Malaysia atasi Israel…
July 20, 2011
…
…
Negara haram Israel diakui mempunyai pasukan keselamatan paling cekap dengan segala kelengkapan teknologi moden dibekalkan kepada mereka, sedangkan Malaysia hanyalah memiliki jet pejuang yg tiada berenjin dan 2 buah kapal selam yg ‘tidak mampu menyelam’. Ini andaian sekian ramai orang terhadap keupayaan negara kita dalam menyediakan kelengkapan untuk kegunaan pasukan keselamatan negara.
Tiba-tiba andaian ramai itu berubah 360º apabila aku membaca akhbar Sinar Harian pagi tadi. Dalam laporan akhbar tersebut, negara haram Israel dikatakan berjaya menahan seramai hampir seribu remaja Palestin semenjak 5 tahun lepas hanya kerana tindakan mereka membaling batu kepada pasukan keselamatan negara haram itu.
Ianya jauh lebih teruk dari keupayaan pasukan keselamatan Malaysia yang dalam tempoh kurang dari 5 jam sahaja berjaya menghimpunkan tahanan lebih dari seribu orang bukan sahaja terdiri dari kalangan remaja, malah kanak-kanak, perempuan, lelaki tua dan orang kurang upaya dalam Himpunan BERSIH 2.0 9 Julai lepas.
Ini secara tidak langsung menunjukkan prestasi pihak keselamatan negara kita sebenarnya tidaklah begitu teruk, malah jauh melepasi keupayaan negara haram Israel itu walaupun dengan kelengkapan serba kekurangan. Tiba-tiba aku dengan penuh insaf berasa bangga memiliki kerakyatan Malaysia.
…
ini gambar mamat bertopeng yg dikaitkan salah seorang peserta demo BERSIH 2.0 yg dikatakan membawa senjata tajam dan membaling batu kearah pasukan polis…
…
kemudiannya beliau secara jantan membuka topeng yang dipakainya semasa Himpunan Aman BERSIH 2.0 tempohari utk tatapan umum. jelas kejantanan beliau…
…
manakala ini pula anggota polis yang terlibat dalam misi menahan peserta Himpunan Aman BERSIH 2.0 tempohari. juga bertopeng dan mempunyai senjata ditangannya… namun sehingga kini dia masih berada dicelah ketiak emaknya. terlalu takot menonjolkan wajah sebenarnya atau dia sememangnya ANAK PONDAN. wakakakaka….
INI POLIS MEMANG BANGSAT…
July 20, 2011
…
…