Selamat maju jaya…

May 4, 2011

AlhamduliLLah Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telahpun selesai. Seperti yang dijangka, kelompok ‘agamawan’ terus kekal memacu perjuangan pemuda dengan mengekalkan kerusi Ketua Pemuda dan menang Naib Ketua, manakala hampir 90% kerusi AJK juga dimonopoli oleh kelompok tersebut. Kalaupun yang ada mewakili proffesional, ianya dimenangi tanpa ada pertandingan melalui Ku Is, yg juga merupakan Ydp paling muda dalam Perak ketika ini.

Zahirnya pada aku, fenomena inilah yang paling sedap diulas oleh blogger seperti aku. Dengan sedikit serbuk perencah dan penambah perisa, maka berita mengaitkan pertelagahan antara dua kelompok ini paling mudah mencuit minda pembaca. Nampak agak mudah membina persepsi.

Tinggalkan seketika persoalan remeh kegemaran media hancing negara ini. Pastinya ada benda yang lebih menarik untuk dibincangkan hasil dari keputusan penuh muktamar tempohari. Persoalan hala tuju perjuangan anak muda selepas daripada ini bagi menghadapi musuh nombor satu negara, UMporno.

Itulah yang selayaknya dibincang lebih dari kemenangan tipis Ketua Pemuda kepada lawannya itu. Masing-masing mempunyai hujah untuk memilih calon yang bertanding. Sudah tentu juga ianya dipandu oleh akal yang waras hasil pentarbiayahan yang begitu lama berjalan secara tersusun. Read the rest of this entry »