Tribute 2 my HERO…

October 6, 2010

ALlahyarham Ust. Shuib Husin ketika menikmati juadah sate sempena ulang tahun hari lahirnya tahun lepas

PRK datang lagik. Kali ini dengan wajah yang berbeza sedikit dari sebelum2nya. Kalau sebelum2 ini Pakatan Rakyat yang kelihatan bersemangat untuk melihat ianya berlaku, namun di Galas situasinya agak berbeza. UMngokco la yang berkokok sini sana mengatakan akan bertanding dengan alasan memberi rakyat DUN tersebut pilihan menentukan kepimpinan sebelum bertemu dengan PRU ke-13.

Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang dilihat tidak begitu berminat dalam hal ini mula dijadikan ‘keldai dadah’ oleh kepimpinan UMngokco negeri mahupun Pusat. Bagaikan sudah tidak sabar menantikan kepulangan beliau dari luar negara, setiausaha UMngokco Pusat sudah menyatakan bahawa watikah lantikan sudah tersedia dengan ditandatangani oleh Najis Razak bagi melantik Ahli Parlimen Gua Musang itu sebagai Pengarah PRK DUN Galas dan seterusnya berharap juga agar Ku Li bersedia mengGALAS tanggungjawab sebagai calon DUN tersebut.

Kita tunggu dan lihat perkembangan sebaik kepulangannya ditanah air dalam masa yang terdekat. Samada beliau akan mencemar duli menolak sebarang perlantikan atas sebarang jawatan sekalipun ataupun beliau cuba membuktikan kepada kepimpinan UMngokco sekarang ini bahawa beliau masih mempunyai ‘value’ kepada UMngokco.

Namun begitu, sekiranya maruah diri menjadi perkiraannya, begitu ramai pemerhati politik yang hebat2 tanahair telah mengandaikan bahawa Ku Li akan menolaknya mentah2. Namun jika sebaliknya pula, mungkin jiwa beliau berjaya dipujuk terutama oleh Tok Him yang agak rapat hubungan dengannya sewaktu bersama2 memperjuangkan Semangat 46 suatu waktu dahulu. Itu dikatakan merupakan senjata terakhir yang akan digunakan oleh Najis Razak seandainya Ku Li berkeras tidak mahu menerima amanah parti tersebut.

Bagi aku, PRK kali ini membuatkan aku mengimbau kembali kenangan bertugas dalam PRK Permatang Pasir pada bulan Ramadhan seterusnya bersambung pula di Bagan Pinang pada pertengahan Syawal tahun lepas. Sudah tentunya individu yang paling aku rindukan adalah ALlahyarham Ustz. Shuib Hussin, Timb. Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perak pada masa itu. Komitmen, keseriusan, gurau senda dan batuk kokolnya itu masih terbayang2 dalam otak kepala aku. Ternyata orang tua yang penuh pengalaman hidup itu begitu kuat memainkan peranan disetiap kali PRK mahupun PRU. Usah dikesah kalah dan menang, semuanya tidak menjadi hal buatnya. Letih sekejap kemudian kuat semula. Tidak sesuai sekali tenaga dengan usia yang dimilikinya. Membuatkan aku terkadang malu sendiri.

Kenangan bertugas terakhir di Bagan Pinang. Bertindak sebagai pemandu peribadinya, membolehkan aku memngorek sebanyak mungkin rahsianya berkaitan pilihanraya. Dan sudah tentu beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja. malah ketika terlantar di Kinta Specialist Center selepas mengalami serangan stroke suatu masa dulu, menjaga Jabatan Pilihanraya Negeri merupakan amanatnya kepada aku. Siapalah aku untuk menjaga organisasi sepenting itu, namun jauh dilubuk hatiku aku yakin beliau mahukan aku dan sahabat2 yang lain bertungkus lumus menghabiskan usia yang ada untuk jemaah.

Namun kini beliau sudah meninggalkan kita semua. Yang tinggal semangatnya yang wajib kita GALAS di DUN GALAS nanti, kiranya PRK yang pertama setelah beliau tiada. Moga semangatnya terus kekal dalam tubuh badan kita demi memastikan kemenangan ISLAM di DUN GALAS nanti insyaALlah.

Al-Fatihah buatmu ALlahyarham Ust. Shuib Hussin…

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: