Amoi yang positif…

August 30, 2010

SEBELUM

i

SELEPAS

AlhamduliLlah dah ada perkembangan yang makin menarik buat amoi Serdang nih. Mana tau lagik galak dia masuk masjid dan surau lagik sopan dia pakai. Silap² kalah wanita UMngokco tuh.
Tapi yang pasti aku tau Rosmah mesti x puas hati ngan amoi nih. Baik dari segi figure badannya mahupun kecomelan wajahnya.
Dan yang paling Rosmah x pueh hati, amoi Serdang ni leh pakai kebaya yang nampak susuk tubuh badan. Kalau Rosmah tu pakai kebaya, mau tetas suma jahitan kebaya tuh. Wakakaka kurus pahala posa korang baca posting aku kutuk Rosmah…

Tapi kenapa Utusan ataupun taik² UMngokco x siarkan gambar amoi cina Serdang yang terbaru ni? Haha… Sendiri mau ingat la. Benda baik utk Pakatan Rakyat rugi diberi publisiti. Takut makin susut yang simpati kat UMngokco ni.

Paling besh, cuba lihat dua perbezaan di bawah ini.

i

Cuba lihat gambar di atas?

Adakah ianya melambangkan kaedah yang digunakan oleh rakyat Malaysia dalam merayakan sambutan hari kebangsaan ataupun kaedah yang selalunya diguna pakai oleh tentera Nazi Jerman? Aku dah penin…

Bab yang ni Harus Tsani kene bagi patewa. Jangan time cina masuk surau jek libang libu nak bercakap.

i

Pesta mencari undi kembali lagik. Kali ini gimiknya lebih menarik. Dari Pie Em hinggalah membawa ke mufti. Tidak terkecuali pelakon dvd lucah tersohor negara, Dr Solex. Namun pesta yang dijangka bakal menjana keuntungan tidak seperti yang diharapkan. Kusangka panas hingga kepetang, rupanya hujan ditengah hari.

Rakyat mengharapkan si mufti membawa misi sama yang dibawa oleh RasuluLLah saw dalam menyatupadukan rakyat di bawah pemerintahannya. Kita pastinya sudah menghafal beberapa kisah sahabat RasuluLLah saw yang berlainan suku kaum dan bangsa tetapi hidup aman dan merdeka di bawah panji-panji Islam. Begitu juga bangsa yahudi dan kristian tidak dipinggirkan.

RasuluLLah saw juga dalam satu sabdanya memberi penegasan akan tiadanya perbezaan sesama manusia melainkan dengan ketinggian taqwa. Tidaklah terlalu asyik RasuluLLah saw mengulang2 kemuliaan bangsa ‘arab melainkan 3 perkara (asal RasuluLLah, kitab Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa ‘Arab dan bahasa ‘Arab juga merupakan bahasa syurga).

Lantas apabila mufti yang diharapkan membawa sifat perjuangan seperti RasuluLLah saw itu mulai memuliakan sesuatu bangsa, terutamanya bangsa Melayu yang tidak pernah disebut sekalipun di dalam kitab suci Al-Quran, ianya membawa satu penafsiran yang pelik. Samada mufti sudah menyimpang dari perjuangan yang dibawa oleh RasuluLLah ataupun mufti tersebut sememangnya bukan diwujudkan jawatannya untuk mengambil tanggungjawab RasuluLLah saw itu.

Pelbagai contoh sifat pelik mufti itu bukan lagi menjadi rahsia. Kesemua kenyataannya yang sudah2 menjurus kepada mempertahankan kemelayuan walhal apabila berkaitan dengan sifat buruk Melayu didiamkannya sahaja. Contoh apabila ada muslim yang rasa bertanggungjawab menyalurkan maklumat begitu ramainya bangsa Melayu beragama Islam murtad, beliau seakan2 hanya melepaskan batuk ditangga. Hanya berani melontarkan isu tetapi takut untuk mempertahankan kenyataannya. Last2 saksi yang ditahan, tanpa ada sedikitpun rasa bersalah kerana tidak mempertahankan saksi tersebut.

Begitu juga dengan isu Perlembagaan baru negara. Kenapa beliau terlalu sibuk untuk menjadi jaguh politik tanahair sedangkan isu buang bayi yang semakin parah sekarang ini tidak diambil peduli? Atau adakah juak-juak Najib gagal untuk melakukakn kerja-kerja saraf ini sehinggakan terpaksa memakai batang tubuh sang mufti yang sememangnya naif dalam dunia politik ini?

Jadinya bila saja peranan mufti ini turut gagal, bermakna Najib terpaksa mencari isu lain untuk membantu kelangsungan pentadbirannya yang dilihat semakin malap ini. Last2 Indon berjaya dikambing hitamkan. Hanya dengan sedikit emosi penduduknya sudah mampu menarik perhatian editor massa perdana. Sudah pastinya berita ini akan disensasikan berminggu2 lamanya sehingga beliau ketemu isu lain yang lebih menarik.

Kenapa Indon begitu berani memijak2 bendera negara kita sampaikan najis mereka  juga berjaya menerobos ruang kawasan kedutaan negara kita? Mudah saja jawapannya. Tidak ada kekuatan dalam pentadbiran Najib sekarang ini. Sebahagian besar pemain utama yang sepatutnya duduk dalam pentadbiran kabinetnya sekarang ini telah tewas dalam PRU lepas. Mahu tidak mahu terpaksa menggunakan juga jalan belakang untuk melantik mereka yang tewas ini. Lantas dengan kekuatan apakah mereka akan mempertahankan kadaulatan negara ini sedangkan untuk menang di dalam negara mereka sendiri pun mereka tidak mampu???

Moga tidaklah pula naknya najis itu nanti hinggap dimuka Najib. Digelar orang Najis Najib. Haru jadinya. Alamat nak cepat mampusss kata Sudin dalam Seniman Bujang Lapok…

i

Skrip ulangan…

August 24, 2010

Bermula dengan satu permainan saraf yang ditimbulkan pelakon dvd lucah terkenal negara, Chua Soi Lek lantas disambut kemudiannya dengan simbahan cat merah disebuah surau di Negeri Sembilan [link]. Rakyat dimomokkan lagik dengan sensiviti perkauman sempit UMngokco Be eNd.

Skrip ulangan dari kejadian serangan dan pembakaran gereja di Hulu Klang beberapa bulan dulu akibat dari satu keputusan penghakiman berkaitan penggunaan nama ALlah.

Tidaklah sukar untuk menelah dalang sebenar kepada permainan politik sempit seperti ini. Cuma reaksi polis yang kita tagih, samada bertindak adil atau terjun sama dalam kancah politik bagi membentengi parti yang dilihat semakin sesak nafas itu.

Sapa yang untung hasil dari isu ini? Sudah tentunya Harus Tsani, pakar saraf UMngokco yang semakin celupar mengeluarkan kenyataan yang ternyata tidak menguntungkan langsung perpaduan masyarakat dalam negara ini.

Pada aku, untuk meredakan ketegangan ini, pihak berwajib harus bertindak segera. Tahanlah segera Harus Tsani itu, sepertimana mereka menahan Mat Sabu, Karpal Singh ataupun hero melayu Ibeghaim Aley suatu masa dahulu.

Benarlah seperti pepatah orang tua dulu. Kerna mulut santan binasa, dan kerna mulut Harus Tsani jugalah perpaduan antara kaum semakin porak peranda.

Moga rakyat pandai menilai tindakan terdesak puak-puak ini. Ataupun kesan daripada program pembodohan rakyat yang dilakukan penasihat Najib telah berjaya…

i

Update

Jenazah akan disolatkan di Masjid Raja Nazrin Shah, Rapat Jaya Tambahan malam ini selepas solat ‘Isyak. Mohon yang berkelapangan untuk hadir – Ust. Misbahul Munir (s/u BPPN Perak)

Makluman dari ‘sms’ yang aku terima sebentar tadi dari YB Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong memberitahu isteri Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussin telah kembali kerahmatuLLah sebentar tadi. Jenazah masih berada dihospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Moga ALlah SWT memuliakan ALlahyarhamah dan menempatkan rohnya dikalangan orang² yang berjuang pada jalanNya, amin. Al-Fatihah

i

Ihya’ Ramadhan

August 17, 2010



BODOH!!!

August 12, 2010

Kawan aku pernah bgtau aku 1 rahsia. Itupun setelah aku desak dia berulang kali akan rahsia tersebut. Katanya dalam banyak² sultan di tanah melayu ini, Sultan Perak lah yang paling bijak. Dia kata lagi Sultan Perak  berkelulusan undang² luar negara dan pernah menjawat jawatan Ketua Hakim Negara sebelum dilantik sebagai YDP Agong. Itu rahsia dia dulu la. Skang aku x pasti konsisten atau tidak pendiriannya itu.

Abistu aku tanya dia pulak, kalau Sultan Perak nih yang paling bijak, sultan lain bagaimana? Terus dia pandang sekeliling dan mengenyitkan mata kat aku. Aku x brapa paham maksud kenyitan mata dia masa tu. Cuma kalau bila aku terbaca berita kat sini [link] baru la aku nak tangkap sket maksud kenyitan mata dia dulu tu.

Aku pun dah lama sangat x jumpa kawan aku tuh. Dengar citer dh jadi usahawan berjaya. Kalau jumpa aku nk cakap kat dia, sesapa pun kalau melekat ngan UMngokco memang orang tu akan jadi bodoh dan tidak bijak sampai bebila. Mudah katanya membodohkan diri seumur hidup. Kalau dulunya berani skang dah jadi pondan siam. Sebabnya berkawan ngan UMngokco tu la.

i

Marhaban ya Ramadhan…

August 9, 2010

syaitan2 yang menjelma dalam bentuk poster dan pamphlet dibulan Ramadhan nanti

i

Bulan Ramadhan Kareem menjelang lagik. Yang mencari pahala akan melonjak keriangan, yang mencari pesta makanan pula melebar senyumannya. Manakan tidak, inilah bulan yang ditunggu-tunggu selama ini oleh semua pihak, baik yang mencari amal ma’ruf ataupun perkara mungkar.

Makan itu harus, tapi jika berlebihan sehinggakan harga pakej menjadi tidak masuk akal, ianya mengundang kepada haram. Mungkin Tan Sri Mufti kita masih belum memulakan bicara mengenai bulan yang penuh keberkatan ini. Ataupun masih belum berputus asa dengan perpaduan yang ingin dijayakannya. Namun mahu tidak mahu, kita yang bukan mufti inilah terpaksa berkongsi dengan pembaca yang sudi membaca.

ALlah membazirkan pengampunannya dalam bulan ini, namun insan seperti kita begitu kedekut untuk merebutnya. Mudah-mudahan ALlah membukakan pintu hati kita untuk saling berlumba merebut anugerah yang akan diberikannya nanti. Moga juga ALlah menyampaikan kita semua kebulan yang penuh mulia ini, insyaALlah.

Sempena kehadiran bulan pengampunan ini, sedikit aku kongsi peringatan buat yang terlupa.

******

1.Dibelenggu para syaitan dan jin.

Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

* sumber di sini

i

Benci tapi rindu???

August 9, 2010

Itu hari kata xnak sangat Nizar duk dalam PAFA. Nizar itulah Nizar inilah. Last² Nizar jugak yang dipilih deme. X kesah la Nizar mana pun, asalkan jangan ada nama yang sama duk dalam PAFA tu dah la. Takot nanti penyokong meluat. Cakap x serupa bikin. Berita disahkan di sini [Metro]

i

Bila katak dapat ujan…

August 9, 2010

perjumpaan dengan wanita IT (Ibu Tunggal)

Pertemuan dengan kanak-kanak khas

i

Nampaknya peruntukan tambahan sebanyak lebih RM 80 juta oleh DUN Perak baru-baru ini memberikan begitu banyak manfaat buat ADUN Be End. Malah ADUN katak juga turut sama menumpah ‘tui’ hasil dari bajet mee segera yang diluluskan tidak sampai setengah hari bersidang itu.

Penyokong Pakatan Rakyat pernah bising bercerita kat aku akan keadaan yang begitu tidak masuk akal ini. Tapi pada aku biarlah persidangan ADUN ‘peragut’ yang diketuai setan hitam bergigi putih ini berlangsung dalam keadaan yang pantas dan tidak panjang. Cuba fikirkan, kalaulah dengan persidangan yang memakan masa hanya setengah hari mereka sudah berjaya meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM80 juta lebih, berapa pula nilainya jika persidangan itu berlarutan sampai 4-5 hari atau lebih? Haha, jenuh pulak ADUN Pakatan Rakyat yang teringin nak menang PRU-13 nanti mencongak jumlah hutang yang akan ditinggalkan oleh geng-geng setan itam bergigi putih ini. Silap-silap x berani nak bertanding gamaknya.

Itulah dasar UMngokco Be End ni. Pantang jumpa kuasa, cari lobang untuk dapatkan sebanyak mungkin duit. Yang sengsara pemimpin kerajaan yang menang selepas itu. X kira la dari parti Pakatan Rakyat mahupun UMngokco Be End itu sendiri. Terpaksa menanggung beban hutang yang banyak. X bayar kang kata x layak memerintah hanya kerna hutang lapuk yang ditinggalkan mereka sebelum ini tidak diselesaikan. Memang celaka setan itam bergigi putih itu.

Lihat sahajalah si Osman Jailoo ini. Mungkin kanak-kanak istimewa tidak kedapatan dalam negeri Perak, hinggakan terpaksa pula mengimport dari Kedah. Aku rasa melambak lagi kanak-kanak istimewa ini di Perak ni kalau xda sangat didaerah Larut Matang tu, MELAINKAN KANAK-KANAK ISTIMEWA DALAM PERAK NI PUN DAH MENYAMPAH DENGAN PUAK-PUAK NI. X LALU NAK MENTEKEDARAH DUIT HARAM OSMAN JAILOO NI.

So kalau kanak-kanak istimewa yang mempunyai akal berfikir yang terhad pun dah pandai nak menilai, xkanla hangpa yang elok sempurna ni bangang sangat nak mencika duit depa ni.

i

p/s-kata orang si Zambry Kadeer ni dari hati sampai ketubuh badannya itam kecuali gigi 😀

I