Berita Sahur…
September 2, 2010
…
…
Akhirnya Hishamsiah Aww terpaksa juga tunduk kepada desakan rakyat agar khidmat KPN, Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan bagi tempoh yang ke-3. Sebelum ini khidmat beliau telah 2 kali disambung setelah mencapai usia wajib persaraannya.
Tempat beliau bakal diisi oleh Timbalannya iaitu Tan Sri Ismail Omar. Berita berkaitan boleh dicapai di sini [link].
Dengan ini aku mengambil kesempatan mengalu-alukan kehadiran KPN yang baru. Moga dengan perlantikannya akan memberikan sinar yang lebih cemerlang terhadap keselamatan rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan politik mahupun masyarakat.
Buat Tan Sri Musa Hassan, jutaan maaf aku pohon andai ada kata-kata @ posting yang aku keluarkan terhadapnya yang dikira mengguris perasaannya. Aku menegur untuk kebaikan bersama, terutamanya ketika dia memegang jawatan penting dalam institusi keselamatan negara. Harap beliau sudi memaafkan aku sempena bulan yang penuh keberkatan lagi mulia ini.
Akhir kata buat KPN yang baru Tan Sri Ismail Omar, ayuh kita bersama-sama mendaulatkan keluhuran undang-undang negara. Kami juga mahukan kedamaian.
Tahniah dari Budak Ipoh Timor.
i