MESTI BACA!!! Maklumat WIKILEAKS yang bocor!!!

December 16, 2010

Belumpun reda dengan demo air yang penuh kekecohan di Masjid Negara minggu lepas, negara bakal dikejutkan satu lagi siri demonstrasi jalanan apabila tercetusnya satu kabar angin dimana terdapat pihak yang sedang giat menjalankan usaha menganjurkannya dalam masa terdekat ini.

Menurut sumber yang diterima sebentar tadi demo tersebut akan diadakan didua tempat strategik iaitu di Komtar Penang dan di Bangunan SUK Negeri Selangor.

Menurut pemberi maklumat melalui ‘sms’ nya, alasan penganjuran demo di Penang adalah berpunca dari laporan web portal mengatakan kontraktor melayu menyapu hampir kesemua kontrak JPS dan JKR di bawah peruntukan negeri tanpa melalui Ketua Bahagian UMngok mahupun Persatuan Persaudaraan Mamak Pulau Pinang (PAPADOM). Menambahkan parah apabila kerajaan negeri yang diterajui DAP dikaitkan cuba merasuah guru KAFA apabila membayar tambahan saguhati sebanyak RM100 sedangkan pada masa yang sama membiarkan nasib Ketua Cawangan UMngok disitu terumbang ambing tanpa pembelaan yang sewajarnya.Manakala sumber di Selangor pula berkata penganjuran demonstrasi disana dipercayai berkait rapat dengan kejayaan kerajaan negeri menarik pelaburan asing tertinggi dalam negara sedangkan pada masa yang sama nasib bekas menteri besarnya yang ber’title’ doktor gigi dianaktirikan tanpa sebarang pemberian komisen projek baru malah lebih teruk didakwa atas tuduhan membeli hartanah dengan harga borong.

Sumber memberitahu lagi, persiapan sedang galak dijalankan dan dipercayai para penganjur sudah mula membersihkan 10 ekor kepala lembu yang mereka simpan sewaktu sambutan raya korban tempohari. Malah lebih radikal mereka akan membuat kejutan dengan mempersembahkan tarian kepala lembu kepada MB Selangor, Tan Sri Khalid.

Namun sehingga kini kami di Budak Ipoh Timor krew masih belum dapat memastikan kesahihan kandungan berita tersebut samada ianya benar ataupun sekadar jenaka bodoh UMngok. Layannnnnnnnzzzzzz…

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: