amal Cha dan Amal Zakril sedang berkerja keras menyiapkan logo PAS tanda syiar perjuangan ISLAM dibumi JEPAK

SYiar perjuangan ISLAM PAS megah kelihatan

AlhamduliLLah utusan JPN PAS Perak telah berjaya mengembangkan syiar ISLAM PAS di bumi Sarawak. Negeri yang terkenal dengan pentadbiran ala kuku besi dan mengayakan kroni keluarga Taib Mahmud itu nampaknya telah berjaya juga ditembusi oleh Parti Islam SeMalaysia. Berlainan pula dengan parti terbesar kaum Melayu didunia iaitu parti UMngokco yang masih disekat untuk melebarkan sayapnya di Bumi Kenyalang itu.

Berpandukan sirah perjuangan RasuluLLah SAW yang seringkali menghantar para sahabat RA untuk menjadi perintis pengembangan agama Islam sehingga melangkaui antara benua, dan ini jugalah yang dilakukan oleh PAS khususnya PAS Perak. Walaupun utusan yang dihantar tidak mempunyai kelulusan agama yang tinggi dan bertaraf ulamak sepertimana mubaligh kristian yang seringkali dihantar oleh pihak misionari bagi menjalankan misi kristianisasi seluruh dunia, namun ianya bukanlah menjadi penghalang bagi kumpulan pertama ini melaksanakan tugas dengan penuh jaya.

Moga dengan kehadiran pasukan perintis ini yang diketuai oleh sdr Ramdhan bersama-sama AMAL Rahim, Zakril dan Icha ini mampu memudahkan tugas ulamak untuk turun bersama-sama mengembangkan perjuangan ISLAM PAS dibumi Sarawak ini insyaALlah. Ulamak-ulamak ini seharusnya tidak hanya dilihat hebat memberikan pengisian ilmu di surau dan masjid²  dan majlis² ceramah sahaja, namun yang lebih utama ulamak jugalah yang sewajibnya mendepani perjuangan ISLAM PAS lebih dari yang lain.

Jangan sekadar mencari alasan tiada ruang masa untuk diberikan kepada perjuangan ISLAM ini sedangkan pada masa yang sama mampu memenuhi jadual pengajian disurau dan masjid². Risau nanti dikatakan ulamak PAS ini juga sudah berkiblatkan kebendaan dan kemewahan sedangkan kerja paling utama dalam perjuangan hanya diserahkan kepada golongan² yang kurang ilmu agamanya.

Moga selepas ini nanti tidaklah lagi kedengaran ulasan penganalisa politik mengatakan PAS kalah di PRK itu dan ini hanya kerana petugasnya lewat solat subuh sedangkan para ulamaknya lebih selesa berada ditilam yg empuk. WALlahua’lam

i

Obses @ Obes???

November 16, 2010

foto di atas bukanlah gambaran pengidap Obesiti

Lebih separuh orang Malaysia hidap obesiti

KUALA LUMPUR – Seramai 16.8 juta atau 60 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia mengalami masalah kegemukan termasuk golongan kanak-kanak dan jumlah itu menunjukkan peningkatan membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 50 peratus atau sebanyak 8.4 juta orang mengalami masalah obesiti manakala baki 50 peratus lagi merupakan penduduk melebihi berat badan ideal.

Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang melahirkan kebimbangan kerana ia merangkumi semua peringkat umur [KOSMO].

i

P/s – Menteri Kesihatan yang cakap, bukan aku mandai2. Kah kah kah, siapla hang Tiong Lai…

i

Salam ‘Idil Adha…

November 16, 2010

X sampai sehari lagik rakyat negara ini akan menyambut Hari Raya ‘Idil Adha. Cumanya kali ini sesuatu yang agak pelik bila ianya disambut seminggu selepas itu oleh penganut UMngokco. Mungkin memikirkan segala tindakan mereka akan dipertahankan oleh Mufti Perak, maka dirasakan sambutan ‘Idil Adha kali ini boleh dianjakkan seminggu lewat dari tarikh asalnya.

Pelbagai ulasan dari sahabat yang sempat aku baca. Pelbagai tohmahan dilontarkan samada terhadap MB Haram Perak ini mahupun pembuat kain pemidang ini. Termasuklah yang paling hangat ianya dikhabarkan dilakukan oleh tangan2 ghaib yang mahu melihat MB Haram Perak ini dimalukan oleh rakyat. Sementelah pula sekiranya ianya dimasukkan dalam perbahasan sidang DUN oleh ADUN Pakatan Rakyat hujung bulan ini nanti. Dan jangan terkejut jikalau ada bukti yang mengatakan tangan2 ghaib itu ditaja oleh seorang EXco kanan dalam kabinet MB Haram itu sendiri.

Namun pada aku, teori paling lembut yang boleh aku kaitkan dengan siri kesilapan mencetak tarikh di kain pemidang sambutan ‘Idil Adha ini tidak lain tidak bukan ialah bagi membuktikan kasih dan sayang ahli UMngok Perak terhadap MB Haramnya sehinggakan sambutan ‘Idil Adha tidak bermakna tanpa kehadiran beliau yang ketika ini sedang menyucikan dosa di Makkah. Jadi dengan menangguhkan sambutan perayaan itu seminggu lewat secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada MB Haram itu pulang menyambutnya bersama2 rakan seperjuangan. Tinggi sungguh pengorbanan yang dilakukan oleh anak buahnya itu.

Moga tidaklah selepas ini ada mulut2 celupar ahli agama yang merelakan perbuatan keji lagi mungkar seperti itu. Ataupun ianya dilakukan setelah mendapat izin dari ahli2 agama itu sendiri???

i