Skrip ulangan…

August 24, 2010

Bermula dengan satu permainan saraf yang ditimbulkan pelakon dvd lucah terkenal negara, Chua Soi Lek lantas disambut kemudiannya dengan simbahan cat merah disebuah surau di Negeri Sembilan [link]. Rakyat dimomokkan lagik dengan sensiviti perkauman sempit UMngokco Be eNd.

Skrip ulangan dari kejadian serangan dan pembakaran gereja di Hulu Klang beberapa bulan dulu akibat dari satu keputusan penghakiman berkaitan penggunaan nama ALlah.

Tidaklah sukar untuk menelah dalang sebenar kepada permainan politik sempit seperti ini. Cuma reaksi polis yang kita tagih, samada bertindak adil atau terjun sama dalam kancah politik bagi membentengi parti yang dilihat semakin sesak nafas itu.

Sapa yang untung hasil dari isu ini? Sudah tentunya Harus Tsani, pakar saraf UMngokco yang semakin celupar mengeluarkan kenyataan yang ternyata tidak menguntungkan langsung perpaduan masyarakat dalam negara ini.

Pada aku, untuk meredakan ketegangan ini, pihak berwajib harus bertindak segera. Tahanlah segera Harus Tsani itu, sepertimana mereka menahan Mat Sabu, Karpal Singh ataupun hero melayu Ibeghaim Aley suatu masa dahulu.

Benarlah seperti pepatah orang tua dulu. Kerna mulut santan binasa, dan kerna mulut Harus Tsani jugalah perpaduan antara kaum semakin porak peranda.

Moga rakyat pandai menilai tindakan terdesak puak-puak ini. Ataupun kesan daripada program pembodohan rakyat yang dilakukan penasihat Najib telah berjaya…

i