Taib Mammoth…

April 15, 2011

Tika rakyat begitu teruja menyaksikan legenda kedua Sarawak selepas Bujang Senang ini tumbang menyembah bumi, terpacul pula dongeng si RPK di massa arus perdana. Tidak perlu kita tanya berapa banyak wang yang dia sudah gendung, dan apa janji yang sudah diakad dengan bini Rosmah itu. Apa yang perlu kita fahamkan dengan jelas, jangan disebabkan kenyataan santai RPK itu menjejaskan rentak kempen kita di Sarawak.

RPK bukan satu atau dua, malah ribuan politikus yang ada dibumi Malaysia ini. Mana yang rapat dengan Anwar Ibrahim sewaktu era Reformasi 1998 dahulu, hampir kebanyakannya telah kembali menjilat keris sang saka bangsa.

Mungkin satu dua orang masih kekal selagi hati masih belum terluka. Bukan mustahil mereka juga akan melompat satu ketika nanti. Tidak percaya??? Nantikan sahaja keputusan penuh PRU 13 nanti. Samada prestasi Pakatan Rakyat merudum sebagaimana badaian Tsunami Jepun tempohari ataupun tidak dilantik kerusi penting jikapun menang besar nanti.

Yang penting, fokuskan Sarawak. Yang lain kira kendian…

i