Malaysiakini

Ni ke dianya yang dibangga-banggakan sangat orang Melayu. Duk ratib siang malam kata hanya Melayu UMporno jek yang gheti memeghintah negara ni. Nih dah kuar jawapan sojar pencen yang diupah menjaga hal ehwal agama negara kita nih.

Beno ke Melayu UMporno ni pandai memeghintah yop??? Ate ghamey bebeno yang apply keluar Islam ni pekejadahnya??? Naper sojar pencen ni gagal menjadikan Islam itu indah??? Paseynye mungkin dia pun dh kene pegang telo. Nak bercakap lebih sikit riso dapor x berasap. Chet buat malu sojar je yop oiiii. Pecat lagik baguih dari duk peghabih duit rakyat…

i

Takziah…

June 4, 2011

i

ALhamduliLLah keputusan pemilihan jawatan bagi mengisi tampuk kepimpinan parti telahpun diketahui. Sekalung takziah kepada yang terpilih.

Aku tidaklah begitu gembira dengan kemenangan mereka ini, tidak seperti kawan yang lain. Bukan kerana calon favourite ku tewas, malahan kesemua yang aku sokong itu menang.

Cumanya aku lebih memikirkan apakah dengan amanah berat yang kita serahkan kepada mereka ini menjadikan mereka yang terpilih ini yang kemudiannya bakal dibebani amanah parti termasuk menguruskan parti menghadapi PRU yang terhampir ini, dimana dilihat ianya bakal menjadi hala tuju ikatan Pakatan Rakyat selepas daripada itu sedangkan kita  bergembira melihat mereka bertungkus lumus???

Ahhh jika adapun yang mengeluh kerana hanya sebahagian kecil sahaja golongan ulamak yang terpilih, inilah medan muhasabah sebenar yang perlu dilakukan oleh golongan ini terutamanya saf pimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat.

Adakah cukup hanya menempatkan golongan ulamak ini dalam program pengisian kuliah ataupun daurah dan meninggalkan ilmu pentadbiran?

Adakah cukup sekadar menjawab persoalan perwakilan dengan mengatakan ulamak sudah mempunyai program setiap hari dengan memberikan kuliah di surau dan masjid2 seluruh negara?

Ataupun cukup dengan mengadakan seminar keagamaan disaat2 akhir muktamar akan diadakan bertujuan  membasuh minda pimpinan kawasan2 agar terus mengangkat golongan ini kepersada kepimpinan parti?

Harapnya ada perubahan dari golongan ini akan datang. Bukanlah perwakilan mahukan kepimpinan yang hanya pandai bercakap tanpa pandai mengeluarkan idea segar. Harapnya tiada kekecewaan besar buat golongan ini. WALlahua’lam

i