Awas!!! Ini Video Rasis
December 8, 2011
Apa kata Chua Soi Lek???
Klon MAT INDERA yop…
September 14, 2011
Salam ‘EidulFitri 1432 dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor
August 28, 2011
22 Julai 2011 @ UPU Pengkalan Barat
July 21, 2011
…
ini gambar mamat bertopeng yg dikaitkan salah seorang peserta demo BERSIH 2.0 yg dikatakan membawa senjata tajam dan membaling batu kearah pasukan polis…
…
kemudiannya beliau secara jantan membuka topeng yang dipakainya semasa Himpunan Aman BERSIH 2.0 tempohari utk tatapan umum. jelas kejantanan beliau…
…
manakala ini pula anggota polis yang terlibat dalam misi menahan peserta Himpunan Aman BERSIH 2.0 tempohari. juga bertopeng dan mempunyai senjata ditangannya… namun sehingga kini dia masih berada dicelah ketiak emaknya. terlalu takot menonjolkan wajah sebenarnya atau dia sememangnya ANAK PONDAN. wakakakaka….
Selamat Hari Guru…
May 16, 2011
…
i
AlhamduliLLah hari ini menjadi hari yang begitu bersejarah buat para guru diseluruh negara. Najib dan Mahyuddin telahpun mengumumkan gula-gula terbaru kepada para guru.
Seperti biasa, pemimpin UMporno ini hanyalah melihat kebajikan guru perlu dijaga seandainya golongan ini mampu memberikan undi kepada mereka.
Apapun ianya masih belum mampu merungkai segala permasalahan yang dibangkitkan oleh golongan pendidik ini yang sehingga kini masih dibebani dengan pelbagai beban kerja bermula dari kerja asas mengajar melangkaui kerja-kerja perkeranian. Kesian mereka.
Justeru dalam menghargai kelompok yang begitu besar jasanya kepada kita, kita mengharapkan akan ada satu tindakan besar dari pihak kerajaan buat mereka, bukanlah sekadar retorik semata-mata umpama habis madu sepah dibuang. Baik dari pihak UMporno mahupun pihak Pakatan Rakyat seandainya berjaya memerintah nanti.
Kepada seluruh golongan pendidik ini, Selamat Hari Guru diucapkan dari Budak Ipoh Timor. Semoga ALlah membalas budi baik anda mendidik anak murid menjadi insan berguna di alam maya ini.
i
Haram Jadah punya berita…
May 12, 2011
…
Keuntungan PetGas meningkat 53 peratus
PETRONAS Gas Bhd (PetGas) mencatat keuntungan sebelum cukai RM1.9 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu, meningkat 53 peratus berbanding RM1.244 bilion pada tahun sebelumnya.
Pencapaian itu didorong pemerolehan pendapatan sebanyak RM3.525 bilion, meningkat 9.4 peratus daripada RM3.222 bilion sebelumnya. Secara keseluruhannya, kumpulan itu mencatat peningkatan keuntungan bersih sebanyak 53 peratus kepada RM1.44 bilion daripada RM940.9 juta. Susulan prestasi itu, Lembaga Pengarahnya mencadangkan pembayaran dividen akhir 35 peratus sesaham bernilai RM692.56 juta – B.Harian Online
…
Memang haram jadah betui kerajaan Najib sekarang ni. Begitu kuat cengkaman puak pemodal terhadap ekonomi negara kita. Sampaikan nak tanggung sabsidi rakyat yang sedikit itu pun begitu berkira.
Kalau begini caranya kompom aku isytiharkan diri aku pengundi tegar Pakatan Rakyat. Nanti kalau Pakatan Rakyat juga berlaku zalim terhadap rakyat selepas memerintah nanti, aku lompat balik undi aku pada Rosmah.
Hangpa tiru jek style cam aku ni. Kita angkat ketuanan rakyat. Setuju!!!
i
Panas!!! Ribuan melayu bangkit…
May 12, 2011
…
…
Sekonyong-konyong 2-3 hari ini keadaan negara begitu panas. Bukan hanya berkaitan dengan cuaca, tetapi juga dengan pelaku politik dan pengamal media songsang yg hanya mementingkan kuasa lebih daripada tugas yg sepatut dimainkannya dalam berperanan menjaga keharmonian kaum.
Mereka bertempik merekalah jaguh perpaduan sehinggakan tidak pernah terjadi dalam sejarah negara selepas dari peristiwa 13 Mei dahulu, parti yang dikatakan mewakili kaum Melayu terbesar dalam dunia, UMporno mempelawa PAS untuk bergabung dengannya dalam kerajaan perpaduan.
Amatlah memalukan buat anak bangsa yang akan mengkaji sejarah besar tersebut selepas daripada ini untuk mengetahui kenapa pelawaan ini ditolak oleh pihak PAS.
Hari ini dengan nama semangat Melayu yang ingin melihat agama Islam yang sekian lama dianuti sekalipun tidak diamalkan oleh puak UMporno ini kekal menjadi agama rasmi, mereka mula melaungkan kekhuatiran tindak balas penganut agama lain yang berusaha menyaingi kedudukan agama Islam dalam perlembagaan negara.
Lantas peluang itu diambil sebaik mungkin oleh Utusan Meloya dengan mengeluarkan tajuk sensasi yang sememangnya cukup kuat menarik kaum Melayu melatah. Tidak pernah sekalipun akhbar Utusan Meloya ini memberikan ruang yg hampir adil kepada Pakatan Rakyat mahupun agama lain dalam laporan akhbarnya.
Sungguhpun dimiliki secara total oleh parti pemerintah, sewajibnya pihak pengurusan akhbar tersebut tidak memainkan isu sensitif ini. Namun betul sangatkan ahli UMporno ini begitu sayangkan agama mereka ini???
Menurut laporan Malaysiakini di sini [link] menyatakan parti yang mempunyai keahlian lebih 3 juta orang dan mengaku begitu sayangkan agama Islam itu HANYA MAMPU MENARIK 100 ORANG SAHAJA KE MAJLIS FORUM AGAMA YANG DIANJURKAN DI PEJABAT PARTINYA SEMALAM.
Ya tuan-tuan, hanya 100 orang sahaja yang berminat dengan program keagamaan anjuran UMporno ini. Jadi benarkah mereka ini begitu sayangkan agama Islam yang suci ini?
Xkanla hanya 100 orang dari 3 juta ahli sahaja yg berminat hadir ke forum agama ini? Adakah ketua-ketua bahagian UMporno sekitar WP dan S’ngor tidak mampu menggerakkan ahli-ahlinya ke majlis tersebut?
AlhamduliLLah ALlah telah membuktikan segala-galanya. Yang mana benar yang mana sandiwara. Jelas teramat jelas. Umporno dulu, kini dan selama-lamanya penipu rakyat.
So pada yang masih takjub bahawa UMporno ini perwira agama, lupakan saja. Bandingkan sahaja kehadiran pengunjung ke program hiburan dengan program keagamaan yg dianjurkannya. Pasti anda dapat mengagak jawapannya.
Dimana ada UMporno, disitu ada klip video lucah…
i
i
Breaking News!!!
April 14, 2011
…
Aku punya sites dh kene attack…bukan dari penggodam maya, tapi dari sifat MALAS yang teramat. InsyaALlah dengan semangat yang kembali menggebu, aku akan kembali aktif menulis. Berikan aku masa, aku berikan kamu cerita. OK???
i
i
i