Tipu dan terus tertipu dan ditipu…

July 30, 2010

Malangnya menjadi Melayu di Tanah Melayu… Dalam keadaan ekonomi yang semakin berkembang biak tiba-tiba meletus satu muntahan lahar mengalir bersamanya berita panas kenaikan harga 5 jenis barang. Maap, selaras bukannya naik.

Dalam rakyat tengah berduka mengenangkan sambutan perayaan yang semakin tawar dan kelat, tiba-tiba Najib dan Kak Mah terbang makan angin keluar negara. Bercuti katanya. Pulak dahhh…Punya la lama. X kedengaran pulak lantikan pemangku PM. Takot pisang berbuah kali kedua barangkali???

Kalut rakyat menterjemah pertalian antara pelarasan harga 5 barang tersebut dengan percutian mewah Najib dan Kak Mah? Adakah ini menandakan negara sedang terlalu hampir dengan status negara maju, walaupun pada masa yang sama begitu banyak laporan yang mendedahkan keadaan negara yang bukan sahaja begitu jauh untuk mencapai status itu, malah lebih buruk lagi semakin mundur dari negara membangun yang ada.

Contohnya talian internet berjalur lebar. Begitu mahal langganannya disini tapi tidak Vietnam sana. Bukan aku yang kata, tp AP Kuala Krau x silap aku ketika memberikan soalan tambahan dalam sidang parlimen yang lepas. Vietnam baru bangkit dari situasi perang saudara. Mampu pula memberikan khidmat terbaik kepada rakyat jelata. Nak ukur dengan eropah lagik la berganda ketinggalannya kita.

Kita bukan sahaja dibebankan dengan bayaran yang tidak masuk akal sedangkan untung yang dikaut oleh penyedia tunggal ini dilaporkan berlipat ganda, malah lebih dari itu asal lambat sedikit membayar bil bulanan, talian internet kita terus disekat tanpa dakwa dakwi. Cas sambungan bakal memberikan keuntungan berganda buat pihak terbabit.

Nak contoh lagik? Aku bagi lagi satu contoh. Bagaimana sistem kutipan tol yang diperkenalkan oleh pihak pemerintah. Muakkah kita apabila acapkali dimomokkan dengan alasan yang sama setiap kali berlaku kenaikan bayaran tol itu? “Kita terpaksa menaikkan kadar bayaran tol dan jika tidak kerajaan terpaksa membayar ganti rugi kepada pemegang konsesi tol tersebut”. Alasan yang jelas tujuannya untuk membodohkan kaum Melayu. Kaum lain x terima dah alasan bodoh sebegitu.

Tu belum kira lagi  ASTRO. Dah bayar memahal, bila mendung sambil berkumpulnya awan diatap rumah, haram keluar sikit pun gambo. Bayor lambat tau lak deme motong line kita. Cheh.

X ke rasa kita nih kene tipu? Ke memang pemimpin negara yang ada nih dilahirkan sebagai penipu?

Cuma kawan aku slalu jugak ulang. Katanya doa orang dizalimi nih xdak hijab. ALlah makbul terus. Kalaula tetiba rakyat nih sepakat doa mintak kapal terbang yang bawak mana-mana pemimpin negara skang ni meletup or jatuh terhempas seperti di Pakistan dan Arab Saudi kelmarin, aku rasa mau depa duk melancong dalam negara jek.

Tapi rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu nih  jenih lembut hati. X gamak nk doa camtu. Tu yg depa naik tocang tu. Kalau x besh jugak baca berita muka depan “Kapal Terbang bawak PM Jatuh Terhempas”. Opsss org jahat panjang umo kata abah aku.

i

2 Responses to “Tipu dan terus tertipu dan ditipu…”

  1. EmrE homodi Says:

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi dibekalkan nyawa untuk bersua dengan Ramadhan kali ini. Hendaknya marilah kita bersama mengambil kesempatan ini untuk membuat sedikit perubahan peribadi kearah yang lebih baik, dengan memberi peluang kepada diri sendiri memperbanyakkan amalan-amalan terbaik, mudah-mudahan ia mampu menjadi bekalan kita menghadap Allah dikemudian hari, insyaAllah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: