Pasang surut…

September 16, 2010

Nafsu untuk memblog seumpama air laut, ada pasang surutnya. Sementelah lagik apabila nafsuku ini lebih tertarik dengan juadah yang pelbagai dihari lebaran ini. Apa lagi, bagai lembu dirasuk garamla jawabnya. Haha fokusssss…

Tika rakyat sekaliannya sedang bergembira menyambut Syawal yang mulia ini, ada juga yang sedang berduka. Bukan ahli keluarga Sosilawati itu yang mahu kusentuh, tetapi Ketua Polis Negara yang belumpun sempat memanaskan kerusi empuk barunya itu. Sedang beliau berkira² mencapai objektif NKRA pengurangan @ penurunan kadar jenayah negara, kegemparan jenayah kejam mulai membuka lembaran buku tugasannya. Malang sekali buat KPN yang baru.

Benarlah sepertimana yang dibangkitkan oleh mantan KPN terdahulu, Musa Hasan bahawa terdapat tangan malahan kaki² ghaib yang cuba mencampuri urusan kepolisian negara. Nah belumpun reda kenyatannya itu, Ketua Wanita UMngokco, yang megah berkata penjenayah yang terlibat dalam kes Sosilawati sungguh kejam sehinggakan neraka pun tidak akan menerima mereka itu telah mengeluarkan satu kenyataan berbentuk tekanan kepada pihak polis agar memberi keutamaan kepada kes paling gempaq tahun 2010 ini. Tidaklah diketahui samada Sosilawati ini merupakan mesin wang kepada Wanita UMngokco selama ini sehinggakan senator pintu belakang ini berani mengeluarkan kenyataan berbaur ‘ugutan’ sedemikian rupa kepada KPN yang baru.

Kesannya, segala kekuatan kepolisian telah dikerahkan untuk menjadikan kes ini sebagai satu cara hidup. Bangun pagi Sosilawati, makan tengahari Sosilawati, minum petang Sosilawati malah hinggakan masa tidur malam pun anggota² polis yang sepatutnya pulang beraya bersama keluarga dirumah ini terpaksa dikorbankan demi untuk menyelesaikan kes Sosilawati.

Bukanlah bermakna aku tidak bersimpati dengan nasib yang menimpa Sosilawati ini. Tetapi cuba kita lihat sekiranya Sosilawati ini hanyalah seorang makcik yang mencuci lantai di stesen² LRT. Adakah sebegini pantas polis akan menyiasat? Dan adakah juga sebegini hebat Ketua Wanita UMngokco yang mulutnya mengalahkan bau longkang itu akan lantang meminta satu siasatan segera dan terperinci dilakukan?

Sudah tentu tidak sama sekali. Benarlah Musa Hasan berkata terlalu banyak campur tangan dari luar yang menganggu tugas²nya dalam memberikan arahan kepada anak buahnya. Memang aku yakin banyak sangat berlaku pengkhianatan tugas polis dalam menjaga keselamatan rakyat negara ini. Manakan tidak, sekiranya bukan Sosilawati lah yang dibunuh tempohari, adakah nasib mereka² yang turut dibunuh oleh suspek tersebut akan diberi perhatian? Hinggakan seorang suami terpaksa merengkok di dalam lokap hanya semata² berdasarkan laporan palsu seorang yang pernah menghadiri program bersama T. Murugiah? Adakah kerana takutkan lobangnya pecah, maka Timbalan Menteri itu terpaksa menafikan suspek adalah kawannya dan adalah seorang ahli MIC kepada umum? Agak menarik untuk dikaitkan sebagai bahan bukti dalam kes ini bukan???

Kalau begitulah kisahnya di atas, adakah salah andai rakyat Malaysia selepas ini mulai kerap mendoakan agar lebih ramai personaliti tanahair dibunuh dengan alasan kesan daripada pembunuhan mereka yang popular ini akan dapat membantu menyelesaikan kes² yang tidak dipandang pun oleh pihak keselamatan atas sebab bukan menjadi keutamaan mereka???

i

p/s – Takziah buat keluarga yang terlibat dalam pembunuhan kejam tersebut termasuk ustazah dan anak lelakinya di Negeri Sembilan tempohari. Al-Fatihah

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: