Sah, World Cup 2014 milik Malaysia…
July 14, 2010
Bila SPR pun join World Cup…
June 29, 2010
HOLLAND – 2 ; SLOVAKIA 0
Hajat hati nak menulis. Tp otak jem. Mood kureng. Englandish dinafikan hak untuk sekurang-kurangnya mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti. Itu pengadil punya citer. Buta atau sepakat utk menghukum ego pasukan 3 singa itu? Anda bongkarla sendiri. Cuma kalau boleh aku harap xdak sapala yang cuba nak samakan pengadil semalam dengan pengerusi SPR.
Bila sebut pasai pengadil, teringat aku kat Subkhidin, pengadil Malaysia yang terpanggil utk mengadili perlawanan Piala Dunia tahun ini. Malang sungguh, cita2 utk melihatnya berlari (atau berjalan) ditengah padang tidak kesampaian. Wajahnya cukup sinonim dengan board pertukaran pemain dan tambahan masa. Aduhhh, kenduri dah buat, Najib pun dah bg restu.Tiba-tiba hanya layak pegang board camtu jek? Jangan pelajar sekolahnya tempat dia bertugas nanti sambut kepulangannya dengan acara gelak gulin2 dah la. Mau mintak transfer ke Africa. Haha
Kenapakah beliau diperlakukan dengan sebegitu hina oleh FIFA?
Adakah kerana FIFA sendiri tidak meyakini stamina yang ada padanya setelah mengikuti perlawanan yang pernah diadilinya dalam Liga Super di negara kita ini? Perlu kita fahami, sebelum ini memang telahpun bangkit isu pemain negara yang hanya mempunyai ketahanan stamina selama 60 minit sahaja di atas padang ketika bermain. Mungkin ianya antara faktor yang menjangkiti pengadil perlawanan.
Adakah keberangkalian beliau akan dipanggil mengadili perlawanan diperingkat yg lebih tinggi (pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir @ final) nanti sedangkan tiada satu perlawanan pn yang dapat dijadikan tanda aras terhadap kebolehannya mengadil?
Adakah ini membuktikan bahawa FAM sendiri gagal meyakinkan FIFA akan kemajuan pengadil yang berada di bawah naungannya?
Adakah ini juga bermakna kegagalan Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang (termasuk Khairy Jamaludin dan yang sewaktu dengannya) mentadbir FAM sepertimana kegagalan beliau meramaikan melayu UMngokco kalaupun bukan melayu PAS dan PKR ditanah tinggi Cameron Highland sekarang ini?
Jawapannya ada pada kelompok ‘besar’ ulamak muda yang telah menyertai UMngokco baru-baru ini. Kalau bukan kerna kejayaan UMngokco, parti utama yang memerintah Malaysia sekarang ini, atas sebab apa lagi mereka begitu beriya-iya menyertai parti najis itu?
Yang hebatnya pada aku negara kita ni ialah bilamana ‘penjahat’ awam (pensyarah universiti) mengisytiharkan dengan penuh gembira tanpa rasa takut sebagai ahli UMngokco, tidak sepertimana sahabat-sahabat mereka yang diburu dan diugut hanya kerana menjadi ahli PAS ataupun PKR. Fikir-fikirkan la 😀
Edisi World Cup – Kenali pemain pujaan anda…
June 17, 2010
…
Cristiano Ronaldo – Portugal
Lionel Messi – Argentina
Keshvinder Singh – Malim Nawar
Edisi Piala Thomas
May 13, 2010
..
Suma dah tau, Mesia layak ke semi-final bertemu gergasi badminton dunia masa kini, negara Tembok Besar China.
Semalam Mesia menang dengan Denmark 3-2. Lee Chong Wei dan beregu utama negara menang. Perseorangan kedua Choon Hann dan beregu kedua tewas. Nasib Hafiz yang dikatakan lemah tenaga batin tu berjaya menyelamatkan impian Datin SeROS untuk melihat skuad badminton memenangi Piala Thomas dizamannya memerintah.
Persoalannya mengapa Wong Choon Hann leh kalah game dengan pemain Denmark semalam???
Adakah adegan ritual seperti yang terdapat pada gambar di bawah ini antara salah satu dari penyebabnya?
Kalau itulah penyebabnya maka Datin SeROS perlu melakukan adegan ritual tersebut kepada setiap pemain, bukan hanya kepada yang ber‘title’ Datuk seperti Chong Wei tu je. Diskriminasi namanya. Yang lain nak gak merasa dibelai manja cam Chong Wei tu. Ihik ihik 😛
i
cuba teka apakah yang bermain difikiran Chong Wei sewaktu berada dalam dakapan Datin Ros???
Oitttttt…jgn notty² ekk 😀
i
Mendung berarak pergi…
January 6, 2010
…
Hampir seminggu aku peramkan kenangan duka yang terpaksa ditempuh semasa Kejohanan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Perak, yang berlangsung di Xtreme Park, Bandar Sunway pada 27 Dis 2009 lepas. Sepatutnya pasukan Cha Cha yang mewakili DPPK Ipoh Timor dinobatkan sebagai johan pertandingan, sesuai dengan status elit yang mereka miliki. Namun impian itu hancur jua di peringkat akhir. Tewas kepada pasukan Lumut FC dengan penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol pada masa penuh permainan.
Tewas dengan jaringan 1-3, itulah antara peristiwa paling memeritkan dalam hidup aku. Sementelah pula aku baru berjinak² dengan jawatan sebagai pengurus pasukan disebabkan ketiadaan Mat Khaiyyom, yang pengsan tidak sedarkan diri pada hari kejohanan tersebut. Usaha aku untuk menggantikan pengurus pasukan bolasepak Perak sekarang nampaknya semakin menipis.
Namun bagai memahami lara hati yang melanda selepas kejohanan itu, ditakdirkan pula pasukan gergasi dunia, Manchester United juga tewas kepada pasukan divisyen 3 Liga Perdana Inggeris dalam kejohanan Piala FA dengan jaringan 0-1 baru-baru ini.
Jadi dengan keputusan itu dengan segera memberikan satu reaksi positif dalam hidup aku bahawa TIDAK SEMESTINYA PASUKAN PILIHAN YANG GAGAH LAGI CEMERLANG ITU AKAN MENANG SENTIASA. ADA KALANYA MEREKA JUA AKAN TEWAS. SAMADA PASUKAN ITU MAMPU UNTUK BANGKIT SEMULA MENGECAP KEJAYAAN LAIN PADA MASA AKAN DATANGLAH YANG MEMBEZAKAN ANTARA PASUKAN YANG HEBAT DAN YANG LEMAH.
Akhir kata, syabas buat pemenang kejohanan, team Lumut FC. Diharapkan kejohanan ini akan terus diadakan pada tahun² akan datang, walaupun sambutan peminat tidaklah mencecah 10 ribu orang seperti konsert HIJRAH aritu. Buat santapan mata, terimalah gambar² yang diharapkan dapat memuaskan hati semua.
i
sesi motivasi sebelum sepak mula oleh PJ Perak
sesi kuliah ringkas untuk santapan penonton rancangan Halaqah terbitan Ntv7
Ada Brani???
December 25, 2009
Jom futsal…
December 24, 2009
…
Biadap, itulah perkataan yang sesuai ditujukan kepada DPPK Parit yang cuba merendah²kan keupayaan pasukan lain dalam Kejohanan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Perak yang pertama di Xtreme Park, berhampiran Sunway The Lost World, Tambun pada Ahad, 27 hb Dis nanti. Kejohanan yang julung kali diadakan itu bakal menghimpunkan kesemua johan bagi tiap kawasan yang telah menganjurkan kejohanan serupa diperingkat kawasan sebelum ini. Walaupun dipenuhi dengan pimpinan dari kalangan ustaz, DPPK Parit dilihat seolah² gagal menjelmakan pasukan yang penuh tawadhuk malah dengan angkuh memperagakan aksi lucah pemainnya pada laman blog pemuda kawasannya [link].
Untuk tidak mengambil mudah dengan kejohanan julung kali ini, pihak kawasan aku juga terpaksa melancarkan perang saraf kepada pasukan² yang bakal mengambil peluang beraksi dalam kejohonan itu nanti. Hasilnya pada Isnin yang lepas (21/12/2009) yang lepas, pihak DPPK Ipoh Timor telah mengadakan sesi pertemuan bersama pasukan yang akan mewakili DPPK Ipoh Timor dalam temasya tersebut. Pertemuan yang di adakan berhampiran hotel penginapan pemain itu bertujuan membangkitkan semangat dan keghairahan pemain bagi membolot kesemua piala yang dipertandingkan nanti.
Cha Cha, pasukan yang akan mewakili DPPK Ipoh Timor nanti bakal mempersembahkan gaya latin Amerika Selatan yang biasanya digunakan oleh pasukan bolasepak gergasi dunia seperti Juara Dunia Brazil dan pasukan Pemain Terbaik Dunia FIFA 2009, Argentina. Sesuai dengan nama yang telah diberikan pada kumpulan tersebut, pasukan Cha Cha berjanji tidak akan menghampakan penonton yang datang dari jauh dengan niat menyaksikan sajian skill² bolasepak terbaik dunia masakini. Formasi permainan masih dirahsiakan buat masa ini oleh pengurus pasukan, Mat Khaiyyom. Namun beliau berjanji akan hanya mengumumkannya pada satu sidang media bersama para penganjur utama sedikit masa lagi.
Turut dijangka hadir pada kejohanan itu nanti ialah Sir Alex Ferguson, pengurus pasukan Manchester United dan Pep Guardiola, pengurus pasukan Juara UEFA Champions League 2008/2009 Barcelona yang dilihat mengambil peluang mengintai pemain² yang boleh dibeli apabila pintu perpindahan musim panas dibuka Januari nanti. Jadi buat anda yang masih samar² untuk hadir menyaksikan kejohanan paling berprestij di bumi Seladang ini, ayuh beramai-ramai ke Xtreme Park Tambun, berhampiran The Lost World Tambun Ahad ini bagi menyaksikan aksi² sensasi pemain² seluruh kawasan negeri Perak ini. Hanya yang terbaik dibawakan khusus untuk anda oleh Dewan Pemuda PAS Perak.
i
banner kejohanan
ko agak kita leh bantai parit baper mr. manager?
cheh, bau ketiak mamat nih cam longkang…hilang selera makan aku. ptuiiih
nin diaaaaaa… sponsor baju kita dari TM… potong potong
setakat balun 2 pinggan aku xde masalah. pasnih nak balun parit lak
team manager, Mat Khaiyyom ngah check material kain jersi yang mencecah rm10k nilai tajaan
Lihatkannn, mancung kannn…pandangan sisi idung kapten team “Speker Halal”
bukan dada Karpal Singh jek ada bulan yop
tok imam masjid (berkopiah) dipanggil bagi memulakan upacara tepung tawar
peminat² setia tidak melepaskan peluang bergambar dengan pasukan pilihan
i
Bola lagik!!!
December 9, 2009
…
Awas!!! Owen ibarat UMno. Walaupun dianggap KUDA TUA, namun bila sekali dia menyerang boleh bagi impak yg besar kepada musuh
…
Kemelut yang melanda Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) akhirnya selesai jua, walaupun sementara mungkin. Namun inilah yang mampu memuaskan hati para penyokongnya, walaupun tidak buat Exco Sukan, Zainol Padzi mahupun MB Haram Zambry. Suasana panas di awal permulaan mesyuarat ahli majlis PAFA nampaknya tidak berterusan sehingga kehujung. Mungkin Jamilo, ahli majlis yang telah dilantik dan dipecat selepas itu hanya menjalankan peranannya sebagai pengacau. Tidaklah payah untuk mengetahui siapakah dalang disebalik kekecohan yang dicetuskan oleh Jamilo itu. Sapa yang duduk di Pengkalan Pegoh mungkin sudah masak dengan parangai insan ini barangkali.
AlhamduliLLah nampaknya ahli majlis berjaya diyakinkan oleh Presiden PAFA, Dato Seri Hj Nizar bagi terus menerajui badan induk sukan bolasepak negeri Perak ini. Bermakna pasukan Perak bolehlah membuat persiapan rapi bagi menghadapi persaingan Liga Super tahun hadapan. Majlis menandatangan kontrak pemain musim hadapan juga telah selamat disempurnakan pada 4 Dis yang lepas. Ditambah dengan sumber kewangan dan tajaan dari penaja yang mencurah², Perak bakal mengembalikan sentuhan kegemilangannya sebagaimana diera 90an dahulu.
Jadi secara keseluruhannya pasukan bolasepak Perak masih lagi mengekalkan pengurusnya yang lepas, Ustaz Norazli manakala jurulatihnya telah diambilalih oleh Raja Azlan Shah. Perak juga akan kembali diperkuatkan dengan kembalinya pemain berpengalaman, K. Nanthakumar.
Tahniah buat Presiden PAFA. Mudah²an beliau berjaya mengembalikan kegemilangan bolasepak Perak. Buat pengurus pasukan Ustaz Norazli, mungkin beliau boleh mendalami ilmu pengurusan agar lebih mantap. Mungkin sekiranya Pakatan Rakyat mampu memerintah Malaysia nanti, beliau boleh dipilih menjawat jawatan diperingkat nasional pula, InsyaALlah.
Akhir kata, ‘ Kejor Yeop Kejor’ dari Budak Ipoh Timor.
i
*sumber Seladang.net
i
Off Topic sat…
June 12, 2009
…
i
Semakin hari semakin aku jemu membaca kisahmu didada² akhbar. Ada yang memuji tetapi terlalu ramai yang mengeji. Aku kebingungan, kenapa dirimu menjadi mangsa, sedangkan bakatmu adalah anugerah Ilahi. Bakat tanpa berusaha menjadikannya lebih baik adalah membazir. Aku lihat dirimu begitu bersungguh² ketika berlatih. Ketika dirimu ingin menjadi yang terbaik dari yang terbaik, aku lihat perasaan ini tidak wujud dalam diri² pemain negara kelahiranku. Adakah sebab kaedah pemakanan? Aku baru membaca beberapa athlete negaraku bermabuk sakan dikelab² malam ketika pertandingan masih diadakan. Pelik sungguh. Pasukanmu bermabuk sakan apabila sudah mengenggam kemenangan, tetapi pasukan negaraku bermabuk ketika kemenangan jauh dari jangkauan. Adakah pula kerana perbezaan bayaran gaji? Aduhhh… kalau nak tahan bola pun x reti, mana mungkin pasukan akan membayarmu dengan nilaian gaji berjumlah ratusan ribu seminggu?. Jadi atas sebab apa? Sebabnya sukan hanya dijadikan satu hobi dimasa senggang, bukannya proffesionalisma seperti kamu itu.
Maka dengan berat hati, aku merelakanmu pergi seandainya itulah yang terbaik buatmu. Pergilah adindaku Christiano Ronaldo. Aku akan terus mengenang kehebatanmu walaupun hati ini terlalu berat untuk melepaskanmu.
Huhu, bersabarlah hati. Aku pasrah. Walau apapun yang melanda, Man U tetap dihati ini. Glory Glory Man U… Good bye my fren
i
Perbezaan 2 Merah…
May 6, 2009
…
Seperti yang telah dimaklumi semua pihak, kekuatan Man U ketika ini sukar disekat hatta kepala bertopi merah yang mulai ramai kelihatan dipersekitaran Bandar Ipoh Raya sekarang ini. Walaupun kedua-dua pihak dilihat memiliki kekuatan fizikal yang setara cuma perbezaannya pasukan Man U menggunakan kekuatan fizikal bersama akal sedangkan kepala bertopi merah itu menggunakan kekuatan fizikal tanpa akal. Nah sudah tentu nampak perbezaannya sekarang ini bukan?
Man U memenangi perlawanan separuh akhir pertandingan Kejuaraan Juara-Juara Eropah (Champions League) awal pagi tadi apabila membelasah pasukan Arsenal di Stadium Emirates, Arsenal dengan jaringan 3-1. Ini menjadikan pasukan itu layak ke akhir dengan aggregat 4-1 setelah memenangi perlawanan pertama di Old Trafford dengan jaringan 1-0.
Persoalannya, esok juga akan ada satu perlawanan tetapi membabitkan kepala bertopi merah pula. Bukan distadium tapi digelanggang terbuka Bangunan SUK Perak. Adakah mereka juga akan memenangi perlawanan itu esok? Sama-sama kita saksikan. Kalau lihat dari segi persiapannya, ada harapan mereka membelasah rakyat. Harapnya mereka juga memenangi perlawanan itu dengan akal sepertimana yang dilakukan oleh pasukan Man U tu.
Buat Cenangau & Nik Abduh, kalau sudi temankan aku menonton perlawanan akhir CL di Rome, Italia nanti. Kita naik ketapi jek g sana. Hik hik
i