Win-win maa…

July 21, 2011

Kerajaan Kedah pimpinan parti PAS, Ustaz Azizan Razak bergoyang seketika tatkala larangan ke atas premis hiburan beroperasi dibulan Ramadhan akan datang. Bantahan yg dibuat dari kalangan non-muslima termasuk dari kalangan rakan komponen Pakatan Rakyat, iaitu DAP. AlhamduliLLah perkara tersebut berjaya diselesaikan dalam tempoh masa yang cepat sebelum sempat dimanipulasi oleh pihak musuh.

Mutakhir, PAS pula membantah penganjuran konsert MTV World Stage, yang akan berlansung di I-City Seksyen 7Shah Alam pada 24 Julai ini. Persoalannya adakah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid juga akan mendengar suara rakan komponennya bagi mengeluarkan arahan larangan terhadap penganjuran konsert itu nanti???

Kita lihat parti mana dalam Pakatan Rakyat ini yang berjiwa besar. Harapnya mereka yg terlibat tidak hanya mementingkan perasaan mereka tanpa melihat perasaan rakan parti komponen.

 

Malaysia atasi Israel…

July 20, 2011

Negara haram Israel diakui mempunyai pasukan keselamatan paling cekap dengan segala kelengkapan teknologi moden dibekalkan kepada mereka, sedangkan Malaysia hanyalah memiliki jet pejuang yg tiada berenjin dan 2 buah kapal selam yg ‘tidak mampu menyelam’. Ini andaian sekian ramai orang terhadap keupayaan negara kita dalam menyediakan kelengkapan untuk kegunaan pasukan keselamatan negara.

Tiba-tiba andaian ramai itu berubah 360º apabila aku membaca akhbar Sinar Harian pagi tadi. Dalam laporan akhbar tersebut, negara haram Israel dikatakan berjaya menahan seramai hampir seribu remaja Palestin semenjak 5 tahun lepas hanya kerana tindakan mereka membaling batu kepada pasukan keselamatan negara haram itu.

Ianya jauh lebih teruk dari keupayaan pasukan keselamatan Malaysia yang dalam tempoh kurang dari 5 jam sahaja berjaya menghimpunkan tahanan lebih dari seribu orang bukan sahaja terdiri dari kalangan remaja, malah kanak-kanak, perempuan, lelaki tua dan orang kurang upaya dalam Himpunan BERSIH 2.0 9 Julai lepas.

Ini secara tidak langsung menunjukkan prestasi pihak keselamatan negara kita sebenarnya tidaklah begitu teruk, malah jauh melepasi keupayaan negara haram Israel itu walaupun dengan kelengkapan serba kekurangan. Tiba-tiba aku dengan penuh insaf berasa bangga memiliki kerakyatan Malaysia.

ini gambar mamat bertopeng yg dikaitkan salah seorang peserta demo BERSIH 2.0 yg dikatakan membawa senjata tajam dan membaling batu kearah pasukan polis…

kemudiannya beliau secara jantan membuka topeng yang dipakainya semasa Himpunan Aman BERSIH 2.0 tempohari utk tatapan umum. jelas kejantanan beliau…

manakala ini pula anggota polis yang terlibat dalam misi menahan peserta Himpunan Aman BERSIH 2.0 tempohari. juga bertopeng dan mempunyai senjata ditangannya… namun sehingga kini dia masih berada dicelah ketiak emaknya. terlalu takot menonjolkan wajah sebenarnya atau dia sememangnya ANAK PONDAN. wakakakaka….

BELSIH 2.0 Old Stoly…

July 19, 2011

bukan tunduk pada BERSIH 2.0, tp hormat pada orang tua

Jika di Malaysia dia enggan tunduk kepada tuntutan rakyat yg berbaju kuning, namun di luar Malaysia berlainan pula situasinya. Inilah pejuang Melayu UMporno kononnya. Sapa lagik yang layak digelar ejen negara asing dalam negara ini??? Atau mengadap untuk memohon perkenan agar Malaysia kembali dijadikan salah satu tanah jajahan British??? Arghh korang je la pikir senirik…

i

“Kita merancang dan ALlah swt jua merancang, dan sesungguhnya ALlah swt jualah sebaik-baik perancang”

i

saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan kerana umur saya sudah 72 tahun dan saya tak tahu apakah mungkin mampu lagi saya terus berkhidmat pada masa akan datang – Tan Sri Datok Seri Harussani

i

Sekonyong-konyong diberitakan khidmat Mufti Perak yang dah tua bangka (diakui sendiri empunya badan) telah disambung 3 tahun lagi. Harapan rakyat Perak untuk mendapat mufti yang lebih berdaya saing dan sayangkan Islam lebih dari bangsanya tidak kesampaian.

Entah sampai bila situa bangka ini mahu berundur diri kita pun tidak ketahui. Adakah sehingga berbagai penghinaan sudah ditimpa ALlah ke atasnya seperti Che Det nanti baru dia nak berundur? Cukup-cukupla makan duit rakyat yang susah. Aku haramkan duit dari sumber aku digunakan untuk memberinya makan.

‎”Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, yaitu Al Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih.” (QS Al Baqarah : 174)

i

Keuntungan PetGas meningkat 53 peratus

PETRONAS Gas Bhd (PetGas) mencatat keuntungan sebelum cukai RM1.9 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu, meningkat 53 peratus berbanding RM1.244 bilion pada tahun sebelumnya.

Pencapaian itu didorong pemerolehan pendapatan sebanyak RM3.525 bilion, meningkat 9.4 peratus daripada RM3.222 bilion sebelumnya. Secara keseluruhannya, kumpulan itu mencatat peningkatan keuntungan bersih sebanyak 53 peratus kepada RM1.44 bilion daripada RM940.9 juta. Susulan prestasi itu, Lembaga Pengarahnya mencadangkan pembayaran dividen akhir 35 peratus sesaham bernilai RM692.56 juta – B.Harian Online

Memang haram jadah betui kerajaan Najib sekarang ni. Begitu kuat cengkaman puak pemodal terhadap ekonomi negara kita. Sampaikan nak tanggung sabsidi rakyat yang sedikit itu pun begitu berkira.

Kalau begini caranya kompom aku isytiharkan diri aku pengundi tegar Pakatan Rakyat. Nanti kalau Pakatan Rakyat juga berlaku zalim terhadap rakyat selepas memerintah nanti, aku lompat balik undi aku pada Rosmah.

Hangpa tiru jek style cam aku ni. Kita angkat ketuanan rakyat. Setuju!!!

i

Sekonyong-konyong 2-3 hari ini keadaan negara begitu panas. Bukan hanya berkaitan dengan cuaca, tetapi juga dengan pelaku politik dan pengamal media songsang yg hanya mementingkan kuasa lebih daripada tugas yg sepatut dimainkannya dalam berperanan menjaga keharmonian kaum.

Mereka bertempik merekalah jaguh perpaduan sehinggakan tidak pernah terjadi dalam sejarah negara selepas dari peristiwa 13 Mei dahulu, parti yang dikatakan mewakili kaum Melayu terbesar dalam dunia, UMporno mempelawa PAS untuk bergabung dengannya dalam kerajaan perpaduan.

Amatlah memalukan buat anak bangsa yang akan mengkaji sejarah besar tersebut selepas daripada ini untuk mengetahui kenapa pelawaan ini ditolak oleh pihak PAS.

Hari ini dengan nama semangat Melayu yang ingin melihat agama Islam yang sekian lama dianuti sekalipun tidak diamalkan oleh puak UMporno ini kekal menjadi agama rasmi, mereka mula melaungkan kekhuatiran tindak balas penganut agama lain yang berusaha menyaingi kedudukan agama Islam dalam perlembagaan negara.

Lantas peluang itu diambil sebaik mungkin oleh Utusan Meloya dengan mengeluarkan tajuk sensasi yang sememangnya cukup kuat menarik kaum Melayu melatah. Tidak pernah sekalipun akhbar Utusan Meloya ini memberikan ruang yg hampir adil kepada Pakatan Rakyat mahupun agama lain dalam laporan akhbarnya.

Sungguhpun dimiliki secara total oleh parti pemerintah, sewajibnya pihak pengurusan akhbar tersebut tidak memainkan isu sensitif ini. Namun betul sangatkan ahli UMporno ini begitu sayangkan agama mereka ini???

Menurut laporan Malaysiakini di sini [link] menyatakan parti yang mempunyai keahlian lebih 3 juta orang dan mengaku begitu sayangkan agama Islam itu HANYA MAMPU MENARIK 100 ORANG SAHAJA KE MAJLIS FORUM AGAMA YANG DIANJURKAN DI PEJABAT PARTINYA SEMALAM.

Ya tuan-tuan, hanya 100 orang sahaja yang berminat dengan program keagamaan anjuran UMporno ini. Jadi benarkah mereka ini begitu sayangkan agama Islam yang suci ini?

Xkanla hanya 100 orang dari 3 juta ahli sahaja yg berminat hadir ke forum agama ini? Adakah ketua-ketua bahagian UMporno sekitar WP dan S’ngor tidak mampu menggerakkan ahli-ahlinya ke majlis tersebut?

AlhamduliLLah ALlah telah membuktikan segala-galanya.  Yang mana benar yang mana sandiwara. Jelas teramat jelas. Umporno dulu, kini dan selama-lamanya penipu rakyat.

So pada yang masih takjub bahawa UMporno ini perwira agama, lupakan saja. Bandingkan sahaja kehadiran pengunjung ke program hiburan dengan program keagamaan yg dianjurkannya. Pasti anda dapat mengagak jawapannya.

Dimana ada UMporno, disitu ada klip video lucah…

i

i

klik gambar untuk berita

Gula naik lagi. Alasan dapat menyelamat duit negara dari menanggung beban sabsidi. Jika sebelum ini ketika minyak naik rata-rata berkata ianya hanya membabitkan golongan pertengahan dan atasan, nah kali ini ianya melibatkan kesemua peringkat golongan.

Sekiranya sikap kerajaan merasakan dengan memberikan sabsidi kepada rakyat memerlukan itu satu bebanan, aku berharap sangat agar pemimpin yang ada ini jangan menjadi bacul. Turun bersemuka dengan rakyat bagi menerangkan rasionalisasi kenaikan keperluan asas itu. Jangan hanya berani bersembunyi dicelah-celah ketiak perempuan simpanan mereka.

Siapa yang berboros-boros dalam pengamalan gaya hidup? Kerajaan pimpinan siapa yang seringkali terpaksa membaikpulih projek yang baru siap? Yang terpaksa menampung 66 orang perempuan yang diketuai seorang isteri pimpinan utama yang gemuk gedempol makan angin keluar negara baru-baru ini??? Itulah patutnya yang perlu diberi perhatian. Bukannya menambah beban rakyat dengan kenaikan harga gula ini.

Adakah rata-rata pimpinan kerajaan yang ada sekarang ini telah menghidap sakit mental, sakit yang dikatakan mengalami peningkatan yang begitu mendadak dalam negara ini melebihi pesakit diabities? Aku x tau la atas alasan apa lagi untuk rakyat terus memilih pemimpin seperti UMporno Be eNd ini.

Dan aku juga berharap ini bukanlah satu agenda untuk menguruskan blogger belaan UMporno Be eNd seperti Parpukari, Papa Gomo dan seangkatan dengannya setelah segala usaha menguruskan mereka tidak berjaya…

i

Rakyat memang HULU…

May 9, 2011

Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Sentul, Halim Mustafa berkata enam jentera dengan 46 anggota dari balai Hang Tuah, Sentul, Sri Hartamas, Jinjang memgambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran – Malaysiakini 

i

Satu demi satu konsep kepimpinan yang cuba diterapkan oleh Najib dalam kepimpinannya runtuh menemui kegagalan. Konsep 1 Malaysia nampaknya sudahpun memakan diri. Mutakhir hanya dengan laporan daripada blog pro UMporno telah dijadikan satu berita sensasi muka hadapan akhbar milikan UMporno, Utusan Meloya.

Bukan setakat dilapor, malah diangkat dan dijulang dengan melangit oleh para pemimpin UMporno, dari pembuat filem lucah hinggalah kepada Ketua Keselamatan UMporno, Semail Omaq. Mungkin disebabkan bodoh yang berganda menyebabkan Semail juga bernada UMporno sedangkan gajinya juga dikongsi bayar orang Pakatan Rakyat. Mungkin juga itulah ajaran karibnya agar terpilih menduduki lembaga pengarah syarikat judi Gentin selepas dari persaraan nanti barangkali.

Tidak cukup dengan itu, konsep ‘Rakyat DiDahulukan’ juga menerima nasib yang sama. Terbukti sepertimana kes yang berlaku dikediaman ‘Tengku’ Nan, Setiausaha Kerja UMporna yang musnah dalam kebakaran semalam. Walaupun hanya membabitkan satu tingkat teratas dari 4 tingkat keseluruhan, namun jumlah kekuatan anggota penyelamat yang dikerahkan amatlah tidak munasabah.

Adakah sekiranya flet rumah murah yang mengalami kebakaran akan mendapat perhatian ‘super’ seperti yang berlaku dirumah SUK UMporno ini??? Jawapannya ada pada anda…

i