 5 jenis barang. Maap, selaras bukannya naik.

Dalam rakyat tengah berduka mengenangkan sambutan perayaan yang semakin tawar dan kelat, tiba-tiba Najib dan Kak Mah terbang makan angin keluar negara. Bercuti katanya. Pulak dahhh…Punya la lama. X kedengaran pulak lantikan pemangku PM. Takot pisang berbuah kali kedua barangkali???

Kalut rakyat menterjemah pertalian antara pelarasan harga 5 barang tersebut dengan percutian mewah Najib dan Kak Mah? Adakah ini menandakan negara sedang terlalu hampir dengan status negara maju, walaupun pada masa yang sama begitu banyak laporan yang mendedahkan keadaan negara yang bukan sahaja begitu jauh untuk mencapai status itu, malah lebih buruk lagi semakin mundur dari negara membangun yang ada.

Contohnya talian internet berjalur lebar. Begitu mahal langganannya disini tapi tidak Vietnam sana. Bukan aku yang kata, tp AP Kuala Krau x silap aku ketika memberikan soalan tambahan dalam sidang parlimen yang lepas. Vietnam baru bangkit dari situasi perang saudara. Mampu pula memberikan khidmat terbaik kepada rakyat jelata. Nak ukur dengan eropah lagik la berganda ketinggalannya kita.

Kita bukan sahaja dibebankan dengan bayaran yang tidak masuk akal sedangkan untung yang dikaut oleh penyedia tunggal ini dilaporkan berlipat ganda, malah lebih dari itu asal lambat sedikit membayar bil bulanan, talian internet kita terus disekat tanpa dakwa dakwi. Cas sambungan bakal memberikan keuntungan berganda buat pihak terbabit.

Nak contoh lagik? Aku bagi lagi satu contoh. Bagaimana sistem kutipan tol yang diperkenalkan oleh pihak pemerintah. Muakkah kita apabila acapkali dimomokkan dengan alasan yang sama setiap kali berlaku kenaikan bayaran tol itu? “Kita terpaksa menaikkan kadar bayaran tol dan jika tidak kerajaan terpaksa membayar ganti rugi kepada pemegang konsesi tol tersebut”. Alasan yang jelas tujuannya untuk membodohkan kaum Melayu. Kaum lain x terima dah alasan bodoh sebegitu.

Tu belum kira lagi  ASTRO. Dah bayar memahal, bila mendung sambil berkumpulnya awan diatap rumah, haram keluar sikit pun gambo. Bayor lambat tau lak deme motong line kita. Cheh.

X ke rasa kita nih kene tipu? Ke memang pemimpin negara yang ada nih dilahirkan sebagai penipu?

Cuma kawan aku slalu jugak ulang. Katanya doa orang dizalimi nih xdak hijab. ALlah makbul terus. Kalaula tetiba rakyat nih sepakat doa mintak kapal terbang yang bawak mana-mana pemimpin negara skang ni meletup or jatuh terhempas seperti di Pakistan dan Arab Saudi kelmarin, aku rasa mau depa duk melancong dalam negara jek.

Tapi rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu nih  jenih lembut hati. X gamak nk doa camtu. Tu yg depa naik tocang tu. Kalau x besh jugak baca berita muka depan “Kapal Terbang bawak PM Jatuh Terhempas”. Opsss org jahat panjang umo kata abah aku.

i

Hari ini KSN dah bagi pelepasan pada guru DG 41 – DG 48 untuk aktif berpolitik.

Makna tersurat, satu kebebasan buat para pendidik yang kononnya menjadi pemangkin kepada perjuangan kemerdekaan negara terutama kepada PEKEMBARngokco sendiri.

Makna tersirat, menjadi tugas mudah untuk mengetahui pendirian kepartian seseorang guru itu, bilamana mereka diberikan tugas untuk menjayakan sesuatu program yang melibatkan parti pemerintah Be eNd UMngokco. Samada mereka berani menolak dari dipergunakan dan pada masa yang sama menzahirkan pendirian mereka, perlu diyakini bahawa mereka bakal kehilangan segala keistimewaan yang telah diperolehi sebelum ini .

Namun andai mereka menurut segala kemahuan Be eNd UMngokco itu pula, pastinya mereka seakan-akan dilihat sama seumpama ‘keldai dadah’ yang semakin banyak kedapatan dinegara kita ini.

Bayangkan hanya dengan menzahirkan pandangan politik di dalam blog peribadi sahaja tanpa aktif berada dipentas politik pun sudah dihukum dengan pelbagai hukuman yang tidak masuk akal, inikan pula kalau menonjolkan diri pada dunia politik sebenar.

Jadinya kebebasan berpolitik yang diluluskan oleh KSN itu bukanlah satu kebebasan yang mutlak, tetapi hanyalah satu bentuk kebebasan yang berpihak. Hanya boleh berpolitik bersama parti Be eNd UMngokco tetapi tidak kepada Pakatan Rakyat. Bukan semua benda perlukan penerangan terperinci. Cukup sekadar membaca berulang kali.

WALlahua’lam

i

HARAM sana sini…

July 27, 2010

Haha… 1st 4 ol, posting nih x de kait mengait ngan TAN SRI HARUS sani. Dia masih mengekalkan keharusannya. So kalau ada sesapa yang terasa hati dengan perkataan HARAM, sila mohon kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar dapat mengeluarkan perkataan itu dalam simpanan kamus.

Isu perpaduan bergema kembali. Pimpinan PAS masih seperti dahulu, terlalu rajin melayani isu ini. Pihak yang masih berkepentingan dalam PAS Recond masih mengharapkan ihsan sang Presiden agar turut memainkan sama isu ini. Biar mudah mereka meneruskan kembali siri menghentamnya. Bila mau matang nih beb.

Isu kenaikan 5 harga barang? Minyak petrol? Gula? Tepung? Gas? Tidak ramai yang mahu memperkatakannya lagik. Biarlah minyak naik asalkan mereka itu tidak naik minyak. Pada mereka isu perpaduan Melayu lebih besar untuk diperkatakan.

Mahu tidak mahu kita terpaksa akui jalan untuk ke Putrajaya memang sudah kita nampak. Jelas dihadapan mata. Tetapi jangan menganggapnya kerja enteng. Jangan terkejut andai peristiwa 13 Mei akan berulang. Buktinya? UMngokco mulai menggerakkan psywar dengan menggunakan suara ultra Melayu melalui PERKASA. Mungkin sekarang ianya dilihat tidak selari, tapi percayalah lama kelamaan itu jugalah wadah yang akan digunakan oleh pemimpin UMngokco untuk mendapatkan kembali kuasa pemerintahan yang telah terlepas nanti.

Pernahkah anda mendengar Najib menghentam PERKASA? Pernahkah anda mendengar Muhyiddin memaki PERKASA? dan pernahkah juga anda mendengar Hishamsiah Aww yang menggertak PERKASA dengan ISA? Cuma Khairy Jamaluddin mungkin yang agak kontra dengan PERKASA ini. Tapi suara Ketua Pemuda itu agak longgar untuk didengar. Suara orang yang memerlukan publisiti dalam meneruskan kelangsungan politiknya barangkali.

Kita??? Masih sedap berdendang dengan Perpaduan kononnya.

Tahniah Tan Sri Harus sani. Fakta mengatakan beliau pernah menjadi agen Special Branch sebelum menjadi mufti. Ataupun tugas itu masih kekal sehingga kini dengan title mufti hanya dijadikan alat mengelabui mata rakyat, wALlahua’lam. Tidak mengapa, ALlah lebih mengetahui niat ‘ikhlas’ mu itu. Umur yang sebegini, agaknya tidaklah terlalu sukar untuk meneka pengakhiran hidupnya nanti. Anda agak bagaimana pula?

i

Agak-agak…

July 24, 2010

Agak-agak hangpa, ditakdirkan Khalid Al-Walid RA hidup dizaman ini dan dipecat jawatannya oleh pemimpin dizaman ini apakah agaknya jawapan beliau?

Adakah beliau akan memprotes keputusan tersebut dan melekehkan pimpinannya dengan mengatakan ucapan pimpinannya dalam persidangan seolah-olah sedang berkhutbah tidak sepertimana hebatnya ucapan pimpinan lain?

Ataupun melabelkan pimpinannya malas mencari berita hangat sehinggakan pejabat dibiarkan kosong tidak berpenghuni?

Aku x dapat nak jumpa punca jawapan. Hangpa???

i

berita berkenaan gambar di atas boleh dibaca di sini [link]

i

p/s – Aku dh jumpa alasan paling ideal bagi pelarasan harga gula oleh Najib tempohari. Gula boleh menyebabkan obesiti. Obesiti boleh mengakibatkan masalah berat badan yang berlebihan. Bila dah berat, senang nak tersungkur. Bila dah tersungkur payah orang nak tolong tahan. Bila dah orang x nak tolong, dia akan jadik cepat marah. Wakakakaka…

i

PERKOSA Melayu…

July 20, 2010

Aku pun x tau pasai apa aku tempek gambaq mamat dua ekoq yg ngah sakan berpesta todi nih. Cumanya bila aku baca brita dia kat sini [link] membuatkan aku musykil. Umo baru 28, tapi belanja mewah giler. Sama cam anak Nazri, anak Hishamsiah Aww dan Si Dafi Duck anak Sabri yang sambut beshday pal diaorg kt hotel mewah 5 bintang baru nih.

Aku duk pikiaq dari mana dia mampu kumpul kekayaan sebanyak itu dalam usia semuda ini? Aku cuba flashbak balik satu masa dulu bilamana pernah kecoh anak Ling Liong Sik yang lebih kurang sebaya ngan mamat ni mampu memiliki harta puluhan juta ringgit. Adakah sumber kekayaaan yang diperoleh mamat dalam gambaq di atas  adalah dari sumber yang sama sepertimana anak Ling Liong Sik ataupun anak pembesar negara yang lain?

Iskkk pelik aku. Umur baru 28thn. Bukannya 68thn. Kalau mamat tu Melayu aku x heran sangat la  sebab UMngokco memang terbukti berjaya melahirkan Melayu bertaraf jutawan di negara ni. Tapi mamat ni CINA… diulang CINA. Xkanla NAJIB & Co. yang melalak duk pejuang nasib Melayu tu bersikap khianat dengan mengayakan mamat CINA nih?

Tang ni aku harap sangat Bang Beghahim Ali jaguh PERKOSA Melayu tu kalau leh tolong selidik kekayaan mamat ni. Bior rakyat tau. Tapi kalau kekayaan mamat nih ada sangkut paut ngan Vincent Tan, toksahlah Bang Beghahim sibuk² nak siasat lak. Miss soru Bang Beghahim nanti. Hah hah hahaa 😀

Kalau nak tau lebih lanjut pasai mamat ni, klik sini [link]

i

Bijak

July 20, 2010

Harga barang tidak naik

PUTRAJAYA 19 Julai – Sebanyak 17 persatuan peniaga yang mewakili 500,000 ahli memberi jaminan tidak akan menaikkan harga barangan jualan mereka ekoran pelarasan harga gula minggu lepas.

Jaminan itu turut diberikan oleh 17 wakil syarikat pengeluar makanan dan minuman utama di negara ini dalam satu pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, hari ini – Utusan Meloya

Sapa kata kami nak naikkan harga??? Kami cuma nak SELARASkan harga barangan jualan kami ja. Wakaka…

i

X guna sembang pasai barang naik. Buat terbakar perasaan jek. Baik sembang pasai bola. Dh tentu tenang jek. Keh keh keh.

Saksikan kemunculan jersi terbaru pasukan Man Utd, dan yang pasti jersi ini bebas ARAK.

tengok, mana ada iklan ARAK???

x caya??? kat blakang pun x daaaaa

ni bukan logo Muslimen United lak… kome jgn silap

material kain bukan jenis cap ayam bro !!!

i

p/s-Pasukan biru sang juara 1 mata tuh bila lak nak nayang baju baru? Xkan pakai baju tawun lepas kot. Hik hik 😛

i

Berita kenaikan harga 5 barang seperti yang diumumkan malam tadi bagaikan telah ditelah rakyat Malaysia. Lantaklah pelbagai alasan yang diberikan. Naik tetap naik. Benarlah apa yang diperkatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala sebelum ini bahawa negara kita semakin kearah BANKRAP. Memang MALAYSIA AKAN BANKRAP sepertimana FELDA YANG AKAN BANKRAP tidak lama lagik.

Apa jua penjelasan NAJIB akan diterima oleh masyarakat MELAYU yang rata²nya masih dungu dan bengap politik itu. Cukup hanya dengan mempelihatkan wajah yang kecewa ketika membuat pengumuman kenaikan harga tersebut. Hancur luluh hati kaum MELAYU ini sambil mengiyakan apa yang disampaikannya. Malah ada juga yang sudah sedari awal menyetuji tindakan NAJIB sebelum dia berkata-kata lagi. Wahhh hebat NAJIB.

Cuma yang aku terkilan sedikit dengan pemimpin parti yang dikatakan mewakili kaum MELAYU terbesar negara Malaysia ini ialah KENAPA PENGUMUMAN KENAIKAN 5 HARGA BARANG INI DILAKUKAN TIKA MANA KAUM MELAYU SEDANG BERSIAP-SIAP HENDAK MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN DAN SETERUSNYA SYAWAL YANG AKAN MENJELANG SELEPAS ITU??? Apa dosa kaum MELAYU sehingga sanggup beliau menyusahkan mereka yang juga dari bangsanya sendiri. Pelik memang pelik. Disaat kaum MELAYU masih lagi berpegang teguh memberikan taat setia kepada UMngokco, namun inikah habuan yang patut mereka terima???

PERSOALANNYA…

KENAPA BELIAU TIDAK MENGUMUMKAN KENAIKAN HARGA INI KETIKA KAUM TIONGHUA SIBUK HENDAK MENYAMBUT SAMBUTAN TAHUN BARU MEREKA??? Risaukan undi mereka yang semakin menghilang? Ataukah ini sahaja caranya NAJIB mampu memenangi undi kaum tersebut walaupun terpaksa mengorbankan kaumnya sendiri.

Mari kita sama-sama lihat apakah tindakan yang akan dibuat oleh PERKASA dan PEMUDA UMNgokco terhadap isu ini. Pada aku tindakan rakyat yang meluat kepada UMngokco ini tidak lain tidak bukan turun kembali kejalan-jalan raya. Ayuhhh pejuang kita buktikan!!!

i

sekadar gambar hiasan

i

Kah kah kah, memacam ragam manusia kat dunia nih. Kalau sebelum² nih, orang yang nak g umrah g jumpa tok guru agama pedalam ilmu ibadat yang kureng, then buat kenduri doa selamat mintak selamat ibadat yang nak dibuat nanti.

Tapi itu zaman batu beb. Skang dh moden. Musti la ada bezanya. X men ar jumpa tok guru. Jumpa tok guru time nak hapus dosa jek. Tok guru bebila pun leh jumpa maa. Ada jek orang yang sanggup nak tolong bawakkan.

Tapi kalau nk jmpa sifu Slash nih maaaaanyak teruk maa. Bkn sebarang orang leh jmpa. So acara kuno buat kenduri tu wajib dihapuskan. Gantikan ngan konsert. Pastu mintak peminat yg datang konsert tu doakan bersama² agar aku mendapat syafaat umrah tu. Kan lagi ramai yg doa lagi makbul impian kita?

Lantak ko la labu. Mungkin ko perasan diri ko tu dah terlebih cukup ilmu ibadat ni pasainya dah banyak kali melancong ke sana. Dunia dunia, sampai bila la hang nak menipuuuuu masyarakat…

Berita berkenaan di sini [KOSMO]

p/s- harap²nya dapatle dia dakwahkan si Slash tuh. or bawak Slash jumpa Tok Guru MB Kltn. Ngeeee 😀

i