Takziah…

June 4, 2011

i

ALhamduliLLah keputusan pemilihan jawatan bagi mengisi tampuk kepimpinan parti telahpun diketahui. Sekalung takziah kepada yang terpilih.

Aku tidaklah begitu gembira dengan kemenangan mereka ini, tidak seperti kawan yang lain. Bukan kerana calon favourite ku tewas, malahan kesemua yang aku sokong itu menang.

Cumanya aku lebih memikirkan apakah dengan amanah berat yang kita serahkan kepada mereka ini menjadikan mereka yang terpilih ini yang kemudiannya bakal dibebani amanah parti termasuk menguruskan parti menghadapi PRU yang terhampir ini, dimana dilihat ianya bakal menjadi hala tuju ikatan Pakatan Rakyat selepas daripada itu sedangkan kita  bergembira melihat mereka bertungkus lumus???

Ahhh jika adapun yang mengeluh kerana hanya sebahagian kecil sahaja golongan ulamak yang terpilih, inilah medan muhasabah sebenar yang perlu dilakukan oleh golongan ini terutamanya saf pimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat.

Adakah cukup hanya menempatkan golongan ulamak ini dalam program pengisian kuliah ataupun daurah dan meninggalkan ilmu pentadbiran?

Adakah cukup sekadar menjawab persoalan perwakilan dengan mengatakan ulamak sudah mempunyai program setiap hari dengan memberikan kuliah di surau dan masjid2 seluruh negara?

Ataupun cukup dengan mengadakan seminar keagamaan disaat2 akhir muktamar akan diadakan bertujuan  membasuh minda pimpinan kawasan2 agar terus mengangkat golongan ini kepersada kepimpinan parti?

Harapnya ada perubahan dari golongan ini akan datang. Bukanlah perwakilan mahukan kepimpinan yang hanya pandai bercakap tanpa pandai mengeluarkan idea segar. Harapnya tiada kekecewaan besar buat golongan ini. WALlahua’lam

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: