Ku Li disabotaj???

October 25, 2010

Calon Umngokco bagi PRK DUN Galas telahpun diketahui. Abdul Aziz, calon yang dipilih oleh UMngokco merupakan setiausaha UMngokco Bahagian Gua Musang telah diisytiharkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyidin Yasin.

Namun suatu yang agak mengejutkan berlaku selepas pengisytiharan tersebut apabila Muhyidin dengan secara sukarela mendedahkan tahap pendidikan calon UMngokco yang hanya bertaraf SPM sedangkan tugas  mendedahkan calon tersebut sepatutnya dibuat oleh pihak PAS dan Pakatan Rakyat.

Kalau kita ingat setahun yang lepas semasa PRK DUN Manek Urai, Muhyiddin Yasin pernah memperlekeh-lekehkan keupayaan calon PAS ketia itu, Abe Uji dengan mengatakan calon PAS itu hanyalah seorang peraih ikan manakala lawannya dari UMngokco seorang yang mempunyai kelulusan tinggi peringkat ijazah.

Adakah terdapatnya unsur sabotaj dari pihak kepimpinan tertinngi UMngokco terhadap Tengku Razaleigh Hamzah selaku Pengarah Jentera PRK DUN Galas ini bagi melihat calon UMngokco itu kalah dan seterusnya dapat menjatuhkan karier politik kerabat raja itu?

Jika benar siapakan yang menjadi ‘mastermind’nya??? Adakah Tun Mahathir terlibat sama dalam usaha mensabotaj calon UMngokco itu? Mungkin ada kebenarannya memandangkan permusuhan sekian lama antara mereka berdua sebelum-sebelum ini yang masih belum berkesudahan.

Sekiranya benar Tun Mahathir terlibat, siapa pula yang memberinya lampu hijau untuk berbuat demikian? Adakah beliau ialah bini kepada Rosmah? Aduhhhh… kene tunggu 4hb ni la kalau nk tau jawapannya…

Pautan berita di Malaysiakini

i

Apa pasai sampai skang pun UMngokco masih x umumkan calon?
Mungkin pergolakan hebat sedang berlaku… lebih hebat dari pertembungan Ku Li menentang Tun M dahulu?
Ataupun sehebat perlawanan Kelantan menentang Kedah malam ini?
Kalau dia umumkan calonnya malam ni di Stadium Kota Bharu pun ok gak…
Dah tentu disaksikan puluhan ribu manusia, samada berpartikan Be eNd Umngokco mahupun Pakatan Rakyat.
Tapi dah ada calonkah untuk diumumkan???
Lambat lagik rasanya nak jumpa calon tuh…

AlhamduliLLah PAS sudahpun mengumumkan calonnya malam semalam. Calon yang terbukti mampu berkhidmat sebagai wakil kepada masyarakat DUN Galas. sesuai dengan kerjanya sebagai seorang doktor yang mempunyai kliniknya sendiri dalam kawasan parlimen Gua Musang.

Beban PAS sudah mulai berkurangan. Kini beban itu digalas pula oleh pihak UMngokco Be eNd yang dikatakan mulai bergocoh untuk memilih calonnya. Adakah Ku Li mampu untuk terus memikul amanah sebagai Pengarah PRK UMngokco Be eNd ini, ataupun akan berlakunya satu kejutan pengisytiharan perletakan jawatan beliau dalam masa terdekat ini, sama2 kita tunggu.

Kejutan bukanlah asing dalam kamus politik beliau. Sekiranya keberanian beliau sewaktu bertanding menentang Tun M bagi merebut jawatan Presiden UMngokco itu berterusan hingga ke hari ini, maka sudah tentulah prinsip tidak menjadi pak turut itu juga akan kekal digalasnya sehingga keakhir hayat.

Apa jua situasinya, sama2 kita berdoa semoga ALlah SWT memberikan kekuatan kepada calon PAS untuk turun bertemu masyarakat seterusnya membawa kepada kemenangan Pakatan Rakyat di Galas, insyaALlah. ALlahuakbar 3x

sumber gambar dan berita dari Harakahdaily

i

Bajet Suaq Dalam ???

October 19, 2010

Ramai yg merungut, kenapa bajet kali ini lebih memberikan tumpuan kepada barangan wanita…

Jawabnya kerana pengundi wanita la yang lebih ramai dari pengundi lelaki. Kalau hati wanita boleh dilembutkan dengan pemberian subsidi seperti itu, apa sangatla kalau ianya akan dibalas dengan setiap undi yang mereka ada nanti.

Kaum lelaki pun mungkin boleh berterima kasih dengan Najib jugak selepas ini nnt. Kalau dahulunya setiap permintaan teman wanita, isteri mahupun perempuan simpanan untuk membeli peralatan peribadi mereka seolah-olah seperti melayurkan duit di atas api, tetapi kali ini pastinya akan dipenuhi dengan senyum kebanggaan.

Apapun kita tunggu PRU-13 nanti. Adakah berbaloi pengorbanan Najib ini…

i

Sifir org BODO…

October 7, 2010

Mat Maslan

Bila aku kata ahli UMngokco ni bodo, diorg marah. Diorg kata bukan setakat petani dan peladang yg jadik ahli UMngokco ni, malah sehingga tahap astronaut pn dh jadik ahli UMngokco ni. Aku x kata diorg bodo dari awal, tapi menjadi bodo setelah rapit ngan UMngokco malah lebih bodo lagi setelah mereka mengisi borang menjadi ahli UMngokco.

Cuba kita baca kenyataan seorang ahli UMngokco yang bebal lagik bodoh, Mat Maslan. Ramai yang berkata bibirnya tebal seumpama org Habsyi. Tapi pada aku ianya kurniaan ALlah SWT. Bukanlah untuk kita jadikan bahan sindiran. Kalau bibir setebal org Habsyi, tapi bersama-sama memperjuangkan Islam, ianya tetap tinggi mulia darjatnya disisi ALlah SWT.

Hari ini, Mat Maslan kata Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 November ini menjadi penentu samada PAS masih diterima rakyat ataupun akan ditolak [Sinar Harian]. Dengan kata mudahnya, kalau PAS kalah PRK DUN Galas ini ianya memberi makna bahawa PAS sudah ditolak rakyat keseluruhannya, manakala jika UMngokco pula memenangi DUN Galas ini walaupun telah kalah hampir keseluruhan belasan pilihanraya kecil yang berlaku selepas dari PRU 2008 yang lepas, ianya membawa petanda bahawa rakyat sememangnya kuat menyokong UMngokco.

Sifir bodo itu sememangnya sesuai dikeluarkan oleh insan yang bodo seperti Mat Maslan nih. Jadi jangan heran sangat jika statistik cerdik pandai yang berminat dengan UMngokco ini memang ramai, tetapi malangnya kecerdikan yang mereka miliki itu tidak mampu untuk menahan sifat kebodohan melampau dari menerobos masuk ke dalam akal fikiran mereka itu. Simptom ini terjadi hanya apabila mereka² ini mulai berminat dan menyayangi UMngokco seterusnya memohon utk menjadi ahli parti tersebut. Contoh paling sesuai, bekas imam besar sepak tong Masjid Negara dahulu. Mana peginyaaa???

i

Tribute 2 my HERO…

October 6, 2010

ALlahyarham Ust. Shuib Husin ketika menikmati juadah sate sempena ulang tahun hari lahirnya tahun lepas

PRK datang lagik. Kali ini dengan wajah yang berbeza sedikit dari sebelum2nya. Kalau sebelum2 ini Pakatan Rakyat yang kelihatan bersemangat untuk melihat ianya berlaku, namun di Galas situasinya agak berbeza. UMngokco la yang berkokok sini sana mengatakan akan bertanding dengan alasan memberi rakyat DUN tersebut pilihan menentukan kepimpinan sebelum bertemu dengan PRU ke-13.

Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang dilihat tidak begitu berminat dalam hal ini mula dijadikan ‘keldai dadah’ oleh kepimpinan UMngokco negeri mahupun Pusat. Bagaikan sudah tidak sabar menantikan kepulangan beliau dari luar negara, setiausaha UMngokco Pusat sudah menyatakan bahawa watikah lantikan sudah tersedia dengan ditandatangani oleh Najis Razak bagi melantik Ahli Parlimen Gua Musang itu sebagai Pengarah PRK DUN Galas dan seterusnya berharap juga agar Ku Li bersedia mengGALAS tanggungjawab sebagai calon DUN tersebut.

Kita tunggu dan lihat perkembangan sebaik kepulangannya ditanah air dalam masa yang terdekat. Samada beliau akan mencemar duli menolak sebarang perlantikan atas sebarang jawatan sekalipun ataupun beliau cuba membuktikan kepada kepimpinan UMngokco sekarang ini bahawa beliau masih mempunyai ‘value’ kepada UMngokco.

Namun begitu, sekiranya maruah diri menjadi perkiraannya, begitu ramai pemerhati politik yang hebat2 tanahair telah mengandaikan bahawa Ku Li akan menolaknya mentah2. Namun jika sebaliknya pula, mungkin jiwa beliau berjaya dipujuk terutama oleh Tok Him yang agak rapat hubungan dengannya sewaktu bersama2 memperjuangkan Semangat 46 suatu waktu dahulu. Itu dikatakan merupakan senjata terakhir yang akan digunakan oleh Najis Razak seandainya Ku Li berkeras tidak mahu menerima amanah parti tersebut.

Bagi aku, PRK kali ini membuatkan aku mengimbau kembali kenangan bertugas dalam PRK Permatang Pasir pada bulan Ramadhan seterusnya bersambung pula di Bagan Pinang pada pertengahan Syawal tahun lepas. Sudah tentunya individu yang paling aku rindukan adalah ALlahyarham Ustz. Shuib Hussin, Timb. Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perak pada masa itu. Komitmen, keseriusan, gurau senda dan batuk kokolnya itu masih terbayang2 dalam otak kepala aku. Ternyata orang tua yang penuh pengalaman hidup itu begitu kuat memainkan peranan disetiap kali PRK mahupun PRU. Usah dikesah kalah dan menang, semuanya tidak menjadi hal buatnya. Letih sekejap kemudian kuat semula. Tidak sesuai sekali tenaga dengan usia yang dimilikinya. Membuatkan aku terkadang malu sendiri.

Kenangan bertugas terakhir di Bagan Pinang. Bertindak sebagai pemandu peribadinya, membolehkan aku memngorek sebanyak mungkin rahsianya berkaitan pilihanraya. Dan sudah tentu beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja. malah ketika terlantar di Kinta Specialist Center selepas mengalami serangan stroke suatu masa dulu, menjaga Jabatan Pilihanraya Negeri merupakan amanatnya kepada aku. Siapalah aku untuk menjaga organisasi sepenting itu, namun jauh dilubuk hatiku aku yakin beliau mahukan aku dan sahabat2 yang lain bertungkus lumus menghabiskan usia yang ada untuk jemaah.

Namun kini beliau sudah meninggalkan kita semua. Yang tinggal semangatnya yang wajib kita GALAS di DUN GALAS nanti, kiranya PRK yang pertama setelah beliau tiada. Moga semangatnya terus kekal dalam tubuh badan kita demi memastikan kemenangan ISLAM di DUN GALAS nanti insyaALlah.

Al-Fatihah buatmu ALlahyarham Ust. Shuib Hussin…

i