Si Tua yang BAHALOL…

September 30, 2010

Alkisahnya bermula di sini…

“Pak cik terima wang RM100 dalam tahun ini, bila dengar di televisyen dan baca di akhbar yang wang berkenaan dari sumber judi, terus rasa sebak dan terkilan dengan kerajaan negeri.

“Kami tiap-tiap hari melakukan ibadat tiba-tiba dapat duit dari sumber haram dan gunakannya untuk perbelanjaan…apa jadi dengan amalan kami, kerajaan negeri tak patut buat macam ini,” katanya kepada pemberita di Kepala Batas semalam.

kemudian bersambung di sini…

Saidin dan kumpulan warga emas tersebut sebelum itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri.

lantas berkatala jaguh itu begini…

Azhar juga berkata lebih ramai warga emas akan berbuat demikian dalam masa terdekat dan pihaknya akan mengumpulkan semua wang tersebut sebelum menyerahkan kepada Pemuda Umno Pulau Pinang untuk dikembalikan kepada ketua menteri Lim Guan Eng.

yang mana pengakhirannya seperti ini…

Kah Kah Kahhhh… bahalol punya orang tua. Buta-buta ja aku dapat duit. Deme kata duit sumber judi haram dimakan. Tapi deme x terpikiaq ka parti UMngokco ni berdiri atas sumbangan tokey judi??? Yang x boleh makan duit tu deme, tapi aku x da masalah nak lantak duit judi nih. Dah lama aku tibai duit judi, ok jek perut aku ni. Memang BAHALOL punya orang tua

10 minit sebelum itu

“Saya tidak menerima walau sesen pun pulangan duit sumbangan warga emas tempohari. Kalau saya terima mesti ada bukti penyerahan? Lagipun saya sentiasa terbuka untuk disiasat SPRM ataupun pihak yang berwajib. Saya apa takut??? Atau mungkinkah setiausaha perhubungan UMngokco negeri sudah makan itu duit???  saya minta selain menyiasat saya, pihak SPRM hendaklah sama menyiasat setiausaha UMNgokco negeri itu”,  Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

i

*sumber di atas adalah imiginasi melampau penulis walaupun ada kebenarannya. Sila baca dengan pengawasan ibu-ayah ataupun datuk-nenek anda. Capaian berita – Malaysiakini

i

Mari belajar suku kata…

September 29, 2010

Dua ayat paling popular mutakhir ini yang mempunyai suku kata yang sama dihujungnya… Apa dia???

i

Yang pertama :-

Ga LAS – DUN Galas yang bakal berlakunya PRK…

dan yang keduanya ialah :-

Ma LAS – Tabiat aku mengupdate blog akhir² ini…

i

Sekian, selamat belajar.

i

Harapan Sekolah Harapan…

September 22, 2010

Walaupun mendapat sambutan yang dingin daripada ibu-bapa pada hari pertama Sekolah Harapan, sekolah yang telah mencatatkan sejarah tersendiri negara ini sebagai sekolah pertama yang diwujudkan bagi menjaga kepentingan remaja yang mengandungkan anak luar nikah ini akan tetap dibuka, demikian menurut Pengerusi Lembaga Sekolah Harapan Rumah Harapan Datuk Ab. Rahman Ab. Karim seperti yang dilaporkan di sini [link].

Serentak dengan itu, pelbagai promosi mulai giat dijalankan seperti yang dilaporkan disini [link] dan disini [link]. Melihat kepada trend promosi tersebut, disamping sikap rakyat Malaysia yang suka melakukan sesuatu perkara secara ‘last minute’, maka tidaklah begitu menghairankan sekiranya baru 3 pemanggil yang berminat bertanyakan khidmat yang disediakan oleh sekolah ini.

Krew kami yang sedang membuat tinjauan berkenaan isu tersebut sempat menemubual seorang responden bagi mendapatkan pandangan beliau berkenaan isu tersebut. Menurut Sudin (bukan nama sebenar), seorang peniaga burger di Bukit Bintang, beliau yakin lagi percaya bahawa kerajaan akan memastikan 1 LAGI PROJEK  Be eND ini akan menemui kejayaan. Lihatlah pelbagai pesta dan konsert yang telah, sedang dan akan diadakan. Semuanya menjurus kepada kejayaan projek terbaru mereka ini.

Beliau menambah lagi dengan berkata bahawa tempoh 4-5 bulan akan datang bakal menyaksikan petunjuk sebenar kepada kewujudan sekolah ini. Disamping itu, beberapa pihak sudah mula menunjukkan minat bagi melahirkan penghuni sekolah terbabit. Antaranya syarikat telekomunikasi Marxist HotdeLink yang akan menjayakan konsert MengHEBOH secara usahasama dengan Kumpulan Media PRImafacie 3 Suku setiap minggu. Sekian kami melaporkan kepada anda.

i

Ada kenkawan aku yang bodoh politik acapkali bertanya apa gunanya PAS ditubuhkan kalau sudah ada parti Melayu besar seperti UMngokco wujud? Dakwanya lagi, dah terbukti UMngokco itu berjaya melindungi kepentingan kaum Melayu bumiputera dalam negara ini.

Aku sengih jek. Iyekan idak, nafikan idak. Bukan apa, dah spesis buta politik. Bagi fakta banyak mana pun x kan maunya inggap dalam kepala otak dia. Melainkan guna jawapan lojik akai ja. Masa tu x jumpa punca. Kalau skang ni mau aku jawab cam kat laporan akhbar bawah ni ja. Aku rasa ligan sakan dia isi borang PAS pas baca ni…

“Sempat Laung Takbir”

TEMERLOH: “Ketika helikopter hampir mahu terhempas, saya sempat melaung takbir beberapa kali,” kata pembantu juruterbang Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Khairil Azwan Jamaluddin, 30, menceritakan detik cemas helikopter dinaikinya bersama dua lagi rakan setugas terhempas ketika melakukan pemantauan laluan trafik Lebuhraya Pantai Timur (LPT), kelmarin… [MyMetro]

P/s- Nyaris jugakla pembantu juruterbang tu ahli PAS. Sempat jugak dia bertakbir. Kalau dia jerit Hidup Melayu??? Aku x tau apa yang jadi. Haha

i

Pasang surut…

September 16, 2010

Nafsu untuk memblog seumpama air laut, ada pasang surutnya. Sementelah lagik apabila nafsuku ini lebih tertarik dengan juadah yang pelbagai dihari lebaran ini. Apa lagi, bagai lembu dirasuk garamla jawabnya. Haha fokusssss…

Tika rakyat sekaliannya sedang bergembira menyambut Syawal yang mulia ini, ada juga yang sedang berduka. Bukan ahli keluarga Sosilawati itu yang mahu kusentuh, tetapi Ketua Polis Negara yang belumpun sempat memanaskan kerusi empuk barunya itu. Sedang beliau berkira² mencapai objektif NKRA pengurangan @ penurunan kadar jenayah negara, kegemparan jenayah kejam mulai membuka lembaran buku tugasannya. Malang sekali buat KPN yang baru.

Benarlah sepertimana yang dibangkitkan oleh mantan KPN terdahulu, Musa Hasan bahawa terdapat tangan malahan kaki² ghaib yang cuba mencampuri urusan kepolisian negara. Nah belumpun reda kenyatannya itu, Ketua Wanita UMngokco, yang megah berkata penjenayah yang terlibat dalam kes Sosilawati sungguh kejam sehinggakan neraka pun tidak akan menerima mereka itu telah mengeluarkan satu kenyataan berbentuk tekanan kepada pihak polis agar memberi keutamaan kepada kes paling gempaq tahun 2010 ini. Tidaklah diketahui samada Sosilawati ini merupakan mesin wang kepada Wanita UMngokco selama ini sehinggakan senator pintu belakang ini berani mengeluarkan kenyataan berbaur ‘ugutan’ sedemikian rupa kepada KPN yang baru.

Kesannya, segala kekuatan kepolisian telah dikerahkan untuk menjadikan kes ini sebagai satu cara hidup. Bangun pagi Sosilawati, makan tengahari Sosilawati, minum petang Sosilawati malah hinggakan masa tidur malam pun anggota² polis yang sepatutnya pulang beraya bersama keluarga dirumah ini terpaksa dikorbankan demi untuk menyelesaikan kes Sosilawati.

Bukanlah bermakna aku tidak bersimpati dengan nasib yang menimpa Sosilawati ini. Tetapi cuba kita lihat sekiranya Sosilawati ini hanyalah seorang makcik yang mencuci lantai di stesen² LRT. Adakah sebegini pantas polis akan menyiasat? Dan adakah juga sebegini hebat Ketua Wanita UMngokco yang mulutnya mengalahkan bau longkang itu akan lantang meminta satu siasatan segera dan terperinci dilakukan?

Sudah tentu tidak sama sekali. Benarlah Musa Hasan berkata terlalu banyak campur tangan dari luar yang menganggu tugas²nya dalam memberikan arahan kepada anak buahnya. Memang aku yakin banyak sangat berlaku pengkhianatan tugas polis dalam menjaga keselamatan rakyat negara ini. Manakan tidak, sekiranya bukan Sosilawati lah yang dibunuh tempohari, adakah nasib mereka² yang turut dibunuh oleh suspek tersebut akan diberi perhatian? Hinggakan seorang suami terpaksa merengkok di dalam lokap hanya semata² berdasarkan laporan palsu seorang yang pernah menghadiri program bersama T. Murugiah? Adakah kerana takutkan lobangnya pecah, maka Timbalan Menteri itu terpaksa menafikan suspek adalah kawannya dan adalah seorang ahli MIC kepada umum? Agak menarik untuk dikaitkan sebagai bahan bukti dalam kes ini bukan???

Kalau begitulah kisahnya di atas, adakah salah andai rakyat Malaysia selepas ini mulai kerap mendoakan agar lebih ramai personaliti tanahair dibunuh dengan alasan kesan daripada pembunuhan mereka yang popular ini akan dapat membantu menyelesaikan kes² yang tidak dipandang pun oleh pihak keselamatan atas sebab bukan menjadi keutamaan mereka???

i

p/s – Takziah buat keluarga yang terlibat dalam pembunuhan kejam tersebut termasuk ustazah dan anak lelakinya di Negeri Sembilan tempohari. Al-Fatihah

i

Akhirnya Ramadhan yang mulia meninggalkan kita. Syawal pula menggamit jiwa. Dikesempatan ini, aku ingin mengambil kesempatan memohon keampunan dari ALlah SWT dan kemaafan pada anda semua yang sudi menjenguk blog kerdil aku ini atas segala kekurangan yang telah aku lakukan selama ini terhadap sesiapa jua.

Buat yang tersentuh dengan tulisan aku, anggaplah ianya positif kearah kebaikan, bukannya semata² untuk terus melihat kalian berada dalam keburukan. Sesungguhnya dengan segala sifat kekurangan yang telah sebati dalam tubuh badan aku ini kemaafan kalian aku pinta bersempena kedatangan Syawal yang penuh mulia ini.

Akhir kata dari aku, Selamat Menyambut Hari Raya ‘Idul Fitri. Tinggalkan keburukan. Ayuh bersama kita mengerjakan kebaikan.

Ya ALlah, tuhan yang Maha Pengampun, jadikanlah sedikit amalan yang kami lakukan ini sebagai satu ibadah. Ampunkanlah dosa hambaMu ini ya ALlah. ya ALlah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayang, izinkanlah kami bertemu lagi pada bulan Ramadhan akan datang. Engkaulah Tuhan yang kami sembah dan Engkaulah jua Tuhan tempat kami memohon pertolongan. Aminn ya Robb

“TaqobbalALlahu minna waminkum Taqobbal ya Kareem, Ja’alanALLahu waiyyakum minal ai’idin walfaizin walmaghfirin

i

Berita Sahur…

September 2, 2010

Akhirnya Hishamsiah Aww terpaksa juga tunduk kepada desakan rakyat agar khidmat KPN, Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan bagi tempoh yang ke-3. Sebelum ini khidmat beliau telah 2 kali disambung setelah mencapai usia wajib persaraannya.

Tempat beliau bakal diisi oleh Timbalannya iaitu Tan  Sri Ismail Omar. Berita berkaitan boleh dicapai di sini [link].

Dengan ini aku mengambil kesempatan mengalu-alukan kehadiran KPN yang baru. Moga dengan perlantikannya akan memberikan sinar yang lebih cemerlang terhadap keselamatan rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan politik mahupun masyarakat.

Buat Tan Sri Musa Hassan, jutaan maaf aku pohon andai ada kata-kata @ posting yang aku keluarkan terhadapnya yang dikira mengguris perasaannya. Aku menegur untuk kebaikan bersama, terutamanya ketika dia memegang jawatan penting dalam institusi keselamatan negara. Harap beliau sudi memaafkan aku sempena bulan yang penuh keberkatan lagi mulia ini.

Akhir kata buat KPN yang baru Tan Sri Ismail Omar, ayuh kita bersama-sama mendaulatkan keluhuran undang-undang negara. Kami juga mahukan kedamaian.

Tahniah dari Budak Ipoh Timor.

i

Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaannya buat kali ke-53. Kalau dibaratkan usia seorang penjawat awam, ianya hampir membawa  kepada usia persaraan ataupun sudah bersara pada yang mengambil pencen awal. Tatkala umur sudah melepasi usia 40 tahun seharusnya kematangan seseorang itu semakin bertambah baik, cuma barangkali tidak buat yang kurang berakal ataupun yang tidak sempurna kejadiannya.

Justeru sewajibnya dengan usia kemerdekaan negara yang kita sambut, sudah semestinya mana-mana pemimpin yang memerintah negara ini bertindak menjurus kearah kematangan itu. Tidak ada lagi kaedah dwi standard digunakan.

Tentulah pelik lagi malang apabila seorang anak muda kreatif yang mencipta lagu mengutuk perkauman dikerah agar segera dihadapkan ke mahkamah sedangkan pada masa yang sama pengetua yang terang-terangan bersifat perkauman dalam satu pengucapannya pada sebuah perhimpunan pagi sekolah hanya diberikan amaran ‘ringan’ malah dipertahankan hanya kerana dikatakan pernah menerima anugerah cemerlang perkhidmatan. Tindakan masih terus-terusan dilakukan atas dasar perbezaan agama dan warna kulit.

Rakyat mungkin buta untuk menilai tindakan para pemimpin kerajaan yang ada sekarang ini, tapi percayalah segala kebobrokan pemimpin negara sekarang ini akan terus terlakar dalam sejarah negara yang akan ditelah dan dihadami pula oleh rakyat generasi akan datang, yang pada aku adalah lebih baik dari rakyat generasi tua sekarang ini yang rata-ratanya berakidahkan RTM, TV 3 ataupun Utusan Meloya, insyaALlah.

Semoga Malaysia akan diperintah oleh pemimpin yang takutkan ALlah lebih dari takutkan Hantu ALtantunya. Amin…

p/s – credit gambar bendera buat Perisik Rakyat

i