Selamat maju jaya…

May 4, 2011

AlhamduliLLah Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telahpun selesai. Seperti yang dijangka, kelompok ‘agamawan’ terus kekal memacu perjuangan pemuda dengan mengekalkan kerusi Ketua Pemuda dan menang Naib Ketua, manakala hampir 90% kerusi AJK juga dimonopoli oleh kelompok tersebut. Kalaupun yang ada mewakili proffesional, ianya dimenangi tanpa ada pertandingan melalui Ku Is, yg juga merupakan Ydp paling muda dalam Perak ketika ini.

Zahirnya pada aku, fenomena inilah yang paling sedap diulas oleh blogger seperti aku. Dengan sedikit serbuk perencah dan penambah perisa, maka berita mengaitkan pertelagahan antara dua kelompok ini paling mudah mencuit minda pembaca. Nampak agak mudah membina persepsi.

Tinggalkan seketika persoalan remeh kegemaran media hancing negara ini. Pastinya ada benda yang lebih menarik untuk dibincangkan hasil dari keputusan penuh muktamar tempohari. Persoalan hala tuju perjuangan anak muda selepas daripada ini bagi menghadapi musuh nombor satu negara, UMporno.

Itulah yang selayaknya dibincang lebih dari kemenangan tipis Ketua Pemuda kepada lawannya itu. Masing-masing mempunyai hujah untuk memilih calon yang bertanding. Sudah tentu juga ianya dipandu oleh akal yang waras hasil pentarbiayahan yang begitu lama berjalan secara tersusun. Read the rest of this entry »

Tahniah PR…

April 19, 2011

AlhamduliLLah keputusan penuh Pilihanraya Negeri Sarawak telahpun diketahui. Analisa penuh masih sedang dikemukakan baik dari penyokong tegar PR, atas pagar dan sudah tentu pemuja parti dacing.

Apa yang pasti, penerimaan parti Islam yang dibawa oleh PAS amat-amat melegakan. Sekurangnya ternyata PAS yang seusia dengan UMngok itu boleh tembus di S’wak berbanding parti keris itu yang masih di’gam’.

Bacaan politik dari kacamata budak seperti aku melihat kalau sebelum2 ini hanya kategori macai dalam UMngok sahaja yang mudah di’kencing’ pemimpinnya, bahkan lebih teruk lagi kini pemimpin atasannya juga mulai senang di’kencing’. Usaha Najib menggantikan Taib Mammoth sebagai Ketua Menteri hanya dicelah kangkangkan pemimpin tua itu.

Tidak perlu menunggu lama, pemimpin tua itu terus mengangkat sumpah menjadi Ketua Menteri bagi penggal kelapannya walaupun ura-ura mengatakan timbalannya dari parti PBB yang berkulit dan berhidungkan seorang mamak akan menggantikannya. Seranah yang dihamburkan pemimpin mentor Najib, Che Det juga tidak berkesan. Ternyata UMngok bukan sahaja gagal tembus ke S’wak, malah gagal juga mengawal kepimpinan di S’wak.

Taib Mammoth tetap kekal berkuasa. Pada kita mungkin Najib dilihat berduka  mengenangkan janji situa kepadanya tempohari dimungkir. Namun lebih dari itu secara tidak langsung  ianya memberikan khabar ceria buat suami Rosmah Mansur. Manakan tidak, rahsia kejelitaan Puan Sri Ragad masih belum terungkai sepenuhnya.

Walaupun ada kemungkinan bersembang bagai itik dan ayam kerna berlainan bahasa, ia tidaklah seharusnya dijadikan titik penghalang buat Rosmah menjalinkan hubungan yang intim dengan wanita Lubnan bertubuh gebu itu. Sementelah lagi Rosmah dah suami Ragad itu mempunyai satu hobi pelik iaitu gemarkan bomoh. Sepadan bukan???

i

p/s – PAS Perak wajib buat ziarah susulan ke DUN Muara Tuang khususnya memantau cawangan penaja yang telah berjaya ditubuhkan 10 hari masa berkempen tempohari. Lebih mudah andai petugas yang terlibat dalam kempen PRN baru-baru ini ditawarkan kesana kerana sudah dikenali penduduk tempatan

i

Taib Mammoth…

April 15, 2011

Tika rakyat begitu teruja menyaksikan legenda kedua Sarawak selepas Bujang Senang ini tumbang menyembah bumi, terpacul pula dongeng si RPK di massa arus perdana. Tidak perlu kita tanya berapa banyak wang yang dia sudah gendung, dan apa janji yang sudah diakad dengan bini Rosmah itu. Apa yang perlu kita fahamkan dengan jelas, jangan disebabkan kenyataan santai RPK itu menjejaskan rentak kempen kita di Sarawak.

RPK bukan satu atau dua, malah ribuan politikus yang ada dibumi Malaysia ini. Mana yang rapat dengan Anwar Ibrahim sewaktu era Reformasi 1998 dahulu, hampir kebanyakannya telah kembali menjilat keris sang saka bangsa.

Mungkin satu dua orang masih kekal selagi hati masih belum terluka. Bukan mustahil mereka juga akan melompat satu ketika nanti. Tidak percaya??? Nantikan sahaja keputusan penuh PRU 13 nanti. Samada prestasi Pakatan Rakyat merudum sebagaimana badaian Tsunami Jepun tempohari ataupun tidak dilantik kerusi penting jikapun menang besar nanti.

Yang penting, fokuskan Sarawak. Yang lain kira kendian…

i

Breaking News!!!

April 14, 2011

Aku punya sites dh kene attack…bukan dari penggodam maya, tapi dari sifat MALAS yang teramat. InsyaALlah dengan semangat yang kembali menggebu, aku akan kembali aktif menulis. Berikan aku masa, aku berikan kamu cerita. OK???

i

i

i

Pahang x jadik muflis

February 22, 2011

Katanya, pemberian tersebut tiada kena-mengena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini – Kosmo

Dey macha, apa pasai ribut tara ujan tara keluar itu statement bodo??? Orang tara tanya sama lu la pundek. Kalau itu macam cakap musti tara boleh pakai punya. Depan ada cakap lain, blakang ada cakap lain…creeeeeetttt (sambil meludah bekas kunyahan sireh)

i

KP PAS tengah buat apa???

February 18, 2011

Ada yang bertanya kenapa disaat Ketua Pemuda UMngok, Khairy Jamaludin yang sedang hebat dibelasah oleh orang kepercayaannya sendiri agar melepaskan jawatan yang disandangnya ketika ini, Ketua Pemuda PAS tidak mahu mengambil kesempatan memperkukuhkan personalitinya dipersada negara? Hanya membuat program syok sendiri? Himpun sini himpun sana. Aku tiada jawapan. Pada aku bukan hanya Ketua Pemuda PAS itu sahaja yang gagal, malah Ketua AMK dan Ketua DAPSY jugak gagal mengambil kesempatan atas kekalutan itu.

Dan yang paling lebih memilukan, bukan hanya Ketua Pemuda Pakatan Rakyat itu gagal memperkukuhkan peranan mereka dalam menarik seramai mungkin golongan muda menyertai mereka, malah selesa membiarkan Ketua Pemuda UMngok itu bersuka ria mengambil cuti bertugas selama 5 minggu untuk mendapatkan sayap terjunan hanya kerana tiada sedikitpun kegusaran yang cuba ditimbulkan oleh pesaing politiknya itu.

Ataupun KP Pas hanya tertarik melihat ribuan anak muda dihimpunkan didepan matanya dan hanya akan mula bertindak bilamana jumlah anak muda yang datang ke himpunan² anjurannya semakin susut nilai kelak???

Pak Lah bangga KJ berjaya tamat latihan terjun

… Upacara penutupan kursus itu bermula dengan penerjunan 10 pelatih, diketuai Khairy, dari paras 1,000 kaki dari pesawat pengangkut CN-235. Ini diikuti kumpulan kedua juga 10 pelatih dan kumpulan ketiga seramai 40 orang.

Kursus ahli paracut statik tahap satu siri APS/1/2011 selama lima minggu dan kursus ketua penerjunan tahap dua siri KP/1/2011 selama enam minggu dikendalikan Cawangan Payung Terjun Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK). [Malaysiakini]

i

PRK DUN Merlimau…

February 3, 2011

DUN Merlimau menanti buat PRK kali ke 15. DUN Tenang telahpun melabuhkan tirainya dengan penuh ketakjuban kuasa ALlah swt. Pengaturan Yang Maha Kuasa membuatkan YB yang baru terlantik sudahpun memulakan tugas. Mungkin fizikal dan mental YB tersebut akan teruji. Samada mampu bersama arus ataupun tewas dipermulaan perjuangan. Apa yang pasti kemenangan yang dikecapinya tidaklah menjanjikan kerusi DUN Tenang itu kekal buatnya pada PRU-13 nanti. Sudah kedengaran calon baru akan diisi disitu nanti. Kita nantikan nasibnya.

Buat Cikgu Mala, tahniah diucapkan atas kerja kuat yang beliau dan para petugas Pakatan Rakyat persembahkan dalam mencari kemenangan ketiga PAS dibumi Darul Umno itu. InsyaAllah jika diselusuri sejarah lampau, maka aku yakin Cikgu Mala bakal menjadi YB DUN Tenang padap PRU akan datang. Buktinya sepertimana yang telah berlaku kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dahulu. Tewas PRK DUN Ijok tetapi menang pada PRU selepas itu. Apa yang perlu, komitmen dan konsisten beliau.

DUN Merlimau telahpun diisytiharkan hari penamaan calonnya pada 26 Feb manakala hari pembuangan undi pula jatuh pada 3 Feb hari Ahad. Tidaklah pelik Read the rest of this entry »

N.05-Tenang : Gambo Calon

January 25, 2011

Lihat sang suami menyantuni isteri sambil tepat memandang wajahnya

Lihat pula sang suami yang x hingin nak nengok muka bininya. mungkin plan nk cari lain pas menang nnt??? 😀

i

Dual Face…

January 25, 2011

Salam 2 all (slanga Zul Lebai Kulim)…

Lama jari x mengetuk papan kekunci. Terasa idea begitu sebu. Sebu dengan sikap munafik politik tanahair kita. Berwajah-wajah isu yang memihak. Bayangkan seorang penzina tegar seperti Chua Soi Lek boleh membuat ulasan terhadap pengamalan seorang muslim untuk tidak bersentuh dengan seorang yang bukan mahramnya? Layakkah penzina tegar yang hidupnya penuh kekotoran itu berani mencetuskan isu tersebut tanpa disanggah oleh 40 ulamak muda penjilat kerajaan itu???

Bahkan sikap kurang ajarnya ini tidak dipandang langsung oleh puak PUKida??? Senyap seribu bahasa, bagaikan bapok tua dilorong Jalan Dato’ Onn Jaafar??? Kenapa begitu bacul bertindak terhadap situa bangsat ini??? Adakah kerana situa bangsa ini berimamkan Najib, maka dia tidak layak ditunjal2 mukanya sepertimana yang kamu buat terhadap pimpinan DAP mahupun penyokong Pakatan Rakyat lainnya???

Mana Ibrahim Ali??? Mana Majlis Ayahanda yang melalak terpekik terlolong bagai orang gila bilamana seorang peguam MCA mempertikaikan laungan azan baru-baru ini? Mana Ust Kazim kesayangan Zamberi Mugabe???? Kenapa menikus sedangkan penzina tegar itu telah dijadikan pengerusi MCA Perak??? Sanggupkah Ust Kazim bersekongkol dengan penzina tegar ini sedangkan pada masa yang sama Tok Peti sudah berlepas diri dengan mengeluarkan kenyataan selamat???

Dan kenapa situa bangsat penzina tegar bernama Chua Soi Lek ini juga mendapat pembelaan dari ketuanya, Najib dengan tidak berani mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan percakapannya dalam kempen PRK DUN Tenang tempohari? Adakah Najib ini juga telah dijanjikan seorang amoi muda yang lebih cantik untuk digauli sepertimana amoi yang dicumbui oleh situa bangsat Soi Lek itu dahulu? Read the rest of this entry »

Cek mek…

January 12, 2011

Mulanya Anwar umum Program 100 hari andai Pakatan Rakyat memerintah Malaysia…

Najib bengken dan perlekeh janji yang dianggap populis dan karut.

DSAI hantar bola lambung cabar Najib agar tidak  sekadar jantan ditempat beradu malah turut jantan dimedan debat.

Najib ngelat kata buang masa.

Nazri tetiba bagai orang gila talak offer diri ganti Najib dengan menukar tajuk debat menjadi debat APco. Nak jek bos la konon sambil2 berharap nama naik jadik calon next PRU.

Najib masih berdiam diri. Kelu lidah kerana isu debat berkaitan ekonomi sedangkan dia hanya pandai ilmu pendidikan seks. Shit…

Angin xda ribut xda Khairy pulak nyampok. Lagik sekoq nk jek bos. Mungkin lama bebeno tunggu tawaran jadik Menteri sedangkan lawannya yang tewas pada pemilihan UMngok tempohari terlebih dahulu memanjat jawatan tersebut. Hang x dapat pasai hang kulit gelap. Keh keh keh

Najib mengeligih seluruh anggota badan. Kalau aku sambut cabaran debat Anwar, kompom orang tau aku bangang bab ekonomi.

Tetttttt cek mek (check mate), aku dijerkah…

SubhanALlah, bermimpi rupanya…

i