Be eNd makhluk perosak…
June 15, 2011
…
…
Ni ke dianya yang dibangga-banggakan sangat orang Melayu. Duk ratib siang malam kata hanya Melayu UMporno jek yang gheti memeghintah negara ni. Nih dah kuar jawapan sojar pencen yang diupah menjaga hal ehwal agama negara kita nih.
Beno ke Melayu UMporno ni pandai memeghintah yop??? Ate ghamey bebeno yang apply keluar Islam ni pekejadahnya??? Naper sojar pencen ni gagal menjadikan Islam itu indah??? Paseynye mungkin dia pun dh kene pegang telo. Nak bercakap lebih sikit riso dapor x berasap. Chet buat malu sojar je yop oiiii. Pecat lagik baguih dari duk peghabih duit rakyat…
i
Hangin…
May 13, 2009
…
Hari nih aku naik hangin. Bukan pasai Zambry mamak tu dah boleh masuk pejabat SUK tu. Bukan pulak pasai SUK dan Penasihat Undang-Undang tu dah boleh berkhidmat semula untuk Be End Perak. Tapi sebab lain.
Entah jembalang mana yang merasuk talian streamyx aku nih, asyik terputus-putus jek. Duit dah bayar. Line ok. Bil xda sangkut. Duk tengah pekan. Apa lagi??? Komputer baru, phenom venom lagik. Isk isk iskkkk… Dah jadi drakula lak ke TM ni? Duk isap darah marhain jek. Bukan 1st. time aku dengar masalah camni. Untung berlipat ganda, tp service still cap ayam. Hampeh. Ni la masalahnya bile perniagaan dimonopoli oleh satu pihak je. Aku bukak dalam Berita Harian ruangan surat pembaca pun ada masalah camni. Senang jek jawaban dari Unit Komunikasi Korporat Kumpulan TM. Suhnya pengguna report ke Talian 100. Aku dh naik haus bunga jari nih dail no tuh. Apah ke idak. Manjang bz nye. Baik x yah wujudkan talian tu weh oiiiii. Hangin satu badan nihhh.
i
Memelihara adab jamaah…
May 7, 2009
…
Husam tulis buku khas jawab tuduhan
KOTA BHARU 6 Mei – Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa akan menulis sebuah buku bagi menjawab pelbagai tuduhan terhadapnya sejak kebelakangan ini untuk diedarkan sebelum muktamar tahunan parti itu bulan depan.
Beliau berkata, buku kecil itu juga akan mengandungi catatan mengenai beberapa individu dari dalam dan luar Pas bagi memberi penjelasan kepada orang ramai tentang sesuatu isu.
“Saya sedang menulis sebuah buku kecil untuk jelaskan beberapa tuduhan dan jangan ada mana-mana pihak rasa tersinggung jika nama mereka dicatatkan nanti.
“Saya duduk dalam Pas Kelantan dan dalam kerajaan negeri ini sejak 1990, saya tahu dalam dan luarnya. Mungkin selepas atau sebelum muktamar buku ini diedarkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas reaksi dan kenyataan yang dibuat oleh pelbagai peringkat pimpinan parti itu tentang pencalonannya sebagai Timbalan Presiden Pas.
Baru-baru ini, Husam membayangkan untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden parti itu sekiranya keraguan tentang hala tuju perjuangan terutama melibatkan ‘hubungan sulit’ Pas-UMNO tidak dijelaskan.
Beberapa tokoh lain turut menawarkan diri, namun Dewan Ulama Pas menegaskan jawatan nombor satu dan dua parti itu mesti disandang golongan ulama bagi memastikan parti itu tidak lari daripada perjuangan Islam.
Kelmarin, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan membidas golongan pro-Anwar dalam Pas yang hanya menyalahkan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa kerana mencadangkan kerajaan perpaduan.
Ekoran itu juga, Husam mengambil pendekatan untuk ‘berpuasa’ daripada bercakap kepada media mengenai perkembangan yang berlaku dalam parti itu.
Beliau mengakui sememangnya mempunyai ‘ilham’ untuk bertanding, namun apa yang lebih penting dan perlu diutamakan ialah menjaga perpaduan parti.
Mengulas saranan sinis Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan yang meminta beliau bertanding jawatan presiden, Husam berkata, beliau bersedia untuk memberikan penjelasan dalam perjumpaan parti itu sahaja.
“Saya sudah sebut dengan media, saya ‘berpuasa’ tetapi untuk penjelasan dalam parti, saya bersedia, jadi untuk Nasruddin, kalau dia bersedia, saya bersedia untuk jumpa dia, saya ada maklumat untuk disampaikan kepadanya.
“Kalau mahu jumpa dalaman, boleh, tetapi tidak payahlah kita pergi kepada media untuk memberikan penjelasan,” katanya.
*sumber berita di sini
…
Dah lama sangat hati aku terbuku nak sentuh bab nih. Cuma aku memang x pandai nak mengulasnya. Aku dah khaskan isu ni utk diisi oleh opismet aku, malangnya dia pun x jumpa ilham. Kalau dah sejuk bedi (kata oghang peghak) baru nak menulis, baik x yah.
Tulisan ini seharusnya berligar pada permulaan isu yang dicetuskan oleh Nik Abduh dalam blognya di sini dan disambungnya di sini.
Salahkah isu yang dibangkitkan oleh Nik Abduh itu?
Pada aku x salah. Memang dia layak membangkitkannya.
- Pertamanya atas dasar dia sebagai Timb. Ketua Pemuda DPPN Kelantan, sayap kanan PAS di Kelantan.
- Keduanya sebagai anak kepada ayahanda yang bertitlekan Menteri Besar Kelantan merangkap al- Mursyidul Am PAS, yang punyai lebih masa untuk bertemu dan membincangkan apa jua isu politik dan agama dengan ayahandanya itu berbanding orang lain.
- Ketiga dan terakhir atas dasar sayangnya beliau kepada jemaah yang menaungi perjuangannya.
Lagipun ulasan berkaitan isu yang disentuhnya itu tidak spesifik ditujukan kepada individu-individu tertentu. Bijaknya dia, menggunakan bahasa kiasan. Sapa yang makan cili, dia la yang terasa pedasnya. Begitulah lebih kurang. Aku yakin beliau bertanggungjawab dengan tulisannya itu. Xkan anak ulamak tersohor nusantara ini mahu berbuat fitnah? Aku yakin peribadinya cemerlang buat masa sekarang ini. Hadapan? WaLLahua’lam, mudah-mudahan kekal begini atau lebih baik lagi, insyaALlah.
Masalahnya yang aku nampak bilamana campurtangan dari pihak media yang memang bertujuan melaga-lagakan pimpinan PAS ni. Bukan harus lagi, dah jadi hukum WAJIB bagi media arus perdana ini melaga-lagakan pimpinan PAS ini demi survival politik parti masing-masing, yang dilihat semakin hanyut akhir-akhir ini.
Kemudian, angin xda, ribut pun xda ada lak sorang pimpinan pemuda berasal dari Pahang nih cuba mengulas juga isu ini. Aduh, perfomance PAS di Pahang aku rasa x la sebaik 5 negeri PR ni. Hancus beb. Kalau KP negeri aku or Kedah or S’ngor, aku x kisah sangat pun. Dah terbukti pun.
Mesti ada yang kata x semestinya kemenangan itu bukti perjuangan itu berjaya. Barangkali benar, tapi salahnya juga ada.
Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, Timb. Ketua DPPP merangkap Ketua Pemuda PAS Pahang dalam blognya mengupas isu yang dibangkitkan oleh sahabat baiknya itu di sini. Dengan beraninya, beliau menyebut nama orang yang ingin diserangnya tidak lain tidak bukan, Naib Presiden PAS, Tn. Hj. Husam Musa. Samada kemungkinan beliau mendapat maklumat terus mengenai orang yang telah menjadi duri dalam daging kepada Mursyidul ‘Am PAS itu dari sahabat baiknya, wALlahua’lam. Dalam memberikan hujahnya, Ust. Din lebih tertarik kepada alasan kedua dari 3 alasan yang diberi oleh Hj. Husam dalam memperkatakan mengenai pencalonannya untuk jawatan Timb. Presiden PAS itu. Mungkin beliau bersetuju dengan 2 alasan yang diberikan. Maknanya dari 3 alasan, Ust. Din setuju 2 dan x stuju 1 je.
Apa alasan yang Ust. Din x suka tu aku malas nk ulas. Bukan xnk, tapi x pandai. Kang aku jadik org ketiga lak selepas Nik Abduh dan Ust Din ni. Jenuh nak menjawab pertanyaan press nnt. Haha.
Apa yang aku nak bangkitkan ialah… Wajarkah tindakan Ust. Din, seorang ahli yang ditarbiyah dengan hebat, bukan saja di dalam tetapi juga di luar negeri, seorang yangbertitle ulamak muda paling menonjol sekarang ini menyindir Hj. Husam, yang merupakan pimpinannya sendiri di dalam parti? kalau aku barangkali tiada masalah menerbitkan entry tersebut kerana bukan dikenali sangat pun, kecuali anggota² Unit Amal. Ust. Din ni Timbalan Ketua DPP Pusat. Bukan pemeriksa kira-kira, jawatan yang paling menonjol untuk direbut pada muktamar DPPN Perak nanti. Ust. Din ni dijangka akan memenangi jawatan Ketua DPPP selepas ketua DPPP sekarang telah membuat kenyataan untuk tidak mempertahankan jawatannya sekarang ini. Maknanya selepas ini kemungkinan Ust. Din akan diangkat menjadi pemimpin kepada pemuda PAS. Tentunya sesuatu yang agak memalukan seorang yg bergelar ulamak dan naqib kepada ahli-ahli pemuda PAS membuat kenyataan sindiran yang aku rasa TERAMAT KURANG ADAB kepada seorang bosnya sendiri. (walaupun aku pun x da adab kadangkala).
Apa perlu Ust. Din menjuarai isu ini? Adakah dia mahu dilihat ingin menjadi penyelamat kepada parti PAS, yang pada fikirannya nanti, seandainya Hj. Husam terpilih menjadi Timb. Presiden, beliau mahu membawa PAS kearah kehancuran barangkali? Cuba kita lihat andai kata Hj. Husam memenangi jawatan Timb. Presiden manakala Ust. Din pula memenangi jawatan Ketua DPPP. Bolehkah kita fikirkan bagaimana nanti sekiranya wujud persengketaan antara mereka berdua, adakah Ust. Din sanggup duduk dalam majlis Muktamar DPPP sekiranya perasmi muktamar itu nanti ialah Hj. Husam yang ketika itu sudah sebagai Timb. Presiden PAS? Itulah praktikal yang dilakukan oleh PAS Pusat sebelum² ini yang mana Timb. Presiden pastinya akan merasmikan Muktamar DPPP. Adakah Ust. Din akan mencemek muka mendengar ucaptama yang diberi oleh Hj. Husam nanti? Marah? Geram? Malu? Haha, aku rasa mau jugak berpeluh barangkali.
Ataupun selaku Ketua DPPP, Ust. Din tidak mahu menjemput Hj. Husam merasmikan muktamar DPPP nanti? Jemput saja selain dari Hj Husam walaupun hanya pemeriksa kira-kira yang akan merasmikan muktamar DPPP nanti. Haha, maknanya pemuda zaman Ust. Din menjadi ketuanya nanti bakal melakar sejarah baru parti. Kalau benar tilikan aku, syabas dan tahniah aku ucapkan padanya.
Oleh itu, andai ada apa-apa yang tidak kena sesama pimpinan, janganlah keluarkan kenyataan kurang bijak dalam blog (khas utk pimpinan popular mcm Ust. Din ni). Kan lebih molek pergi bertemunya secara 4 mata? Itu lebih beradab pada pendapat aku. Janganlah nilai orang itu tiada ilmu seperti kita walaupun orang itu tiada bertitlekan ulamak seperti kita. X salah pun merendah diri sepertimana kenyataan yang dibuat Hj Husam dalam utusan meloya arinih (walaupun pasti ada yg akan kata itu Hj Husam bermain politik). Kalaulah Hj Husam sanggup turun bertemu Ust. Din, xkanlah Ust. Din x boleh? Sifat merendah diri bagi aku satu keperluan buat pimpinan. Bukan tertumpu pada ahli semata².
Ust. Din kena ingat bahawa Ust. Din memimpin satu lajnah yang sangat penting dalam DPPP iaitu Akademi Kepimpinan Pemuda. Mahukah pemimpin yang lahir dari akademi ini nanti mempunyai sifat tidak beradab dengan pimpinan seperti Ust. Din (termasuk juga diri aku sendiri)? Sudah tentu Ust. Din tidak mahu. Aku lebih² lagi menentangnya.
Serahkanlah urusan kepimpinan itu kepada perwakilan. InsyaALlah PAS ini parti keramat kata Ust. Deghih, antara mas’ul Ust. Din tu. ALlah akan jaga parti PAS ini dari pemimpin yang tidak jujur, insyaALlah. Aku yakin dan Uts. Din pun kena yakin yang tu. Aku harap lepas ni jangan keluarkan lagi kenyataan² kurang bijak tu. Kalau boleh, belajarlah dengan Ketua DPPP sekarang ini. Masih ada masa. Buang jauh-jauh sifat merasa aku lebih bagus dari terus bersarang dalam diri kita ni sepertimana kisah Nabi Musa ketika bermusafir dengan Nabi Khidzir a.s dahulu.Sudah tentu Ust. Din hadam kisah ini.
Akhir kata, ,maafkan aku atas teguran ini. Aku juga cintakan jemaah ini sebagaimana yang lain² nya. Mudah-mudahan boleh dijadikan muhasabah yang berguna buat diriku sendiri pada masa-masa akan datang, insyaALlah.
i
HuJaH @ Tv9
July 22, 2008
i
Semalam, program HUJAH bersiaran seperti biasa di TV9 jam 10.30 mlm. Aku yang sememangnya tiada program mengambil kesempatan untuk menyaksikan rancangan ini. Bagi aku inilah satu²nya rancangan berbentuk perbincangan yang bersikap agak adil melayani ahli panelnya berbanding rancangan Debat Perdana yang dikendalikan oleh Johan Jaafar suatu ketika dahulu. Ditambah pula dengan soalan provokasi yang seringkali ditujukan kepada ahli panel oleh pengerusinya, Proff Dr. Agus membuatkan minat aku terhadap rancangan ini semakin bertambah.
Kalau minggu sebelum ini, ahli panelnya terdiri daripada Dr. Syed Azman dari PAS dan Razali AP Muar dari UMNO, malam tadi pula tiada langsung wakil dari parti politik. Yang ada hanyalah professor sains politik. Mood aku turut bertukar. Dah malas. Mesti ngampu abis la malam ni. Tambah sorang dari panelisnya Syed Atori Husin. Aku kenal dia dari pembacaan di akhbar². Kuat jugak UMNO nya. Lagi sorang tu pun sama coz dari UiTM. Sapa yang x tau UiTM ni lubuk UMNO.
Untuk berlaku adil aku duk la skejap. Kalau dh mula ngampu kang aku blah masuk tido. Sangkaan aku sebenarnya jauh meleset. Kedua² panelis itu rupa²nya mengambil peluang untuk menghentam UMNO. Kalau x silap aku tajuk smalam ialah bagaimana mencari politik yang bersih. Lebih kurang camtu la bunyi dia. Aku rasa xda pun dia quote kan politik bersih tu dalam UMNO je. Maknanya perbahasan boleh menyentuh apa jua parti. Bukan sahaja UMNO, PAS atau DAP juga boleh turut disebutkan sebagai contoh. Rupa²nya pakar kajian politik ni dah mengakui hakikatnya, politik UMNO ni la yang paling busuk, penuh rasuah dan tiada demokrasi. Kedua² panelis saling sokong menyokong menghentam UMNO. Paling aku tertarik di akhir rancangan bilamana pengerusinya Proff Dr. Agus bertanyakan adakah perkara yang sama diorang cakapkan tu terjadi juga di dalam PAS???
Jawapannya membuatkan aku tersenyum. Apa jawapannya??? Syed Atory Hussein tu kata dalam PAS adanya kaedah syura walaupun jarang ada pertandingan. Maknanya PAS ternyata diakui oleh kedua² pakar kajian politik yang condong kepada UMNO itu lebih baik dari kesemua parti yang lain. Syukur alhamduliLLah.