Salam Juma’at

December 10, 2010

Wahai para ahli ibadah di al-Haramayn
Kalau kamu menyaksikan kami
Maka kamu akan mengetahui bahawa sesungguhnya
Kamu bermain-main dalam ibadah
Kalau orang-orang membasahi pipinya dengan air mata yang mengalir deras
Maka dengan pengorbanan kami, kami mengalirkan darah yang lebih deras
Kalau kuda-kuda orang kepenatan dalam perkara batil
Sesungguhnya kuda-kuda kami penat
dalam melakukan penyerbuan dan peperangan
Bau wangi-wangian menjadi milikmu
Sedangkan bau wangi-wangian kami adalah debu-debu jalanan
Telah datang kepada kami sabda nabi
Sabda yang benar jujur dan tidak bohong
Tidak sama debu kuda-kuda Allah
Di hidung seseorang dan asap yang menyala-nyala
Inilah kitab Allah yang berbicara kepada kami
Bahawa orang mati syahid tidak diragukan lagi
Tidak sama dengan orang mati biasa
i
p/s – kawan aku dok tanya apsal lama x memblog… so aku lunaskan hutang yg tertunggak…
i

July 13, 2010

Peringatan Jumaat…

December 25, 2009

Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya – pagi dan petang – tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli Syurga maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya, dan jika ia dari ahli Neraka maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya.”

Nabi s.a.w bersabda lagi: “Kemudian dikatakan kepada masing-masing: “Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat.” Ibn Umar r.a

Huraian

Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya – pagi dan petang – tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli Syurga maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya, dan jika ia dari ahli Neraka maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya.”

Nabi s.a.w bersabda lagi: “Kemudian dikatakan kepada masing-masing: “Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat.” – *sumber Mstar

i

Tazkirah Jumaat…

October 30, 2009

Suatu saat Rasulullah saw. pernah bertanya kepada para sahabatnya:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – : أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى أَكْرَمِ أَخْلاَقِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ؟ تَعْفُو عَمَّنْ ظَلَمَكَ وَتُعْطِى مَنْ حَرَمَكَ وَتَصِلُ مَنْ قَطَعَكَ

Nabi saw bersabda : “Mahukah kalian aku tunjukkan akhlak yang paling mulia di dunia dan diakhirat? Memberi maaf orang yang menzalimimu, memberi orang yang menghalangimu dan menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu.” (HR. Baihaqi)

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

“Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan.” (H.R. Bukhari-Muslim).

“Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan tsaum (puasa)?” Sahabat menjawab, “Tentu saja!” Rasulullah pun kemudian menjelaskan, “Engkau damaikan orang yang sedang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menyatukan berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, (semua itu) adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan.” (H.R. Bukhari-Muslim).


Memohon maaf dan memberi maaf manakah yang lebih mudah? Memohon maaf suatu yang begitu sukar untuk dilakukan, kita merasakan mungkin telah jatuh darjat kita jika kita memohon maaf, mungkin perasan ego kita begitu besar sehingga kita katakan tiada maaf buat diri mu lagi,  namun adakah kita akan merasakan kebaikannya sekiranya kita memaafkan orang lain dan pada ketika itu Allah swt memaafkan diri kita pula.

Memberikan kemaafan adalah apabila sesuatu itu telah berlaku, kesalahan itu telah dilakukan oleh seseorang dan kita sebagai manusia yang menerima kesan akibat kesilapan itu memberikan maaf, persoalan adakah kesilapan yang dilakukan oleh seseorang itu telah melanggar syarak atau melanggar hukum Allah swt?  Sekiranya telah melanggar hukum Allah kita memang sepatutnya memarahi mereka namun Allah swt maha pengampun dan Dia mengampunkan hamba-hamba yang dikehendakinya.  Siapakah kita yang begitu sombong tidak memberikan kemaafan terhadap kesilapan yang dilakukan oleh seseorang yang melakukan kesilapan.

Memperkatakan untuk memberikan kemaafan begitu mudah tetapi untuk melaksanakan didalam kehidupan adalah sukar kerana hubungan yang jelas dengan Allah swt sudah rapuh dan tidak kuat, kita mungkin merasakan yang kita sahaja yang berkuasa dan tidak merasakan akan kekuasaan Allah swt.  Mengapa seseorang itu marah, mungkin sebab tidak dihormati atau tidak disanjungi atau tidak di puji atau tidak diberikan penghormatan, maka ketika itu kita akan merasakan terkilan dan perasaan marah mula menyala dan akhirnya membesar dan apabila ada kesempatan maka marah akan dilahirkan seperti api yang menyala apabila disiram minyak.

Namun sekiranya apabila mahu marah seseorang itu merasakan bahawa apa yang orang lain lakukan adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh dirinya terhadap Allah swt.  Dia memohon kepada Allah swt agar di maafkan dirinya apabila dia memaafkan orang lain yang melakukan kesilapan kepada dirinya.  Dia hanya mengharap kepada Allah swt agar segala kesilapan yang telah dilakukan akan dapat diperbaiki dan menegur dengan penuh kasih sayang kerana inginkan yang terbaik didalam kehidupan mereka.

Kita adalah didalam satu perjalanan untuk mencari surga Allah swt dan orang yang terbaik disisi Allah swt adalah orang yang benar-benar bertaqwa bukan yang banyak menulis dan meletak gambar di BLOG atau banyak berkata atau yang hanya membaca dan copy gambo blog orang atau yang tidak membaca kerana Allah swt tahu apa yang ada dihati-hati kita.  Allah swt tidak pernah silap menilai dan menghukum hamba-hambanya, Dia yang menentukan segala-galanya dan kita perlu melakukan yang terbaik kerana kita percaya Allah swt maha melihat dan maha mengetahui apa yang kita lakukan.  Allah hu ‘alam.

*sumber asal di sini

i

Sekadar ingatan…

September 12, 2009

i

June 13, 2008

Menurut sebuah riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Jarir ath-Thabari, demikian juga riwayat dari Ibnu Abi Hatim, yang diterima dari Ibnu Abbas; “Sedang Rasulullah menghadapi beberapa orang terkemuka Quraisy, yaitu ‘Utbah bin Rabi’ah, Abu Jahal dan Abbas bin Abdul Muthalib dengan maksud memberi keterangan kepada mereka tentang hakikat Islam agar mereka sudi beriman, di waktu itu masuklah seorang laki-laki buta, yang dikenal namanya dengan Abdullah bin Ummi Maktum. Dia masuk ke dalam majlis dengan tangan meraba-raba. Sejenak sedang Rasulullah terhenti bicara orang buta itu memohon kepada Nabi agar diajarkan kepadanya beberapa ayat al-Quran. Mungkin oleh karena terganggu sedang menghadapi pemuka-pemuka itu, kelihatanlah wajah beliau masam menerima permintaan Ibnu Ummi Maktum itu, sehingga perkataannya itu seakan-akan tidak beliau dengarkan dan beliau terus juga menghadapi pemuka-pemuka Quraisy tersebut.

Setelah selesai semuanya itu dan beliau akan mulai kembali kepada ahlinya turunlah ayat ini; “Dia bermuka masam dan berpaling.”

Setelah ayat itu turun sedarlah Rasulullah s.a.w. akan kekhilafannya itu. Lalu segera beliau hadapilah Ibnu Ummi Maktum dan beliau perkenankan apa yang dia minta dan dia pun menjadi seorang yang sangat disayangi oleh Rasulullah s.a.w. Di mana saja bertemu dengan Ibnu Ummi Maktum beliau menunjukkan muka yang jernih berseri kepadanya dan kadang-kadang beliau katakan; “Hai orang yang telah menjadi sebab satu kumpulan ayat turun dari langit kepadaku.”

Kisah tersebut memang antara banyak kisah² dalam Al-Quran Al-Karim yang menarik minat aku. Disebabkan itulah aku sekadar ingin berkongsi dengan sahabat² sekelian kisah yang dapat aku kaitkan dari pengajaran ayat tersebut.

Pada 25 Mei 2008 yang lepas, Read the rest of this entry »

kami membela Al-Quds

kami panggil anda semua

dan kami tanya

apakah al-Quds hanya milik orang Palestin?

atau milik seluruh umat Islam

mengapa anda diam sahaja?

anak-anak kami meninggalkan kami pergi di pagi hari

dan kembali di petang hari sebagai syahid

dan anda hanya menontonnya di layar telivisyen…

apa yang anda tonton?

mengapa anda hanya menonton?

al-Quds dan al-Aqsa memanggil…

wahai anak-anak pelempar batuuuuuuuu

bebaskanlah aku dari cengkaman Toghut, zionis dan yahudi

tetapi apa jawapan kita?

apa jawapan kita kepada al-Aqsa keetika dia memanggil kita?

labbaika ya Aqsa

dengan darah-darah kami…

labbaika ya Aqsa

dengan roh-roh kami

al-Quds lebih mahal dari roh-roh kami

walau roh-roh kita adalah paling mahal bagi kita

tetapi…

al-Aqsa lebih mahal dari semua itu

ia lebih mahal dari anak-anak kita

dan anak-anak kita lebih mahal dari roh-roh kita

Read the rest of this entry »

hALwa mATa

May 9, 2008

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

“Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang di ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku.”

Read the rest of this entry »