PRK DUN Merlimau…

February 3, 2011

DUN Merlimau menanti buat PRK kali ke 15. DUN Tenang telahpun melabuhkan tirainya dengan penuh ketakjuban kuasa ALlah swt. Pengaturan Yang Maha Kuasa membuatkan YB yang baru terlantik sudahpun memulakan tugas. Mungkin fizikal dan mental YB tersebut akan teruji. Samada mampu bersama arus ataupun tewas dipermulaan perjuangan. Apa yang pasti kemenangan yang dikecapinya tidaklah menjanjikan kerusi DUN Tenang itu kekal buatnya pada PRU-13 nanti. Sudah kedengaran calon baru akan diisi disitu nanti. Kita nantikan nasibnya.

Buat Cikgu Mala, tahniah diucapkan atas kerja kuat yang beliau dan para petugas Pakatan Rakyat persembahkan dalam mencari kemenangan ketiga PAS dibumi Darul Umno itu. InsyaAllah jika diselusuri sejarah lampau, maka aku yakin Cikgu Mala bakal menjadi YB DUN Tenang padap PRU akan datang. Buktinya sepertimana yang telah berlaku kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dahulu. Tewas PRK DUN Ijok tetapi menang pada PRU selepas itu. Apa yang perlu, komitmen dan konsisten beliau.

DUN Merlimau telahpun diisytiharkan hari penamaan calonnya pada 26 Feb manakala hari pembuangan undi pula jatuh pada 3 Feb hari Ahad. Tidaklah pelik suasana hari penamaan dan pengundian dinegeri2 yang diperintah oleh Be eNd mendapat kelebihan hari cuti sedangkan negeri Pakatan Rakyat dibuat pada hari bekerja kerana hasil kajian penduduk yang dijalankan oleh pihak kerajaan mendapati penduduk negeri Pakatan Rakyat tidak suka bekerja dan hanya menghabiskan masa duduk bersantai dirumah. Jadi tiada masalah menjadikan hari penamaan calon dan pengundian dijalankan pada hari bekerja.

Berkenaan calon pula, UMno sudahpun menyenaraipendekkan 7 orang calon yang semestinya bersih dan dipandang bersih. Timbul persoalan apakah definisi bersih yang dimahukan Pengerusi Perhubungan UMno Melaka merangkap Ketua Menterinya itu kerana jika diambil dari kefahaman beliau, bersih itu ialah benda yang tidak disabitkan bersalah oleh mahkamah walaupun lembaga tatatertib parti sendiri telah mendapati calon tersebut bersalah.

Contoh yang nyata isu beliau yang gugur kelayakan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMno setelah didapati mengamalkan politik wang sedangkan pada masa yang sama mahkamah tidak dapat membawanya kemuka pengadilan. Begitu juga kes bekas Ketua Menteri Melaka sebelum beliau yang didakwa  merogol seorang budak perempuan bawah umur. Jadi bersih dari kacamata Ali Rustam semestinya berbeza dengan bersih dari kacamata Islam.

Bagaimana calon Pakatan Rakyat? Umumnya kerusi tersebut adalah kerusi PAS. Menurut kenyataan yang dipersetujui pimpinan komponen Pakatan Rakyat juga bersetuju mengekalkan status quo kepada parti yang bertanding kerusi tersebut pada PRU-12 untuk mempertahankannya. Namun situasi di Merlimau tidaklah setenang di DUN Tenang. PKR mula meminta-minta. Keputusan yang dipersetujui mulai dimungkiri. Atas asalan PAS tidak mempunyai harapan untuk menang andai bertanding disitu sementelah pula calonnya yang disebut-sebut, Shamsul Iskandar Mat Akin lebih berwibawa dan sepatutnya bertanding disitu.

Inilah contoh bilamana sesuatu organisasi yang tidak terisi dengan program kerohanian. Mungkir janji adalah sinonim dengan kaum yahudi. Moga rakan-rakan PKR yang mendapat asuhan ABIM @ JIM dapat menyedarkan Ketua AMK ini kesan dari perbuatan memungkiri janji ini. Besar natijahnya. Sudahlah seorang demi seorang ahlinya mula meninggalkan parti, bukan hanya sekadar ahli biasa, malah sehingga tahap Ahli Parlimen juga sudah ramai berbuat demikian.

Kenapa tidak ditumpu proses memperkukuhkan kembali persepsi rakyat terhadap parti itu? Kenapa cuba berlaku khianat? Jika begitu keadannya relakah PKR melepaskan begitu banyak kerusinya kepada PAS pada PRU-13 nanti dengan andaian kerusi DUN Merlimau nanti diserahkan kepada PKR dengan alasan peluang kemenangan?

Aku harapkan pimpinan PKR kekalkan keputusan sedia ada. Jangan ditambah masalah yang lain sedangkan masalah sedia ada pun belum reda. Ust Badrul Amin dan Mohamad Nor Manuty aku lihat boleh memulakan usaha menjalankan program pengisian kerohanian buat ahli dan pimpinan PKR buat masa ini agar nafsu mereka sedikit terkawal jika tpun tidak banyak. Biar terlewat dari tidak membuat apa-apa.

i

Advertisements

2 Responses to “PRK DUN Merlimau…”

  1. cik kiu Says:

    kalau ader yg nk sewa homestay di jasin bagi persiapan PRK DUN MERLIMAU, bleh hubungi sy..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: