Pahang x jadik muflis

February 22, 2011

Katanya, pemberian tersebut tiada kena-mengena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini – Kosmo

Dey macha, apa pasai ribut tara ujan tara keluar itu statement bodo??? Orang tara tanya sama lu la pundek. Kalau itu macam cakap musti tara boleh pakai punya. Depan ada cakap lain, blakang ada cakap lain…creeeeeetttt (sambil meludah bekas kunyahan sireh)

i

KP PAS tengah buat apa???

February 18, 2011

Ada yang bertanya kenapa disaat Ketua Pemuda UMngok, Khairy Jamaludin yang sedang hebat dibelasah oleh orang kepercayaannya sendiri agar melepaskan jawatan yang disandangnya ketika ini, Ketua Pemuda PAS tidak mahu mengambil kesempatan memperkukuhkan personalitinya dipersada negara? Hanya membuat program syok sendiri? Himpun sini himpun sana. Aku tiada jawapan. Pada aku bukan hanya Ketua Pemuda PAS itu sahaja yang gagal, malah Ketua AMK dan Ketua DAPSY jugak gagal mengambil kesempatan atas kekalutan itu.

Dan yang paling lebih memilukan, bukan hanya Ketua Pemuda Pakatan Rakyat itu gagal memperkukuhkan peranan mereka dalam menarik seramai mungkin golongan muda menyertai mereka, malah selesa membiarkan Ketua Pemuda UMngok itu bersuka ria mengambil cuti bertugas selama 5 minggu untuk mendapatkan sayap terjunan hanya kerana tiada sedikitpun kegusaran yang cuba ditimbulkan oleh pesaing politiknya itu.

Ataupun KP Pas hanya tertarik melihat ribuan anak muda dihimpunkan didepan matanya dan hanya akan mula bertindak bilamana jumlah anak muda yang datang ke himpunan² anjurannya semakin susut nilai kelak???

Pak Lah bangga KJ berjaya tamat latihan terjun

… Upacara penutupan kursus itu bermula dengan penerjunan 10 pelatih, diketuai Khairy, dari paras 1,000 kaki dari pesawat pengangkut CN-235. Ini diikuti kumpulan kedua juga 10 pelatih dan kumpulan ketiga seramai 40 orang.

Kursus ahli paracut statik tahap satu siri APS/1/2011 selama lima minggu dan kursus ketua penerjunan tahap dua siri KP/1/2011 selama enam minggu dikendalikan Cawangan Payung Terjun Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK). [Malaysiakini]

i

PRK DUN Merlimau…

February 3, 2011

DUN Merlimau menanti buat PRK kali ke 15. DUN Tenang telahpun melabuhkan tirainya dengan penuh ketakjuban kuasa ALlah swt. Pengaturan Yang Maha Kuasa membuatkan YB yang baru terlantik sudahpun memulakan tugas. Mungkin fizikal dan mental YB tersebut akan teruji. Samada mampu bersama arus ataupun tewas dipermulaan perjuangan. Apa yang pasti kemenangan yang dikecapinya tidaklah menjanjikan kerusi DUN Tenang itu kekal buatnya pada PRU-13 nanti. Sudah kedengaran calon baru akan diisi disitu nanti. Kita nantikan nasibnya.

Buat Cikgu Mala, tahniah diucapkan atas kerja kuat yang beliau dan para petugas Pakatan Rakyat persembahkan dalam mencari kemenangan ketiga PAS dibumi Darul Umno itu. InsyaAllah jika diselusuri sejarah lampau, maka aku yakin Cikgu Mala bakal menjadi YB DUN Tenang padap PRU akan datang. Buktinya sepertimana yang telah berlaku kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dahulu. Tewas PRK DUN Ijok tetapi menang pada PRU selepas itu. Apa yang perlu, komitmen dan konsisten beliau.

DUN Merlimau telahpun diisytiharkan hari penamaan calonnya pada 26 Feb manakala hari pembuangan undi pula jatuh pada 3 Feb hari Ahad. Tidaklah pelik Read the rest of this entry »