Syabas MALAYSIA…

December 30, 2010

Juara Piala AFF Suzuki 2010

Tahniah Malaysia. Meskipun tewas 2-1 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno semalam, ianya sudahpun memadai  buat pasukan negara mengucup piala kejohanan buat kali pertama semenjak 14 tahun dipertandingkan dengan aggregat 4-2. Malaysia terlebih dahulu memenangi perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil dengan jaringan 3-0.

Seperti biasa, ucapan tahniah tidak putus dihamburkan oleh setiap orang. Sukan memang terbukti berjaya menyatukan kesemua orang walaupun berlainan ideologi politik. Tidak kira parti Be eNd, Pakatan Rakyat mahupun yang tidak berparti, kesemuanya gembira dengan kemenangan ini. Sudah terlalu lama kita dahagakan kemenangan pada aksi pentas antarabangsa seperti ini.

Moga ini bukanlah kali terakhir Malaysia beraksi pada pentas final kejohanan. Kita mengharapkan kejayaan demi kejayaan akan  dicapai oleh pasukan negara selepas ini seterusnya berjaya kembali melayakkan diri kekejohanan lebih besar seperti Sukan Olimpik mahupun Piala Dunia. Apapun mungkin kita akan mencapai semua itu selepas kita berjaya mengungguli kejohanan diperingkat Asia terlebih dahulu.

Kembali berpijak pada bumi yang nyata. Perlu ditegaskan ini bukannya blog sukan. Haha. Kita tinggalkan pasukan negara dengan kejayaan manis semalam. Bagi kita, teruskan mengulas kejayaan tersebut sesuai mengikut pegangan politik masing².

Najib seperti yang ditelah menjadikan kemenangan ini sebagai satu hadiah buat pemerintahannya. Tanpa bertangguh beliau mengambil kesempatan mengumumkan esok sebagai cuti umum. Mungkin membayangkan bahawa negeri yang diterajui Pakatan Rakyat akan berbuat demikian, maka lebih baik beliau mendahuluinya.

Lagipun bukan mudah menyaingi Pakatan Rakyat sekarang ini. Kalau dahulu hanya memiliki sebuah negeri, tetapi sudah menjadi 5 sekarang ini. Itupun selepas berjaya merompak kembali sebuah negeri menjadikan 4 negeri yang perlu dibereskan oleh Najib. Tersilap langkah bakal membuka peluang pihak musuh menonjolkan kelemahan pemerintahannya.

Mungkin negara lain yang bertanding dalam kejohanan ini tersenyum sinis dengan hadiah kemenangan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia pimpinan Najib ini. Bagaikan sebuah kejohanan yang teramat besar. Bukan niat aku ingin merendahkan keupayaan pasukan negara dalam memenangi kejohanan tersebut, tetapi cuba bayangkan andaikata satu masa nanti pasukan negara berjaya menjulang Piala Dunia, berapa lama pula cuti yang akan dianugerahkan oleh beliau??? Sebulan atau kata kawan aku mungkin mencecah 6 bulan lamanya??? Haha

Dalam ketika keseluruhan rakyat Malaysia begitu gembira meraikan kejayaan besar pasukan negara, ini jugalah sebenarnya gambaran kegembiraan yang diraikan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat bila mana menyambut keputusan PRU-12 yang lepas.

Memang tiada sapa yang menyangka bahawa Malaysia boleh memenangi kejohanan ini terutama selepas dibelasah dengan jaringan besar 5-1 oleh pasukan yang sama pada perlawanan awal peringkat kumpulan sebelum ini. Begitu jugalah yang berlaku pada parti Pakatan Rakyat pada PRU-12 yang lalu.

Tiada pihak juga yang dapat mengagak bahawa Pakatan Rakyat boleh memenangi kerusi DUN dan Parlimen yang teramat banyak sehingga mampu menumbangkan parti yang lebih gagah seperti pasukan Garuda Indon itu di 5 buah negeri dan menafikan majoriti 2/3 Be eNd dalam parlimen walaupun dibelasah dengan teruknya oleh Be eNd pada PRU-11 sebelumnya. Satu persamaan yang jelas dan sama dengan situasi kejayaan pasukan bolasepak negara sekarang ini bukan?

Malah sekiranya pasukan negara berjaya pula membawa pulang pingat emas bolasepak di Sukan Olimpik ataupun menggondol kejuaraan Piala Dunia selepas daripada ini, maka sudah pastilah kejayaan tersebut akan diraikan dalam skala yang lebih besar sepertimana kita melihat parti Be eNd meraikan kejayaan pertama mereka memenangi Pilihanraya Kecil (PRK) selepas PRU-12 yang lalu selepas tewas dengan teruk PRK sebelum²nya.

Ada persamaan x??😛

i

2 Responses to “Syabas MALAYSIA…”

  1. pasbatugajah Says:

    haha…MU camna ni.. nak sokong lg ke??

    • budak ipoh timor Says:

      MU musti la sokong yop. Sedangkan Rio Perdinand pun ucap tahniah kat dalam TWEETer dia, apetah lagik teman nih… kih kih kih


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: