Klon MAT INDERA yop…

September 14, 2011

Aku sokong PKR!!!

September 14, 2011

Formulasi pembahagian kerusi untuk ditandingi sahabat Pakatan Rakyat agak panas. Situ mintak lebih, sini mintak tambah. Releks Bro, apa bikin kecoh. Ini bukan pembahagian kawasan perlindungan gengster macam citer anak Usop Selam tu beb. Jangan gaduh2 maaa.

Bagi pihak PAS, sebagai abang besar dan selalu bertanding banyak dan kalah juga banyak, aku cadang kali ini sebagai abang besar yang baik kerusi kasi potong abis. Bertanding kerusi yang menang PRU lepas sahaja. InsyaALlah dengan asas tarbiyah yg kukuh dikalangan ahlinya mereka pasti tidak bermasalah untuk menerima keputusan seperti ini. Lagipun inilah masanya untuk melihat samada proses pentarbiyahan yang dijalankan oleh para ustaz PAS itu berjaya mendidik ahlinya ataupun gagal.

Pada DAP, aku harap kekalkan kerusi sedia ada. Kalau kurang pun x berapa cantik pasai perfomance dia PRU sebelum ini paling meningkat berbanding rakan-rakannya dalam PR. Cuma agak sedikit tercalar dengan lompatan kijang ADUN Jelapangnya beberapa tahun lepas yang menyaksikan peralihan kuasa PR kepada BN, yang lainnya masih kekal maintain. Lompatan itulah yang boleh dijadikan hujah untuk pihak Majlis Presiden Pakatan Rakyat tidak memberikan layanan ke atas sebarang permintaan DAP untuk menambah kerusi pada PRU akan datang.

Dan yang akhir, PKR. Yang ni aku sangat-sangat sokong agar kerusi potong abis PAS tadi diberikan kepadanya. Bukan sekadar kerusi yang samar-samar peluang nak menang tu je, tapi kalau boleh kerusi yang 75% menang pun kene kasi. Pasai pa kene kasi. Pasai aku tengok PRU akan datang ni la akan berlakunya satu lonjakan besar peralihan kuasa undi rakyat kepada PR.

Jadi dengan kemenangan yang diperolehi nanti, andai PKR tidak bersama-sama mengecapi kemenangan itu dengan menjadi ‘main player’ kepada teraju pemerintahan, aku dapati ianya akan menjadi satu masalah berulang, sepertimana yang berlaku di Perak dan Penang sedikit masa dahulu selepas sahaja mengecap kemenangan sementara. Justeru kuasa pemerintahan negeri atau pusat haruslah diberikan kepada mereka tanpa sebarang keraguan. Dengan itu hayat pemerintahan Pakatan Rakyat nanti dijamin akan mencukupi tempoh matangnya. Jika tidak aku jamin akan wujud berpuluh-puluh Osman Jailu, Jamaludin POS, Zahrain ataupun Zul Musang Janggut, insyaALlah.