Win-win maa…

July 21, 2011

Kerajaan Kedah pimpinan parti PAS, Ustaz Azizan Razak bergoyang seketika tatkala larangan ke atas premis hiburan beroperasi dibulan Ramadhan akan datang. Bantahan yg dibuat dari kalangan non-muslima termasuk dari kalangan rakan komponen Pakatan Rakyat, iaitu DAP. AlhamduliLLah perkara tersebut berjaya diselesaikan dalam tempoh masa yang cepat sebelum sempat dimanipulasi oleh pihak musuh.

Mutakhir, PAS pula membantah penganjuran konsert MTV World Stage, yang akan berlansung di I-City Seksyen 7Shah Alam pada 24 Julai ini. Persoalannya adakah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid juga akan mendengar suara rakan komponennya bagi mengeluarkan arahan larangan terhadap penganjuran konsert itu nanti???

Kita lihat parti mana dalam Pakatan Rakyat ini yang berjiwa besar. Harapnya mereka yg terlibat tidak hanya mementingkan perasaan mereka tanpa melihat perasaan rakan parti komponen.

 

Malaysia atasi Israel…

July 20, 2011

Negara haram Israel diakui mempunyai pasukan keselamatan paling cekap dengan segala kelengkapan teknologi moden dibekalkan kepada mereka, sedangkan Malaysia hanyalah memiliki jet pejuang yg tiada berenjin dan 2 buah kapal selam yg ‘tidak mampu menyelam’. Ini andaian sekian ramai orang terhadap keupayaan negara kita dalam menyediakan kelengkapan untuk kegunaan pasukan keselamatan negara.

Tiba-tiba andaian ramai itu berubah 360º apabila aku membaca akhbar Sinar Harian pagi tadi. Dalam laporan akhbar tersebut, negara haram Israel dikatakan berjaya menahan seramai hampir seribu remaja Palestin semenjak 5 tahun lepas hanya kerana tindakan mereka membaling batu kepada pasukan keselamatan negara haram itu.

Ianya jauh lebih teruk dari keupayaan pasukan keselamatan Malaysia yang dalam tempoh kurang dari 5 jam sahaja berjaya menghimpunkan tahanan lebih dari seribu orang bukan sahaja terdiri dari kalangan remaja, malah kanak-kanak, perempuan, lelaki tua dan orang kurang upaya dalam Himpunan BERSIH 2.0 9 Julai lepas.

Ini secara tidak langsung menunjukkan prestasi pihak keselamatan negara kita sebenarnya tidaklah begitu teruk, malah jauh melepasi keupayaan negara haram Israel itu walaupun dengan kelengkapan serba kekurangan. Tiba-tiba aku dengan penuh insaf berasa bangga memiliki kerakyatan Malaysia.

ini gambar mamat bertopeng yg dikaitkan salah seorang peserta demo BERSIH 2.0 yg dikatakan membawa senjata tajam dan membaling batu kearah pasukan polis…

kemudiannya beliau secara jantan membuka topeng yang dipakainya semasa Himpunan Aman BERSIH 2.0 tempohari utk tatapan umum. jelas kejantanan beliau…

manakala ini pula anggota polis yang terlibat dalam misi menahan peserta Himpunan Aman BERSIH 2.0 tempohari. juga bertopeng dan mempunyai senjata ditangannya… namun sehingga kini dia masih berada dicelah ketiak emaknya. terlalu takot menonjolkan wajah sebenarnya atau dia sememangnya ANAK PONDAN. wakakakaka….

BELSIH 2.0 Old Stoly…

July 19, 2011

bukan tunduk pada BERSIH 2.0, tp hormat pada orang tua

Jika di Malaysia dia enggan tunduk kepada tuntutan rakyat yg berbaju kuning, namun di luar Malaysia berlainan pula situasinya. Inilah pejuang Melayu UMporno kononnya. Sapa lagik yang layak digelar ejen negara asing dalam negara ini??? Atau mengadap untuk memohon perkenan agar Malaysia kembali dijadikan salah satu tanah jajahan British??? Arghh korang je la pikir senirik…

i

“Kita merancang dan ALlah swt jua merancang, dan sesungguhnya ALlah swt jualah sebaik-baik perancang”

i

Newly Promoted…

July 18, 2011

Mr Beghahim ‘Dino’ Geli

Setelah sekian lama dikenali makhluk jadian seakan haiwan amfibia berwarna hijau, kini Bang Beghahim Geli sudah mampu menarik nafas lega apabila dinaikkan maqam menjadi haiwan purba pra-sejarah bertaraf mamalia.

Kira ianya satu pencapaian yang agak drastik dari Presiden PERKASAM ini. Maka dengan terangkatnya maqam Bang Beghahim Geli ini, maka dipercayai ahli-ahli PERKASAM akan kembali memperbaharui bai’ah taat setia terhadap ketuanya yg mempunyai ciri-ciri kepimpinan pra-sejarah seusia Hang Tuah yang diagung-agungkan selama ini.

Maka dengan ini diisytiharkan nama baru Bang Beghahim ialah Mr. Dino. Wow kelassss bro…

i

“Jadi, saya ingin memberitahu Wong Chun Wai, anda boleh menulis dan memperbodohkan orang lain tetapi tidak dinosaur Ibrahim Ali.” –  Malaysiakini

i