AlhamduliLLah PAS sudahpun mengumumkan calonnya malam semalam. Calon yang terbukti mampu berkhidmat sebagai wakil kepada masyarakat DUN Galas. sesuai dengan kerjanya sebagai seorang doktor yang mempunyai kliniknya sendiri dalam kawasan parlimen Gua Musang.

Beban PAS sudah mulai berkurangan. Kini beban itu digalas pula oleh pihak UMngokco Be eNd yang dikatakan mulai bergocoh untuk memilih calonnya. Adakah Ku Li mampu untuk terus memikul amanah sebagai Pengarah PRK UMngokco Be eNd ini, ataupun akan berlakunya satu kejutan pengisytiharan perletakan jawatan beliau dalam masa terdekat ini, sama2 kita tunggu.

Kejutan bukanlah asing dalam kamus politik beliau. Sekiranya keberanian beliau sewaktu bertanding menentang Tun M bagi merebut jawatan Presiden UMngokco itu berterusan hingga ke hari ini, maka sudah tentulah prinsip tidak menjadi pak turut itu juga akan kekal digalasnya sehingga keakhir hayat.

Apa jua situasinya, sama2 kita berdoa semoga ALlah SWT memberikan kekuatan kepada calon PAS untuk turun bertemu masyarakat seterusnya membawa kepada kemenangan Pakatan Rakyat di Galas, insyaALlah. ALlahuakbar 3x

sumber gambar dan berita dari Harakahdaily

i