Salam ‘Idil Adha…

November 16, 2010

X sampai sehari lagik rakyat negara ini akan menyambut Hari Raya ‘Idil Adha. Cumanya kali ini sesuatu yang agak pelik bila ianya disambut seminggu selepas itu oleh penganut UMngokco. Mungkin memikirkan segala tindakan mereka akan dipertahankan oleh Mufti Perak, maka dirasakan sambutan ‘Idil Adha kali ini boleh dianjakkan seminggu lewat dari tarikh asalnya.

Pelbagai ulasan dari sahabat yang sempat aku baca. Pelbagai tohmahan dilontarkan samada terhadap MB Haram Perak ini mahupun pembuat kain pemidang ini. Termasuklah yang paling hangat ianya dikhabarkan dilakukan oleh tangan2 ghaib yang mahu melihat MB Haram Perak ini dimalukan oleh rakyat. Sementelah pula sekiranya ianya dimasukkan dalam perbahasan sidang DUN oleh ADUN Pakatan Rakyat hujung bulan ini nanti. Dan jangan terkejut jikalau ada bukti yang mengatakan tangan2 ghaib itu ditaja oleh seorang EXco kanan dalam kabinet MB Haram itu sendiri.

Namun pada aku, teori paling lembut yang boleh aku kaitkan dengan siri kesilapan mencetak tarikh di kain pemidang sambutan ‘Idil Adha ini tidak lain tidak bukan ialah bagi membuktikan kasih dan sayang ahli UMngok Perak terhadap MB Haramnya sehinggakan sambutan ‘Idil Adha tidak bermakna tanpa kehadiran beliau yang ketika ini sedang menyucikan dosa di Makkah. Jadi dengan menangguhkan sambutan perayaan itu seminggu lewat secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada MB Haram itu pulang menyambutnya bersama2 rakan seperjuangan. Tinggi sungguh pengorbanan yang dilakukan oleh anak buahnya itu.

Moga tidaklah selepas ini ada mulut2 celupar ahli agama yang merelakan perbuatan keji lagi mungkar seperti itu. Ataupun ianya dilakukan setelah mendapat izin dari ahli2 agama itu sendiri???

i

One Response to “Salam ‘Idil Adha…”

  1. naggy Says:

    Sejak bile dia sambut Aidil Adha 17 zulhijrah… ?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: