Indon, Talian Hayat UMngokco…

August 25, 2010

Pesta mencari undi kembali lagik. Kali ini gimiknya lebih menarik. Dari Pie Em hinggalah membawa ke mufti. Tidak terkecuali pelakon dvd lucah tersohor negara, Dr Solex. Namun pesta yang dijangka bakal menjana keuntungan tidak seperti yang diharapkan. Kusangka panas hingga kepetang, rupanya hujan ditengah hari.

Rakyat mengharapkan si mufti membawa misi sama yang dibawa oleh RasuluLLah saw dalam menyatupadukan rakyat di bawah pemerintahannya. Kita pastinya sudah menghafal beberapa kisah sahabat RasuluLLah saw yang berlainan suku kaum dan bangsa tetapi hidup aman dan merdeka di bawah panji-panji Islam. Begitu juga bangsa yahudi dan kristian tidak dipinggirkan.

RasuluLLah saw juga dalam satu sabdanya memberi penegasan akan tiadanya perbezaan sesama manusia melainkan dengan ketinggian taqwa. Tidaklah terlalu asyik RasuluLLah saw mengulang2 kemuliaan bangsa ‘arab melainkan 3 perkara (asal RasuluLLah, kitab Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa ‘Arab dan bahasa ‘Arab juga merupakan bahasa syurga).

Lantas apabila mufti yang diharapkan membawa sifat perjuangan seperti RasuluLLah saw itu mulai memuliakan sesuatu bangsa, terutamanya bangsa Melayu yang tidak pernah disebut sekalipun di dalam kitab suci Al-Quran, ianya membawa satu penafsiran yang pelik. Samada mufti sudah menyimpang dari perjuangan yang dibawa oleh RasuluLLah ataupun mufti tersebut sememangnya bukan diwujudkan jawatannya untuk mengambil tanggungjawab RasuluLLah saw itu.

Pelbagai contoh sifat pelik mufti itu bukan lagi menjadi rahsia. Kesemua kenyataannya yang sudah2 menjurus kepada mempertahankan kemelayuan walhal apabila berkaitan dengan sifat buruk Melayu didiamkannya sahaja. Contoh apabila ada muslim yang rasa bertanggungjawab menyalurkan maklumat begitu ramainya bangsa Melayu beragama Islam murtad, beliau seakan2 hanya melepaskan batuk ditangga. Hanya berani melontarkan isu tetapi takut untuk mempertahankan kenyataannya. Last2 saksi yang ditahan, tanpa ada sedikitpun rasa bersalah kerana tidak mempertahankan saksi tersebut.

Begitu juga dengan isu Perlembagaan baru negara. Kenapa beliau terlalu sibuk untuk menjadi jaguh politik tanahair sedangkan isu buang bayi yang semakin parah sekarang ini tidak diambil peduli? Atau adakah juak-juak Najib gagal untuk melakukakn kerja-kerja saraf ini sehinggakan terpaksa memakai batang tubuh sang mufti yang sememangnya naif dalam dunia politik ini?

Jadinya bila saja peranan mufti ini turut gagal, bermakna Najib terpaksa mencari isu lain untuk membantu kelangsungan pentadbirannya yang dilihat semakin malap ini. Last2 Indon berjaya dikambing hitamkan. Hanya dengan sedikit emosi penduduknya sudah mampu menarik perhatian editor massa perdana. Sudah pastinya berita ini akan disensasikan berminggu2 lamanya sehingga beliau ketemu isu lain yang lebih menarik.

Kenapa Indon begitu berani memijak2 bendera negara kita sampaikan najis mereka  juga berjaya menerobos ruang kawasan kedutaan negara kita? Mudah saja jawapannya. Tidak ada kekuatan dalam pentadbiran Najib sekarang ini. Sebahagian besar pemain utama yang sepatutnya duduk dalam pentadbiran kabinetnya sekarang ini telah tewas dalam PRU lepas. Mahu tidak mahu terpaksa menggunakan juga jalan belakang untuk melantik mereka yang tewas ini. Lantas dengan kekuatan apakah mereka akan mempertahankan kadaulatan negara ini sedangkan untuk menang di dalam negara mereka sendiri pun mereka tidak mampu???

Moga tidaklah pula naknya najis itu nanti hinggap dimuka Najib. Digelar orang Najis Najib. Haru jadinya. Alamat nak cepat mampusss kata Sudin dalam Seniman Bujang Lapok…

i

4 Responses to “Indon, Talian Hayat UMngokco…”

  1. khairi Says:

    ikut skrip mereka, rakyat Melayu akan bersatu mengutuk Indon, mereka akan tunjukkan rakyat bersama menyokong mereka, tapi yang patut rakyat Malaysia tuntut ialah kerajaan UMNO BN yang ada ini sila turun dan bagi kuasa perentah pada PR, sebab mereka dah gagal menjaga amanah ini.

    Gunalah apa saja cara yang kamu ada, yang jelas, ianya menampakkan kebodohan dan kejahilan anda UMNO & BN dalam memerentah negara ini.

  2. eddy aka Says:

    aku benci betul dengan fanatik parti skrg nie.. semua isu yg terjadi takdak lain terlintas di fikiran kecuali politik. adoii la awatlah kolot sangat pemikiran bangsa aku skarang nie..

    • budak ipoh timor Says:

      bukan aku atau mereka yang memulakan, tetapi diaorg… sapa diaorg? tepuk dada tanyalah iman, jgn tanya nafsu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: