Samy Vellu mati dibunuh!!!
December 13, 2010
…
Tajuk jek gempaq. Saja nak kasi korang nye ngantuk hilang. Masihkah anda kenal dengan Samy Belloo, mantan presiden MIC dan presiden parti paling lama memegang jawatan didunia buat masa ini??? Kalau kenal bagusla. X la payah sangat aku nak remind balik memori korang.
Kalau korang ingat Samy Beloo ni dh hilang dalam arus persada politik tanahair selepas melepaskan jawatan sebagai presiden parti paling lama didunia tempohari, korang memang tersilap. Sebabnya Samy Belloo ini adalah kaum kerabat Be eNd, jadik dia kenelah diberikan penghargaan yang selayaknya, sementelah usaha menyingkirkannya dari tampuk kekuasaan berlaku secara aman. Tiada pertumpahan darah mahupun amarah. Cool babe.
Semalam Najib telahpun secara rasminya melantik Samy Belloo ini sebagai duta infrastruktur bagi India dan Asia Selatan [Malaysikini]. Tidaklah diketahui asas perlantikan tersebut, tetapi ramai yang memandangnya sebagai satu lantikan politik bertujuan membalas jasanya sewaktu berkhidmat dalam kabinet kerajaan sebelum ini.
Bukanlah sesuatu yang menghairankan perkara seperti ini berlaku dan ianya merupakan amalan biasa dalam negara kita. Sebelum ini kita sudahpun mempunyai seorang bekas Ketua Polis Negara yang dianugerahkan kedudukan dalam sebuah syarikat perjudian terbesar negara juga diyakini bukan kerana kebolehannya untuk berada di situ, tetapi hanyalah sekadar anugerah di atas khidmat setianya yang dicurahkan sewaktu berkhidmat kepada kerajaan.
Mungkin juga ada yang mengatakan perlantikan Samy Belloo ini adalah bertujuan menutup mulutnya dari menghentam kepimpinan Najib Razak yang dilihat memaksanya berundur dari jawatannya di dalam parti MIC sebelum ini. Maka dengan penganugerahan sebagai duta bertaraf menteri, iaitu dengan gaji, elaun dan segala kemudahan yang menteri dapat maka Samy Belloo ini juga akan menikmatinya sama.
Dalam pada rakyat diperas dengan kenaikan harga minyak, gas dan gula, perlantikan Samy Belloo ini seharusnya dipertikaikan. Tidak cukupkah imbuhan yang diperolehinya dari kerajaan? Kemewahan yang diperolehinya sewaktu memimpin Kementerian Kerjaraya sehingga pernah dikatakan beliau sebagai Menteri 10% dahulu sewajarnya sudah mencukupi untuk digunakan sebagai bekalan perbelanjaan selepas dari persaraannya. Adakah itu masih tidak mencukupi? Kenapa perlu dilonggokkan juga kemewahan kepadanya sedangkan masih ramai kaum india yang miskin papa kedana yang lebih memerlukan duit gaji yang dibayar kepadanya itu???
Sekiranya beginilah perlaksanaan kepimpinan Najib Razak, yang hanya menjaga nasib kaum kerabatnya sedangkan rakyat yang lebih memerlukan pembelaan terus terabai, maka tunggulah saat kehancuran kerajaan Be eNd pada PRU 13 nanti, insyaALlah. Rakyat pasti akan memberi pengajaran yang terbaik kepada kerajaan Isteri Rosmah ini.
i
p/s – begitu banyak kegagalan semasa memimpin Kementerian Kerjaraya pun dilantik sebagai duta. Siapla India, makin banyak rasuaha, makin banyak bangunan bocor dan makin banyaklah lebuh raya yg retak.
i