Tahniah PR…

April 19, 2011

AlhamduliLLah keputusan penuh Pilihanraya Negeri Sarawak telahpun diketahui. Analisa penuh masih sedang dikemukakan baik dari penyokong tegar PR, atas pagar dan sudah tentu pemuja parti dacing.

Apa yang pasti, penerimaan parti Islam yang dibawa oleh PAS amat-amat melegakan. Sekurangnya ternyata PAS yang seusia dengan UMngok itu boleh tembus di S’wak berbanding parti keris itu yang masih di’gam’.

Bacaan politik dari kacamata budak seperti aku melihat kalau sebelum2 ini hanya kategori macai dalam UMngok sahaja yang mudah di’kencing’ pemimpinnya, bahkan lebih teruk lagi kini pemimpin atasannya juga mulai senang di’kencing’. Usaha Najib menggantikan Taib Mammoth sebagai Ketua Menteri hanya dicelah kangkangkan pemimpin tua itu.

Tidak perlu menunggu lama, pemimpin tua itu terus mengangkat sumpah menjadi Ketua Menteri bagi penggal kelapannya walaupun ura-ura mengatakan timbalannya dari parti PBB yang berkulit dan berhidungkan seorang mamak akan menggantikannya. Seranah yang dihamburkan pemimpin mentor Najib, Che Det juga tidak berkesan. Ternyata UMngok bukan sahaja gagal tembus ke S’wak, malah gagal juga mengawal kepimpinan di S’wak.

Taib Mammoth tetap kekal berkuasa. Pada kita mungkin Najib dilihat berduka  mengenangkan janji situa kepadanya tempohari dimungkir. Namun lebih dari itu secara tidak langsung  ianya memberikan khabar ceria buat suami Rosmah Mansur. Manakan tidak, rahsia kejelitaan Puan Sri Ragad masih belum terungkai sepenuhnya.

Walaupun ada kemungkinan bersembang bagai itik dan ayam kerna berlainan bahasa, ia tidaklah seharusnya dijadikan titik penghalang buat Rosmah menjalinkan hubungan yang intim dengan wanita Lubnan bertubuh gebu itu. Sementelah lagi Rosmah dah suami Ragad itu mempunyai satu hobi pelik iaitu gemarkan bomoh. Sepadan bukan???

i

p/s – PAS Perak wajib buat ziarah susulan ke DUN Muara Tuang khususnya memantau cawangan penaja yang telah berjaya ditubuhkan 10 hari masa berkempen tempohari. Lebih mudah andai petugas yang terlibat dalam kempen PRN baru-baru ini ditawarkan kesana kerana sudah dikenali penduduk tempatan

i

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: