Kisah Benar!!! UMngok pembawa celaka???

December 26, 2010

Perak dilanda musibah lagik. Kali ini ianya membabitkan bas pelancongan yang mengorbankan hampir 30 nyawa dilaluan Simpang Pulai-Cameron Highland. Cukup tragis. Kenapakah Perak sekarang ini begitu kerap dilanda musibah seperti ini?

Seingat aku, bermula selepas kejatuhan pemerintahan Pakatan Rakyat dinegeri Perak, kejadian kemalangan ngeri silih berganti seolah-olah memberikan satu simbol bahawa negeri Perak akan menjadi penuh bencana seperti juga yang berlaku ketika Mahsuri difitnah dan dibunuh dahulu. Ada persamaan?

Memang ada. Selepas sahaja UMngok merampas Perak, kita saksikan satu kemalangan ngeri membabitkan sebuah bas ekspress dari syarikat Sani Ekspress yang mengorbankan 10 orang penumpang. Lokasi kemalangan dilaluan Ipoh ke Tol Jelapang. Tarikh kemalangan, bulan Disember penghujung tahun 2009.

Kita menjangkakan ianya adalah yang pertama dan terakhir kemalangan ngeri yang menimpa bas ekpsress ini berlaku di Perak. Namun belumpun sempat menarik nafas lega membiarkan tahun 2010 melabuhkan tirainya dengan aman, kita sekali lagi dikejutkan dengan kemalangan yang lebih besar ragutan nyawa.

Hampir 30 orang terbunuh. Kesemuanya warga Thailand kecuali pemandu bas dan pemandu pelancong. Tarikh kejadian penghujung tahun 2010, bulan disember. Lokasi kejadian di jalan Simpang Pulai – Cameron Highland, Pahang. Walaupun terletak di Pahang, tapi jalan menuju ketempat tersebut kesemuanya melalui negeri Perak.

Apa penyelesaiannya???

Berbalik kepada kemalangan tadi, nampak gayanya jikalau beginilah saban masa berlaku di Perak ini, maka Zambery Kadir harus memikirkan kaedah terbaik menanganinya. Jikalau mengikut kaedah melayu UMngok purbakala, kaedah semahan menggunakan darah binatang akan digunapakai. Dalam pengetahuan aku, ritual sebegitu dilakukan bagi memberi makan jin yang dikatakan menjaga sesuatu tempat tersebut.

Sementelah pula ritual sebegitu kembali dihidupkan dari kalangan melayu UMngok seperti memasang ancak yang dilakukan oleh Zambery Kadir di Lenggong tempohari. Justeru bukanlah sesuatu yang pelik andai Zambery dan barisan kabinetnya mengambil langkah yang sama bagi mengatasi kemalangan ngeri yang berlaku sekarang ini. Lagipun dengan sokongan kuat dari pak Mufti, sudah tentu tugas tersebut menjadi mudah dan beres. Asalkan rakyat selamat, mungkin begitu hujahan pak Mufti nanti???

i

p/s –  kemalangan ngeri bas ekspress Delima pada 10/10/2010 yang korbankan 12 orang pun berlaku dinegeri Melaka yang diperintah UMngok. Suratan atau kebetulan???

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: