Keuntungan PetGas meningkat 53 peratus

PETRONAS Gas Bhd (PetGas) mencatat keuntungan sebelum cukai RM1.9 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu, meningkat 53 peratus berbanding RM1.244 bilion pada tahun sebelumnya.

Pencapaian itu didorong pemerolehan pendapatan sebanyak RM3.525 bilion, meningkat 9.4 peratus daripada RM3.222 bilion sebelumnya. Secara keseluruhannya, kumpulan itu mencatat peningkatan keuntungan bersih sebanyak 53 peratus kepada RM1.44 bilion daripada RM940.9 juta. Susulan prestasi itu, Lembaga Pengarahnya mencadangkan pembayaran dividen akhir 35 peratus sesaham bernilai RM692.56 juta – B.Harian Online

Memang haram jadah betui kerajaan Najib sekarang ni. Begitu kuat cengkaman puak pemodal terhadap ekonomi negara kita. Sampaikan nak tanggung sabsidi rakyat yang sedikit itu pun begitu berkira.

Kalau begini caranya kompom aku isytiharkan diri aku pengundi tegar Pakatan Rakyat. Nanti kalau Pakatan Rakyat juga berlaku zalim terhadap rakyat selepas memerintah nanti, aku lompat balik undi aku pada Rosmah.

Hangpa tiru jek style cam aku ni. Kita angkat ketuanan rakyat. Setuju!!!

i

Sekonyong-konyong 2-3 hari ini keadaan negara begitu panas. Bukan hanya berkaitan dengan cuaca, tetapi juga dengan pelaku politik dan pengamal media songsang yg hanya mementingkan kuasa lebih daripada tugas yg sepatut dimainkannya dalam berperanan menjaga keharmonian kaum.

Mereka bertempik merekalah jaguh perpaduan sehinggakan tidak pernah terjadi dalam sejarah negara selepas dari peristiwa 13 Mei dahulu, parti yang dikatakan mewakili kaum Melayu terbesar dalam dunia, UMporno mempelawa PAS untuk bergabung dengannya dalam kerajaan perpaduan.

Amatlah memalukan buat anak bangsa yang akan mengkaji sejarah besar tersebut selepas daripada ini untuk mengetahui kenapa pelawaan ini ditolak oleh pihak PAS.

Hari ini dengan nama semangat Melayu yang ingin melihat agama Islam yang sekian lama dianuti sekalipun tidak diamalkan oleh puak UMporno ini kekal menjadi agama rasmi, mereka mula melaungkan kekhuatiran tindak balas penganut agama lain yang berusaha menyaingi kedudukan agama Islam dalam perlembagaan negara.

Lantas peluang itu diambil sebaik mungkin oleh Utusan Meloya dengan mengeluarkan tajuk sensasi yang sememangnya cukup kuat menarik kaum Melayu melatah. Tidak pernah sekalipun akhbar Utusan Meloya ini memberikan ruang yg hampir adil kepada Pakatan Rakyat mahupun agama lain dalam laporan akhbarnya.

Sungguhpun dimiliki secara total oleh parti pemerintah, sewajibnya pihak pengurusan akhbar tersebut tidak memainkan isu sensitif ini. Namun betul sangatkan ahli UMporno ini begitu sayangkan agama mereka ini???

Menurut laporan Malaysiakini di sini [link] menyatakan parti yang mempunyai keahlian lebih 3 juta orang dan mengaku begitu sayangkan agama Islam itu HANYA MAMPU MENARIK 100 ORANG SAHAJA KE MAJLIS FORUM AGAMA YANG DIANJURKAN DI PEJABAT PARTINYA SEMALAM.

Ya tuan-tuan, hanya 100 orang sahaja yang berminat dengan program keagamaan anjuran UMporno ini. Jadi benarkah mereka ini begitu sayangkan agama Islam yang suci ini?

Xkanla hanya 100 orang dari 3 juta ahli sahaja yg berminat hadir ke forum agama ini? Adakah ketua-ketua bahagian UMporno sekitar WP dan S’ngor tidak mampu menggerakkan ahli-ahlinya ke majlis tersebut?

AlhamduliLLah ALlah telah membuktikan segala-galanya.  Yang mana benar yang mana sandiwara. Jelas teramat jelas. Umporno dulu, kini dan selama-lamanya penipu rakyat.

So pada yang masih takjub bahawa UMporno ini perwira agama, lupakan saja. Bandingkan sahaja kehadiran pengunjung ke program hiburan dengan program keagamaan yg dianjurkannya. Pasti anda dapat mengagak jawapannya.

Dimana ada UMporno, disitu ada klip video lucah…

i

i