Bukan DAP je…

October 3, 2011

“Mereka turut menolak pelaksanaan hukum hudud kerana bercanggah dengan rukun asas Perlembagaan Persekutuan, kebebasan beragama dan hak asasi individu” – Malaysiakini

Makna kata bukan DAP je la yang x nak hudud ni kat Malaysia, tp sekutu rapat UMporno pun sama. Nak kata pelik, memang x pelik langsung la kalau paper mainstream dinegara ni x melalak mainkan isu MCA ni pasai depa nih sepupu sepapat ngan UMporno.

Kalau MCA dah berani keluarkan deklarasi gini, kompomla UMporno xkan buat hudud ni kecuali kalau MCA dah lari dari menjadi gabungan Be eNd nanti la kot. Masa tu pun kita akan tengok UMporno ni macam pengemis time solat jumaat tu. Dok terhegeh2 nak rapat ngan jemaah masjid.

Bukanla niat nak hina batang tubuh pengemis tu, tapi keje laku depa tu je yg aku nk sentuh. Time sihat xnak keje, time dh melarat kaki dh berlubang, kudis dh bersepah duk terhegeh2 nk carik orang bantu. Tu la kot laku UMporno time terterap PRU-13 nanti. Korang tunggu je la

 

Aku sokong PKR!!!

September 14, 2011

Formulasi pembahagian kerusi untuk ditandingi sahabat Pakatan Rakyat agak panas. Situ mintak lebih, sini mintak tambah. Releks Bro, apa bikin kecoh. Ini bukan pembahagian kawasan perlindungan gengster macam citer anak Usop Selam tu beb. Jangan gaduh2 maaa.

Bagi pihak PAS, sebagai abang besar dan selalu bertanding banyak dan kalah juga banyak, aku cadang kali ini sebagai abang besar yang baik kerusi kasi potong abis. Bertanding kerusi yang menang PRU lepas sahaja. InsyaALlah dengan asas tarbiyah yg kukuh dikalangan ahlinya mereka pasti tidak bermasalah untuk menerima keputusan seperti ini. Lagipun inilah masanya untuk melihat samada proses pentarbiyahan yang dijalankan oleh para ustaz PAS itu berjaya mendidik ahlinya ataupun gagal.

Pada DAP, aku harap kekalkan kerusi sedia ada. Kalau kurang pun x berapa cantik pasai perfomance dia PRU sebelum ini paling meningkat berbanding rakan-rakannya dalam PR. Cuma agak sedikit tercalar dengan lompatan kijang ADUN Jelapangnya beberapa tahun lepas yang menyaksikan peralihan kuasa PR kepada BN, yang lainnya masih kekal maintain. Lompatan itulah yang boleh dijadikan hujah untuk pihak Majlis Presiden Pakatan Rakyat tidak memberikan layanan ke atas sebarang permintaan DAP untuk menambah kerusi pada PRU akan datang.

Dan yang akhir, PKR. Yang ni aku sangat-sangat sokong agar kerusi potong abis PAS tadi diberikan kepadanya. Bukan sekadar kerusi yang samar-samar peluang nak menang tu je, tapi kalau boleh kerusi yang 75% menang pun kene kasi. Pasai pa kene kasi. Pasai aku tengok PRU akan datang ni la akan berlakunya satu lonjakan besar peralihan kuasa undi rakyat kepada PR.

Jadi dengan kemenangan yang diperolehi nanti, andai PKR tidak bersama-sama mengecapi kemenangan itu dengan menjadi ‘main player’ kepada teraju pemerintahan, aku dapati ianya akan menjadi satu masalah berulang, sepertimana yang berlaku di Perak dan Penang sedikit masa dahulu selepas sahaja mengecap kemenangan sementara. Justeru kuasa pemerintahan negeri atau pusat haruslah diberikan kepada mereka tanpa sebarang keraguan. Dengan itu hayat pemerintahan Pakatan Rakyat nanti dijamin akan mencukupi tempoh matangnya. Jika tidak aku jamin akan wujud berpuluh-puluh Osman Jailu, Jamaludin POS, Zahrain ataupun Zul Musang Janggut, insyaALlah.

Kenapa kita perlukan kuasa memerintah sesebuah kerajaan, x kirala kerajaan negeri mahupun pusat? Aku bawakan perbezaan di bawah antara negeri yang kita tiada kuasa memerintah di Perak dan negeri yang berjaya kita kuasa perintah di Selangor yang mengadakan program Munajat Perdana serentak seluruh negara pagi ini.

suasana di Markaz Tarbiyah PAS Perak, Ayer Kuning, Taiping kelihatan ruang kosong agak banyak


manakala ini pula gambar yang diambil ketika program yang sama di Masjid Negeri Selangor…


Justeru aku harap hangpa paham kenapa kita begitu perlukan kuasa memerintah


p/s – aku antara yang tidak hadir ke program di Perak tu. tu pasal x ramai…

Ramadhan…

August 19, 2011

Berabuk wall blog aku. Patutnya sudah dicuci sebelum kedatangan bulan Ramadhan yg mulia lagi penuh berkat ini. Namun apakan daya, masa begitu berharga. Nostalgia Ramadhan kembali menjemput ingatan aku. Sewaktu dialam budak, membesar remaja dan mengungguli gaya ala-ala KL Gangster merebut kawasan membasuh pinggan mangkuk disurau. Akhirnya tua dengan pengalaman itu sambil hanya mampu melihat kelibat anak muda seusia aku sewaktu masa dahulu semakin meminggir. Tiada hiruk pikuk lagaan gelas dan periuk belanga, tiada juga kedengaran bunyi merangkak bacaan kalam ALlah tika beramai2 tadarus. Semua itu semakin sunyi dan sepi, sepertimana keadaannya surau tua itu.

Win-win maa…

July 21, 2011

Kerajaan Kedah pimpinan parti PAS, Ustaz Azizan Razak bergoyang seketika tatkala larangan ke atas premis hiburan beroperasi dibulan Ramadhan akan datang. Bantahan yg dibuat dari kalangan non-muslima termasuk dari kalangan rakan komponen Pakatan Rakyat, iaitu DAP. AlhamduliLLah perkara tersebut berjaya diselesaikan dalam tempoh masa yang cepat sebelum sempat dimanipulasi oleh pihak musuh.

Mutakhir, PAS pula membantah penganjuran konsert MTV World Stage, yang akan berlansung di I-City Seksyen 7Shah Alam pada 24 Julai ini. Persoalannya adakah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid juga akan mendengar suara rakan komponennya bagi mengeluarkan arahan larangan terhadap penganjuran konsert itu nanti???

Kita lihat parti mana dalam Pakatan Rakyat ini yang berjiwa besar. Harapnya mereka yg terlibat tidak hanya mementingkan perasaan mereka tanpa melihat perasaan rakan parti komponen.

 

Malaysia atasi Israel…

July 20, 2011

Negara haram Israel diakui mempunyai pasukan keselamatan paling cekap dengan segala kelengkapan teknologi moden dibekalkan kepada mereka, sedangkan Malaysia hanyalah memiliki jet pejuang yg tiada berenjin dan 2 buah kapal selam yg ‘tidak mampu menyelam’. Ini andaian sekian ramai orang terhadap keupayaan negara kita dalam menyediakan kelengkapan untuk kegunaan pasukan keselamatan negara.

Tiba-tiba andaian ramai itu berubah 360º apabila aku membaca akhbar Sinar Harian pagi tadi. Dalam laporan akhbar tersebut, negara haram Israel dikatakan berjaya menahan seramai hampir seribu remaja Palestin semenjak 5 tahun lepas hanya kerana tindakan mereka membaling batu kepada pasukan keselamatan negara haram itu.

Ianya jauh lebih teruk dari keupayaan pasukan keselamatan Malaysia yang dalam tempoh kurang dari 5 jam sahaja berjaya menghimpunkan tahanan lebih dari seribu orang bukan sahaja terdiri dari kalangan remaja, malah kanak-kanak, perempuan, lelaki tua dan orang kurang upaya dalam Himpunan BERSIH 2.0 9 Julai lepas.

Ini secara tidak langsung menunjukkan prestasi pihak keselamatan negara kita sebenarnya tidaklah begitu teruk, malah jauh melepasi keupayaan negara haram Israel itu walaupun dengan kelengkapan serba kekurangan. Tiba-tiba aku dengan penuh insaf berasa bangga memiliki kerakyatan Malaysia.

ini gambar mamat bertopeng yg dikaitkan salah seorang peserta demo BERSIH 2.0 yg dikatakan membawa senjata tajam dan membaling batu kearah pasukan polis…

kemudiannya beliau secara jantan membuka topeng yang dipakainya semasa Himpunan Aman BERSIH 2.0 tempohari utk tatapan umum. jelas kejantanan beliau…

manakala ini pula anggota polis yang terlibat dalam misi menahan peserta Himpunan Aman BERSIH 2.0 tempohari. juga bertopeng dan mempunyai senjata ditangannya… namun sehingga kini dia masih berada dicelah ketiak emaknya. terlalu takot menonjolkan wajah sebenarnya atau dia sememangnya ANAK PONDAN. wakakakaka….

BELSIH 2.0 Old Stoly…

July 19, 2011

bukan tunduk pada BERSIH 2.0, tp hormat pada orang tua

Jika di Malaysia dia enggan tunduk kepada tuntutan rakyat yg berbaju kuning, namun di luar Malaysia berlainan pula situasinya. Inilah pejuang Melayu UMporno kononnya. Sapa lagik yang layak digelar ejen negara asing dalam negara ini??? Atau mengadap untuk memohon perkenan agar Malaysia kembali dijadikan salah satu tanah jajahan British??? Arghh korang je la pikir senirik…

i

“Kita merancang dan ALlah swt jua merancang, dan sesungguhnya ALlah swt jualah sebaik-baik perancang”

i